"entadbir sekolah perlu bijak menangani urusan persekolahan."
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sedemikian ketika mengulas rungutan guru yang mendakwa diarah hadir ke sekolah bagi menyelesaikan tugas pejabat ketika cuti sekolah, lapor BH Online.
Foto: BH Online/Media Suara Insan
Menurut Mahdzir, isu itu sebenarnya sudah lama dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI).
"Sejak sekian lama Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), yang menyatakan guru tidak perlu hadir ke sekolah pada musim cuti kecuali atas sebab rasmi seperti kursus atau peperiksaan sahaja, sudah diedarkan.
"Saya difahamkan ada pihak yang mengabaikan perkara itu. Maka, kementerian akan menghantar surat pekeliling khas kepada semua pengarah pendidikan negeri mengenai perkara ini," katanya. - CARI |