CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels

  [Copy link]
 Author| Post time 1-12-2017 09:40 AM | Show all posts
Salam Maulidurasul semua dan salam jumaat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2017 12:13 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-12-2017 01:11 PM

Sambung ya...........


Lelaki yang berkemeja T warna hitam dan seluar jeans biru itu juga tidak berkelip melihat gadis yang terpacak kaku di depannya. Mata bertembung agak lama. Dia perhatikan gadis berbaju kurung biru dengan tudung bawal berona biru muda itu sedang larut dalam tenungan. Tak tahu kenapa, terasa seperti pernah melihat wajah gadis itu.

"Aa..cik nak tanya apa tadi?" soal lelaki itu semula.

"Err..aa...tak apalah." Hartini cepat-cepat beredar dari situ menuju ke tempat pelajar-pelajar lain yang sedang beratur. Elok dia cari sendiri saja tempat mendaftar bagi bidangnya.

Sesekali dia menoleh pada lelaki tadi yang masih tercegat berdiri sambil memerhati padanya. Hartini mula mencelah di dalam sekumpulan pelajar lain yang turut mendaftar. Dia terjenguk-jenguk dari celah-celah pelajar lain. Benda lain dia boleh berdikari, kenapa masa nak mendaftar dia perlu bantuan orang lain?

"Meja ni agaknya.." Hartini merapati sebuah meja dan memang betul sangkaannya.



USAI mendaftar, Hartini mula menuju ke perhentian bas yang disediakan oleh pihak universiti. Asrama atau kolej kediaman disediakan kepada pelajar baru sepertinya. Ramai juga pelajar sedang beratur dan seperti biasa, dia turut beratur sama. Sebuah kereta berhenti di tepi. Hartini hanya melihat kereta Honda Jazz putih diparkir tidak jauh dari tempat menunggu bas. Seorang gadis yang pada hemahnya, mungkin  sebaya dengannya sedang berjalan bersama seorang wanita separuh abad, mungkin ibu kepada gadis itu menuju ke kereta tadi. Dua beg pakaian turut sama dibawa.

"Emm..macam pernah kenal.." Hartini masih tidak berganjak matanya dari melihat gelagat kedua beranak itu yang kini sudah mula menaiki kereta.

Kereta tadi melintasi tempatnya berdiri. Dia perasan pemandu kereta itu adalah lelaki yang ditegur tadi. Lelaki itu sempat mencuri pandang padanya sebelum kereta laju meninggalkan kawasan fakulti.

Hartini mula menaiki bas yang baru saja sampai. Tak ramai yang menaiki bas melihatkan ramai ibu bapa yang menghantar anak masing-masing ke asrama. Sepuluh minit perjalanan, dia sampai di kawasan asrama.

"Eh, asrama ni juga ke?"

Hartini yang tergesa-gesa mengheret beg pakaiannya mula berpaling. Lelaki yang dia jumpa tadi di fakulti. Dia mengalih mata pada seorang gadis dan wanita separuh abad itu seketika.

"Blok mana?" tanya lelaki itu lagi.

"Er..blok tu!" Hartini menuding pada satu blok yang tidak jauh dari jalan pintu masuk asrama.

"Eh, samalah dengan adik saya. Meh, saya tolong kalau tak keberatan."

"Eh, tak apalah encik. Saya boleh angkat sendiri." ujar Hartini, cepat-cepat dia mengheret beg pakaiannya menaiki anak tangga ke blok asrama.



SAMPAI di kolej kediaman Rafflesia, Hartini mula mencari apartment yang perlu dihuninya.  Asrama yang berkonsepkan apartment dengan empat bilik dan kemudahan bilik air, bilik membasuh dan wifi. Bermakna dia akan satu rumah dengan 7 lagi pelajar lain dengan dua orang satu bilik. Beg diletakkan di tepi almari pakaian. Hartini menjenguk melalui tingkap. Kelihatan lelaki tadi bersama kedua perempuan itu sedang menuju ke blok penginapannya. Wajah lelaki itu ditatap lama. Salah seorang wajah-wajah lelaki yang sering muncul di dalam mimpinya dulu. Dia menghela nafas perlahan.

"Hi!"

Khayalan Hartini terganggu dengan sapaan seseorang dari belakang. Dia menoleh pada arah pintu bilik. Seorang gadis dengan pakaian agak tomboi sedang tersenyum manis padanya. Dia menapak ke arah pintu.

"Aku, Zenot."

"Err...Zenot?" Hartini mengerutkan kening.

"Yeap, alah, nama betul aku, Zanariah. Kau panggil Zenot. Masa sekolah lagi, kawan-kawan aku panggil Zenot. Kau?"

"Tini..Hartini."

Keduanya mula bersalam. Hampir tergelak sebenarnya tatkala gadis itu perkenalkan namanya. Macam nama dari planet lain. Nama urban. Elok-elok nama Zanariah, ditukar menjadi Zenot.

"Kau ambik course apa?" soal Zenot.

"Seni Reka Fesyen. Kau?"

"Aku ambik Kulinari,"

Hartini menguntum senyum. Siapa sangka, penampilan Zenot yang seperti seorang gadis tomboi itu, gadis itu berminat dalam bidang masakan rupanya.

"Wow! Kiranya kauni pandai masak la ya?"

Zenot ketawa terbahak-bahak. "Aku pandai masak? Aku reti makan je tau!"

Hartini turut ketawa. Seronok dapat teman sebilik yang kepoh macam Zenot. Tak adalah dia mati kutu kalau dua-dua pendiam. Sudahlah dia pun bukan ramah sangat dengan orang yang belum kenal tetapi bila bersembang dengan Zenot, dia dapat rasa ada keserasian.

"Sebenarnya, mak aku yang suruh. Bosan tau kalau dipaksa-paksa macam ni. Aku tak suka bidang ni tapi yalah, aku terpaksa." Keluh Zenot.

"Kenapa?"

"Malaslah aku nak layan benda ni. Kau dah makan?" soalan lain Zenot tanya. Sengaja mengelak dari menjawab pertanyaan Hartini.

"Belum,"

"Kalau belum, jom aku belanja." terus saja tangan Hartini ditarik keluar dari bilik.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2017 12:41 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-12-2017 01:15 PM

BERMULA kehidupan Hartini sebagai pelajar yang mula sibuk sepanjang dua minggu pertama bergelar pelajar. Namun apa yang membuatnya merasa kurang selesa, salah seorang yang turut menghuni apartment itu adalah Nadia. Tak sangka, Nadia juga diterima masuk ke kampus Uitm yang sama dengannya dan lagi membuatnya merasa bengang, Nadia ditempatkan di apartment yang sama dengannya, hanya berlainan bilik saja. Malah, Nadia satu bilik dengan Sharina, adik kepada lelaki yang dia pernah tegur dulu ketika mula mendaftar.

Hujung minggu ini, Hartini hanya memerap dalam bilik. Zenot ada pelawanya keluar jalan-jalan di sekitar bandar Shah Alam. Baginya, dia tak perlu membazir duit kalau hanya untuk bersuka ria. Lainlah Zenot, anak orang berada dan ke sana ke mari dengan kereta Suzuki Swift merah pemberian orang tua.  Mengenang kehidupannya sendiri, dia tidak perlu terikut-ikut dengan gaya hidup pelajar lain.

Sepanjang dua minggu berada di kampus, Hartini lega kerana tiada apa-apa yang pelik berlaku. Hanya Nadia saja yang tidak pernah berubah sejak dulu. Selalu saja ingin mencari pasal. Tak tahulah, kalau Badrul juga turut sama belajar di kampus itu, mungkin Nadia mengamuk.

"Tak ingin aku dengan mamat tu." cebik Hartini sambil melukis beberapa rekaan baju di atas kertas putih. Minggu depan, dia perlu tunjukkan kepada pensyarah.

"Dah nak masuk waktu maghrib.."ralit melukis, tidak sedar petang sudah beranjak ke senja.

Hartini segera menyediakan bahan mandian. Dia sentiasa ingat pada pesan Mak Minah supaya sentiasa mandi dengan titisan haruman ros merah yang dibekalkan kepadanya.  Sebaik saja keluar dari bilik air, terkejut dia melihat Sharina sudah tercegat berdiri di luar dengan wajah berkerut-kerut.

"Kau pakai sabun apa wangi semacam ni?" Sharina mula kembang kempis hidungnya, menghidu bau semerbak dari arah bilik air.

"Wangi ke?" Hartini melemparkan senyuman nipis.

Sharina mengangguk.

"Sabun biasa je," Hartini melangkah semula ke biliknya dan dia perasan, Sharina merenung tajam kepadanya.

"Kau jangan tak tahu, Sha. Tini tu pakai jampi!"

Hartini yang baru saja hendak menolak daun pintu biliknya cepat saja menoleh pada Nadia yang muncul di pintu apartment. Sejak menjadi penghuni kampus, Nadia sudah berubah pemakaiannya. Sudah pandai mengenakan pakaian seksi mengikut trend terkini. Tidak hairan dengan sikap Nadia macam tu.

"Kalau aku pakai jampi, dah lama Badrul tu gilakan aku!" Hartini senyum sinis.

"See? Kau mengaku, kan?" Bulat mata Nadia memandang Hartini yang masih tercegat di depan pintu dalam keadaan berkemban.

"Wait! Jampi apa pulak ni? Weh, la ni dah zaman moden! Apa kelas nak main jampi-jampi!" Sharina mengekek ketawa.

Hartini melarikan anak mata pada Sharina. Bebola matanya beralih pula pada Nadia yang masih menggumam. Malas nak layan, dia segera masuk ke dalam bilik dan pintu ditutup kuat. Berderau darahnya dengan tuduhan Nadia. Sudahlah Deraman keparat itu pun sibuk menuduh keluarganya suka jampi menjampi.

"Mesti si tua kutuk tu yang hebohkan satu kampung!" Hartini mengetap bibir.

Botol haruman ros merah dicapai dari atas meja belajar. Haruman minyak wangi yang dihasilkan Mak Minah sendiri. Penutup botol itu dibuka. Semerbak wangi memenuhi ruang bilik. Kembang kempis hidung Hartini menghidu bau wangi itu.

"Betul ke minyak haruman ni dijampi?" timbul satu tanda tanya pada Hartini. Setiap kali dia lepas mandi, terasa badannya ringan dan segar. Malah wajahnya makin berseri-seri.

Hartini menyarung baju T shirt dan memakai kain sarung batik. Sudah menjadi kebiasaannya mengenakan pakaian itu sejak dulu. Selesa dengan kain batik sarung dan kemeja saja. Rambut ikal mayangnya disikat perlahan sambil memerhati imej wajahnya di cermin. Teringat kata-kata perempuan cantik berkebaya merah dulu.

"Tubuh aku menarik tapi wajah aku tak.." diulang semula kata-kata perempuan cantik itu.

"Kau akan semakin cantik.."

Terlepas sikat dari tangan Hartini. Dia segera menoleh. Membuntang dia melihat perempuan cantik itu tiba-tiba muncul. Kali ini, dia rasa kaku. Kejung. Haruman ros semerbak di segenap ruang bilik. Malah, wangi ros kali ini tidak sewangi haruman yang dibekalkan Mak Minah.

"Kau..kau siapa?" dalam keadaan kaku, Hartini gagahkan diri bersuara.

Perempuan cantik itu merapati Hartini. Bau wangi semakin kuat. Hartini hanya mampu berdiri tidak berkutik. Hanya anak matanya saja yang bergerak-gerak mengikut rentak langkah perempuan itu. Kagum dengan kecantikan perempuan itu sebenarnya bila perempuan itu berdiri betul-betul di depannya. Wajah bujur sireh, dengan rambut dilepaskan di depan bahu kiri dan sekuntum bunga ros merah diselit di telinga kiri.

"Siapa kau?" ulang Hartini. Bingung sekarang ini. Adakah dia sedang bermimpi atau memang realiti?

"Kau tak bermimpi."

Hartini terkejut. Perempuan itu seolah dapat membaca fikirannya. Dia menelan liur pahit berkali-kali. Bau wangi semakin menyucuk hidung. Hanya ekor matanya saja yang melihat segala pergerakan perempuan itu yang sekali lagi mengelilinginya sambil melemparkan senyuman manis. Ah! Jelmaan apa pulak ni? Bunian ke apa?

"Kau..kau puteri bunian?" soal Hartini, tergagap-gagap.

Senyuman semakin lebar di bibir perempuan cantik itu. Tiada balasan jawapan.

"Kalau kau bukan bunian, kau manusia? Atau setan??" Kali ini Hartini sudah tidak keruan lagi. Rasanya semua yang keluar dari mulutnya ketika ini sudah tidak seiring minda warasnya.

Perempuan cantik itu ketawa. Semakin lama semakin kuat. Berderau darah Hartini melihat perempuan yang kelihatan sopan itu tiba-tiba ketawa bagai ketawa syaitan. Ah! Tidak! Mungkin perempuan itu adalah syaitan!!

"Kau pergi dari sini. Aku tak pernah jemput kau ke mari dan aku tak ada kaitan dengan kau pun!" Hartini mula rasa cuak.

Ketawa perempuan itu tiba-tiba terhenti. Mata tajam merenung mata Hartini. Muka perempuan itu hanya seinci dari muka Hartini. Lama wajah Hartini ditenung.

"Aku ada kaitan dengan kau..." perempuan itu berbisik.

"Huh?"

"Tini! Aku.."


Hartini berpaling ke muka pintu yang terbuka luas. Zenot muncul dengan sebungkus plastik di tangan. Wajah Zenot nampak kebingungan. Kaku berdiri di muka pintu.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2017 12:56 PM | Show all posts

dah sambung walaupun secoet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2017 12:58 PM | Show all posts

iols tak approved pun dia lady..
nak cari nahas ke apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2017 12:58 PM | Show all posts
milanhawkin replied at 30-11-2017 02:13 PM
bestnye citer ni. x sabar nk tunggu sambungan

thank you ..dah sambung walaupun sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-12-2017 12:59 PM | Show all posts
nooriesz replied at 30-11-2017 03:26 PM
wahhhh.. xsabauuu nk bc bab seterusnyaaa!!

bookmark!!

thank you

idea ke laut ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2017 01:00 PM | Show all posts
Mokcun replied at 30-11-2017 10:27 PM
Sapa lelaki tu ???
Haaa...gitu gayanya ipo ni
Buat suspen

lelaki itu ialah................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2017 03:07 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 2-12-2017 09:52 AM

BAB 4


ZENOT letak bungkusan plastik di atas meja belajar Hartini. Dari tadi dia melihat Hartini seperti terkejut melihatnya. Apa yang pelik, dia dengar Hartini bercakap-cakap masa dia sampai di pintu bilik tadi. Wajah gadis itu ditatap lama. Dalam-dalam. Sejak dia tinggal sebilik dengan Hartini, inilah kali pertama dia melihat wajah pucat Hartini. Matanya meliar pada segenap ruang bilik. Bau wangi semerbak menusuk hidung.

"Zenot, kau nampak apa-apa tak?"

"Nampak apa?"

Hartini menghela nafas lega. Lega mendengar jawapan Zenot.

"Tini, kau nampak pucat. Kenapa?"soal Zenot.

"Aku?" Hartini pula keliru. Padanya, dia nampak wajah Zenot yang pucat sebenarnya.

Zenot mengangguk. "Tadi, aku dengar kau macam bercakap. Kau cakap dengan siapa?"

"Tak ada siapa. Aku cakap dengan 'aku' kat dalam cermin tu," balas Hartini sambil muncung ke arah cermin. Dia cuba mengawal nada suaranya.

"Betul ni?"

Hartini mengangguk.

"Anyway, bilik ni bau wangi semacam. Kau pakai minyak wangi ke?" Zenot intai botol di atas meja belajar Hartini. Masih banyak lagi haruman itu. Setahunya, itu botol minyak wangi yang dibawa Hartini. Mata dikalih semula pada sekitar bilik. Terasa meremang tiba-tiba.

"Kau nak?" Hartini cuba berlagak biasa.

"Ni, aku ada belikan mee bandung. Kau makanlah. Aku nak mandi." Zenot bingkas bangun dan  capai tuala di palang katil. Dia segera ke bilik air.

Hartini menarik nafas lega. Dia pandang segenap sudut biliknya. Perempuan cantik tadi sudah tidak ada. Sah! Perempuan itu bukan manusia! Terus saja Hartini capai botol minyak wangi. Ditilik-tilik sekali lagi dengan wajah penuh curiga. Apakah memang betul Mak Minah telah jampi minyak haruman ni? Perlahan Hartini mendekati cermin semula. Wajahnya ditatap lama. Memang berseri-seri. Dia tunduk dengan satu keluhan. Titis jernih mula tumpah ke pipi. Dia dapat merasakan dirinya bukan lagi dirinya yang dulu.

Botol haruman tadi dicapai semula. Lama Hartini melihat botol wangian itu. Wangian yang dihasilkan oleh Mak Minah sendiri. Wangian yang dibuat daripada bunga-bunga ros merah yang ditanam dan dijaga rapi oleh Mak Minah. Hartini menapak ke bakul sampah. Lama dia berdiri sambil memikirkan apa jadi kalau botol itu menjadi habuan bakul sampah.

'Haruman ni mak sediakan khas untuk Tini. Jaga baik-baik. Ingat pesan mak'

Terngiang-ngiang di telinga pesanan Mak Minah. Hartini mula serba salah. Tak mungkin Mak Minah menjampi haruman itu. Dia kenal siapa Mak Minah. Mak Minah tak pernah tinggal solat. Mak Minah tak pernah mengamalkan apa-apa yang melanggar hukum agama. Pernah dia bertanya apa yang dibaca pada haruman ros merah itu. Mak Minah hanya memberitahunya, hanya selawat dan surah-surah pendek saja yang diamalkannya.

"Tak baik aku syak pada mak.." Hartini kembali meletakkan botol itu di atas meja belajar semula.




MINAH mengurut lututnya yang terasa sengal-sengal. Minyak kelapa yang dimasak sendiri itu perlahan dituang ke kepala lutut lalu diratakan sekeliling lutut. Angin sejuk menderu di luar sehingga berdesir bunyi daun kepala yang meliuk lentuk seiring dengan arah angin bertiup. Hujan renyai-renyai malam itu menambahkan rasa sejuk yang sedia ada.
















sambung nanti ya..taip terus kat sini kekdahnya..idea pun on off je
Nak ke warehouse sale jap






Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 05:35 PM | Show all posts
Zenot..ada eh nama gitu

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus cpt update..haha
Makin menarik n misteri.
Bminat nk tahu mmg ada jampi2 ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 11:00 AM | Show all posts
ok sambung......jap nak cari idea, apa mak minah buat sambil urut lutut



Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 11:42 AM | Show all posts
Ha.... cepat sambung

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 12:46 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-1-2018 07:06 PM

Bunyi curahan air hujan dari atas bumbung jatuh mengenai tempayan di tepi tangga seperti satu irama muzik yang mengasyikkan. Minah merenung jauh ke halaman rumah. Waktu malam begini, tiada apa yang dapat dinikmati tambah lagi dalam keadaan hujan renyai. Fikiran Minah menerawang pada kejadian lebih 10 tahun dulu. Mengimbau kembali saat sebelum rumah milik majikannya terbakar. Entah kenapa malam itu, Hartini beria sangat hendak ke rumahnya semata-mata hendak memetik bunga ros merah. Dia yang suka manjakan Hartini hanya mengikut saja kata Hartini. Berlainan sangat sikap Harlina. Harlina agak sombong dan tidak suka menjejakkan kaki  ke rumah buruknya. Malah, dia juga nampak Hamdan dan Kasimah lebih sayangkan Harlina daripada Hartini. Mungkin disebabkan itu juga, Hartini lebih rapat dengannya.
Rintik hujan yang menujah air dalam tempayan semakin laju. Deruan angin juga nampaknya seiring dengan hujan yang mula lebat. Minah masih mengurut-ngurut lembut lututnya dengan sapuan minyak kelapa sambil melihat sederet pokok bunga ros merah. Sejak kebelakangan ini, pokok bunga ros merahnya mula rosak dek hujan yang tidak henti-henti. Tak banyak bunga yang boleh dipetik. Pesan arwah maknya dulu, pokok bunga ros perlukan cahaya matahari yang banyak. Dalam keadaan cuaca macam ini, tak mungkin dia dapat membekalkan haruman kepada Hartini lagi. Harap-harap bekalan haruman yang diberi kepada Hartini masih banyak lagi. Nampaknya, dah dua minggu lebih Hartini di kampus.


"Minah! Oh Minah!!"

Lamunan Minah terganggu. Matanya yang ralit melihat rintik hujan yang jatuh dalam tempayan segera dialih pada pemilik suara yang memanggil. Kelihatan Kahar sedang berpayung di depan halaman rumah. Entah bila orang tua itu terpacak di situ, dia langsung tidak sedar.  Minah gagahkan berdiri sambil memegang lutut lalu perlahan melangkah ke depan anak tangga.

"Ha, kau Kahar. Ada apa datang malam-malam ni?" Minah sedikit melaung. Hujan renyai nampak semakin lebat.

"Aku nak minta tolong kau sikit. Bini aku, entah setan mana yang rasuk dia. Dia meracau-racau dah tu!" Balas Kahar dengan nada kuat. Suaranya tenggelam dalam bunyi hujan yang semakin lebat.

"Meracau? Kenapa pulak dengan Odah?" berkerut kening Minah mendengar kata-kata Kahar.

"Ya! Kau aje yang boleh tolong aku! Kau datang ya! Aku tunggu kat rumah."

Belum sempat Minah berkata, Kahar sudah menapak keluar dari halaman rumahnya. Tergesa-gesa. Minah masih lagi tidak berganjak dari tempatnya berdiri, memikirkan kata-kata Kahar. Sejak dia kenal Kahar di kampung itu,  inilah pertama kali Saudah dirasuk. Itupun kalau betul Saudah dirasuk. Apa yang lebih pelik, kenapa Kahar minta tolong dengannya?

"Pelik pulak aku. Tiba-tiba saja Odah meracau. Apa dia dah kena sampuk jin ke? Tapi..kenapa Kahar .." Kata-katanya terhenti. Minah masih bingung.

Dia masuk semula ke dalam rumah dan bersiap-siap. Payung yang diletakkan di celah pintu dicapai laju. Setelah pintu ditutup rapat, Minah meredah hujan menuju ke rumah Kahar.


SAUDAH menderam dengan bunyi dengusan seperti harimau mengaum. Minah yang baru sampai di anak tangga rumah Kahar mendengar denagn jelas suara Saudah yang sudah berubah. Payung diletakkan di tepi tangga. Minah menapak masuk ke dalam rumah. Kelihatan Kahar sedang memegang tangan Saudah yang cuba meronta ingin lepaskan diri. Mata merah dengan pandangan yang cukup tajam, meliar pada segenap ruang tamu di rumah itu. Anak-anak Kahar turut berada di ruang tamu dengan wajah pucat.

"Kahar, kenapa Odah tiba-tiba jadi macam ni?" tanya Minah sebaik saja dia duduk di sebelah Saudah.

"Entah la. Tak pernah dia jadi macam ni. Entah jin setan mana yang dah rasuk dia ni. Minah, kau tolong aku. Aku tahu, kau boleh rawat Odah ni." ray Kahar.

Minah tercengang. Kahar nampaknya bersungguh meminta bantuannya. "Kahar, aku tak pandai nak rawat orang kena rasuk ni tapi..aku cubalah ya. Patutnya kau panggil Pak Imam Jalil tu."

"Imam Jalil dah ke Kuala Lumpur. Anak sulung dia ada buat kenduri sikit. Aku dah tak tahu nak minta bantuan siapa dah." balas Kahar.

Minah mengangguk lemah. Dia pandang Saudah yang masih cuba meronta dari genggaman tangan Kahar. Seperti biasa, Minah membaca apa yang patut, amalan yang selalu dilakukannya. Sebaik saja dia menyentuh dahi Saudah, terasa satu renjatan cuba masuk ke dalam tubuhnya. Cepat-cepat jari telunjuknya dialih.

"Kenapa Minah?" soal Kahar, nampak kebingungan.

Minah pucat. Jari telunjuknya disapu-sapu dan ditiup. Rasa kebas dan menyucuk-nyucuk di hujung jari.

"Minah, kenapa?" ulang Kahar, tidak sabar.

Minah cuba sekali lagi. Kali ini jari telunjuknya menunjal-nunjal dahi Saudah dengan kuat sambil kumat-kamit membaca sesuatu. Suadah bertempik kuat. Satu tepukan kuat dilayang pada belakang Saudah yang nampaknya ingin menerkam. Serentak itu juga, Minah tergamam. Satu kelibat muncul di satu sudut ruang tamu itu.

"Minah, kau kenapa ni?" Kahar pula rasa tak sedap hati melihat Minah pucat lesi.

Melihat wajah pucat Minah, Kahar segera melihat sekitar ruang tamu rumahnya. Anak-anaknya sudah berpelukan. Melilau dia melihat sekitar ruang tamu. Tak ada apa yang  pelik.

"Err..Kahar, boleh aku tanya, ada tak Odah pergi mana-mana siang tadi?"Minah terpaksa bertanya.

"Entahlah. Dia cakap nak cari ulam raja." jawab Kahar.

Minah tunduk. Dia mengelap peluh yang merenik di dahi. Dia sudah faham sekarang, kenapa Saudah dirasuk sampai begitu sekali. Pokok ulam raja banyak tumbuh di sekitar tapak rumah yang terbakar itu dan tadi, kelibat yang muncul itulah jawapannya.

Kahar melihat Minah yang masih tunduk. Dia dapat meneka apa yang bermain di fikiran Minah.

"Dia..dia mungkin muncul kat sini.." kata Kahar dengan suara lemah.

Minah pantas mengangkat muka. Terkejut mendengar kata-kata Kahar. Apakah Kahar juga nampak kelibat tadi?

"Dia?"

Kahar mengangguk.

"Maaf, aku tak faham..." Minah tepat memandang Kahar yang nampak sugul.

"Aku dah tahu lama pasal ni." keluh Kahar.

"Pasal apa?" Minah terkejut.

Kahar tunduk. Sesekali tangan kasarnya mengelus lembut pipi dan rambut Saudah yang masih pengsan. Helaan nafas berat dilepaskan. Wajah Minah, perempuan yang bekerja sebagai pengasuh di rumah Hamdan dan Kasimah dulu ditatap sejenak. Dia tahu asal usul Minah dan dia tahu Minah mungkin tahu rahsia Hamdan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 12:49 PM | Show all posts
Mokcun replied at 1-12-2017 05:35 PM
Zenot..ada eh nama gitu

ada mokcun..kawan satu kolej dulu
zenot, panjang, jeg, sopek, pakcik din pun ado...
apa khabar agaknya dorang tu semua..masing2 dah kertu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 12:52 PM | Show all posts
mrizumi replied at 2-12-2017 12:12 AM
Bagus cpt update..haha
Makin menarik n misteri.
Bminat nk tahu mmg ada jampi2 ke..

actually, citer ni masih samar..
tt kedaung sendiri pun tak tahu lagi apa plot nak buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2017 12:52 PM | Show all posts

idea tak dak...nak sambung pun jenuh duk mikirnya

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 02:55 PM | Show all posts
misteri sungguh....sambung lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 04:57 PM | Show all posts
ok sambung lagi kisah dongeng........



BAB 5


"PASAL Hamdan.." Khatijah akhirnya bersuara bila acapkali diasak oleh suaminya, Hashim yang tidak puas hati dengan tindakannya mengambil harta Hamdan dan Kasimah.

"Kenapa pulak dengan arwah?"

"Dia dah jampi adik saya. Kasimah tu dah macam lembu dicucuk hidung. Habis semua harta dan tanah ditukar ke nama Hamdan." Khatijah berkata geram.

"Habis tu, awak pulak yang sibuk nak rampas semua harta dia. Apa je yang tinggal kat Lina dan Tini?" Hashim menjeling tajam isterinya yang nampak mencebik.

"Abang apa tau? Kenapa baru sekarang abang sibuk nak tanya itu ini? Dah lebih 10 tahun bang!" Balas Khatijah.

"Abang tahu tapi sebelum awak dijemput mengadap Tuhan, baik awak selidik betul-betul. Betul ke tindakan awak tu ambik hak Tini dan Lina. Itu dah makan harta anak yatim namanya!!" Tinggi kali ini suara Hashim. Sudah lama dia pendam hal itu.

"Eh, abang ni. Bukan main alim la pulak sekarang ni. Dulu, abang tak larang pun Tijah buat apa pun. Sekarang, nak keluar rumah pun, sibuk suruh pakai tudung! Hah, sekarang ni pulak, ungkit kisah 10 tahun dulu tu. Entah-entah abang yang dah kena jampi!" Khatijah letak belakang tangannya ke dahi suaminya. Sejuk.

"Ah! Mengarut semua tu!" Hashim tepis tangan Khatijah.

"Abang kena ingat. Jampi, sihir, mantera tu semua, wujud tahu bang! Abang jangan jadi naif sangat. Manusia ni, nak senang hidup, nak penuhi hajat, itu sajalah caranya nak dapat dengan mudah."

"Habis, awak pun terikut-ikut sama? Entah-entah awak  pun sama, guna jampi." Rengus Hashim.

Hashim mengeluh. Walau dia tidak setuju dengan tindakan Khatijah, jauh di sudut hatinya, dia tahu perasaan isterinya. Hamdan dulu bukannya orang kaya. Kalau benar apa yang dikatakan oleh Khatijah, bermakna Hamdan memang mengamalkan jampi serapah selama hidupnya. Jadi, benarlah desas-desus orang kampung yang mengatakan Hamdan menggunakan jampi untuk mengaut kekayaan. Patutlah selama ini Hamdan boleh hidup mewah. Harta yang dimiliki Hamdan bukan dari usaha sendiri.

"Betul ke apa yang awak cakap ni, Tijah? Jangan nanti, fitnah pulak. Abang tak nak harta yang awak ambil dan tukar nama tu, tak berkat nanti." Hashim memandang tajam pada isterinya. Dia masih tak mahu percaya.

"Bang, arwah Hamdan tu sebatang kara. Saya dah lama pujuk arwah Kasimah, tukar nama semua harta dia ke nama saya. Bukan abang tak tahu, Hamdan tu menumpang je harta Kasimah. Rumah tu, nama Kasimah. Ikutkan, tapak rumah tu pun jadi milik saya tau tak. Tapi yalah, saya kesian kat Tini." panjang lebar Khatijah meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.

"Habis tu, Lina?" Hashim teringat pada anak saudaranya yang hilang entah ke mana.

"Eh, nak buat apa fikir budak Lina tu? Lantaklah! Lagipun, dah 10 tahun lebih dia hilang. Tak kuasa saya nak cari." Cebik Khatijah.

Hashim menggeleng. Dia sudah masak dengan perangai isterinya yang degil, payah nak bawa berbincang. Sudah berbuih mulutnya menasihati Khatijah. Semuanya sia-sia.

"Mama, siapa Lina?"

Serentak Khatijah dan Hashim menoleh pada Sharina yang sedang menuruni anak tangga dari tingkat atas. Sharina melabuhkan punggung di sebelah Khatijah di ruang tamu. Buah rambutan dalam pinggan dicapai sebiji lalu dikupas.

Khatijah dan Hashim saling berpandangan. Telinga lintah betul si Sharina ni.

"Kamu balik ni, dah cuti ke belum?" soal Hashim, cuba mengalih topik bicara.

"Bosanlah tinggal kat asrama tu. Tambah pulak ada si pelik tu!" Sharina mencebik, sebiji lagi buah rambutan dikupas dan dimakan.

"Si pelik?"

Sharina memandang pada ibunya yang sudah berkerut dahi. Sejak dia tinggal di asrama, inilah kali pertama dia bercerita soal kehidupan kawan-kawan yang tinggal sekali dengannya di kolej kediaman itu.

"Selalu cakap sorang-sorang. Lepas tu, kalau mandi, mesti bau wangi semacam. Weird.." jawab Sharina.

"Kalau macam tu, kamu pindah je asrama lain. Entah-entah dia ada amal apa-apa jampi tak?" Khatijah mula risau.

"Awak ni.." Hashim menjeling tajam isterinya.

"Sha pun syak macam tu, mama. Patutlah muka dia berseri-seri je. Tapi kan...Sha macam nak cuba la haruman dia tu. Macam ada satu tarikan."

Khatijah menepuk kuat bahu Sharina. "Jangan nak mengada-ngada!"

"Mana abang?" Hashim malas nak melayan dua beranak itu bercerita lalu diubah lagi topik lain.

"Ada dalam bilik la. Menyampah tengok abang tu. Sibuk tanya Sha pasal si pelik tu." Cebik Sharina sekali lagi.

"Kejap, siapa si pelik ni?" Khatijah dah tak keruan. Dari cerita Sharina, dia tak boleh biarkan anak bujangnya jatuh cinta dengan gadis yang entah dari mana asal usulnya.

"Tak ada apa yang peliknya, mama."

Kali ini tiga kepala berpaling ke arah anak tangga.



Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 10:17 PM | Show all posts
Nak tahu sangat mana Lina hilang.
Perempuan cantik tu pun
Tq kak ipo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.250236 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list