CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hashitah

Tunku Sarafuddin Badlishah , RAJA MUDA KEDAH BAHARU.

  [Copy link]
Post time 28-11-2017 12:49 PM | Show all posts
Tengku Sarafudin teruskan legasi Raja Muda

ALOR SETAR 26 Nov. – Dikenali sebagai seorang yang mudah tersenyum dan bijaksana, Raja Muda Kedah yang baharu dimahsyurkan hari ini, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, 50, diyakini mampu meneruskan legasi kecemerlangan Raja-Raja Muda terdahulu terma-suk ayahandanya, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang kini bersemayam di tampuk pemerintahan negeri selaku Sultan Kedah.

Diputerakan pada 2 Mac 1967 di sini ini, baginda yang pernah mendapat pendidikan di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi merupakan lepasan dalam bidang perundangan di Universiti Brunel serta Kolej Holborn di London.

Sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan, bintang baginda ternyata bersinar apabila berpeluang menjawat pelbagai jawatan dalam dunia perundangan dan korporat antaranya selaku Eksekutif Perhubungan Industri di Sime Darby Berhad, Pengarah Bahagian Perundangan dan Setiausaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pengerusi Haisan Resources Berhad.

Ketika ini baginda meme-gang jawatan selaku Pengerusi di Thong Guan Industries Berhad, pengarah dan juga Anggota Lembaga Pentadbir di Asiamet (M) Sdn Bhd selain menjadi rakan kongsi di Kamil Hashim Raj & Lim Advocates and Solicitors.

Ketika berkhidmat di SKMM pada 1999, baginda mula berkenalan dengan Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, 46. Baginda berdua melangsungkan perkahwinan pada 27 Februari 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tunku Zara Bahiyah, 13, dan Tunku Sulaiman Badlishah, 10.

Che Puan Muda Zaheeda yang dilahirkan di Ipoh, Perak merupakan lulusan Ijazah Undang-Undang (Kepujian) dari University of Wales College, Cardiff dan mendapat Sijil Amalan Guaman dari Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia.

Baginda ketika ini berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan Syarikat di Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) selain menjalankan tugas sama di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.


Source : Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2017 12:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 12:51 PM | Show all posts
Bila baca nama & tengok gambar, baru perasan pernah berurusan dgn CPM Zaheeda dulu

Nice lady
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 01:02 PM | Show all posts
Edited by unoryah at 28-11-2017 02:09 PM

ok la education background CPMZ
bakal sultanah berkelulusan undang2
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 01:31 PM | Show all posts
Wah impressive juga education background Raja Muda Kedah ni. Semoga cepat-cepat naik jadi Sultan Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak muda lah raja muda kedah tak sangka beliau dah 50 tahun. Wife pun cantik. Both are well educated. Sama cantik, sama padan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2017 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia pon x sangka dia akan jd Raja Muda...
Good education both couple nie...
Nak ty je..adik RM nie lom kawenkan....tgk dia duk sorang je aritu...
Lagi satu adik RM nie ada masalah kulit ke....masa dia amik pingat tu nmpk tompok2 putih kat tgn dia...even kat bibir pon ada...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 03:56 PM | Show all posts
Edited by nirman at 28-11-2017 04:00 PM

wah quite educated Raja Muda and spouse. bila raja educated, rakyat pun tumpang bangga.  sorry bukan spouse consort. my apologies.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2017 05:41 PM | Show all posts
Tahniah Rakyat Kedah .... cantiknya dan pandai CPM Kedah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Boy berbaju malayu hitam & girl berbaju biru tu anak RM kan ?
Nampak sepadan RM & CPM
Sekufu dari segi education & ketinggian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 12:40 AM | Show all posts
I thought he's only in his 30s at the most... wowwwwww awet mudanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada gmbr adik dia x? Yg mahsyur jd tengku laksamana kedah sama hari dgn dia mahsyur jd RM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 09:14 AM | Show all posts
Tak nampak macam 50 tahun. CPZ pun sama. Nampak masih muda dan cantik.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik buat kedua-duanya.
Tahniah buat rakyat Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
misznwal replied at 29-11-2017 07:58 AM
Ada gmbr adik dia x? Yg mahsyur jd tengku laksamana kedah sama hari dgn dia mahsyur jd RM.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Giovi replied at 29-11-2017 03:46 PM

Thanx youuu

Hmmm not bad
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
F685 replied at 28-11-2017 07:33 PM
Boy berbaju malayu hitam & girl berbaju biru tu anak RM kan ?
Nampak sepadan RM & CPM
Sekufu dari  ...

Aah betul tu anak RMK. Tunku Zara Bahiyah 13 thn, Tunku Sulaiman Badlishah 10 thn. Pewaris takhta kedah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2017 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Giovi replied at 29-11-2017 03:46 PM

Bujang lagikan.....
Sapa nak...sila isi borang.....
Lopak x nak try ker????...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ahlisihircute replied at 30-11-2017 09:12 AM
Bujang lagikan.....
Sapa nak...sila isi borang.....
Lopak x nak try ker????...

Aku xnk lofa join kedah..sbb aku org kedah..ban lofa..kn cari mcm kak ipar dia..org biasa tp bijak..xmo kaum keluarga mulut h@nsuang..hahah

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysiaku123 replied at 30-11-2017 07:15 PM
Aku xnk lofa join kedah..sbb aku org kedah..ban lofa..kn cari mcm kak ipar dia..org biasa tp bijak ...

Nasib baik negeri aku dah terlepas wpon perangai Raja Muda aku x semenggah.....
Baik amik cam CPM....org biasa tp education sgt bagus...
Tahniah pada org Kedah coz dapat Raja Muda yg baru dan sgt educated....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 08:06 PM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 28-11-2017 08:35 AM
iols sebagai rakyat kedah sebelum ni memang tak berapa kenal dengan sultan2 yang baru ni...sebab kit ...

waris belah tunku sofiah/sultan badlishah, tinggal tunku sakinah je, yg stay kat paris.... satu2nya adik beradik sultan abdul halim yg masih hidup..

seems that darah kerabat kelantan-terengganu kuat mengalir dlm royal family kedah buat masa ni, sultanah asma cucu sultan badrul alam shah dari terengganu, while sultanah maliha dari belah kelantan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.198121 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list