CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31299|Reply: 271

REPUTZ HANJENG vs LOFAZURA: Kami Bukan Pengemis - Hartati Hassan| Reputz Hanjeng

  [Copy link]
Post time 27-11-2017 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by beruangmuda at 28-11-2017 06:57 PM

Kami Bukan Pengemis



Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Hebat artis sekarang, boleh bercakap mengenai etika kewartawanan dan mempersoalkan kerja wartawan hiburan.

Ketika hangat diperkatakan mengenai teka-teki pernikahan pasangan Nur Fazura Sharifuddin, 34, dengan Fattah Amin, 27, mereka yang pernah hadir dalam hidup pasangan ini turut menjadi perhatian media untuk mendapatkan komen.

Itu juga antara cara wartawan mendapatkan berita yang mungkin ada kalanya kurang disenangi sesetengah pihak.

Dalam kes Fazura-Fattah, dua nama menjadi perhatian ialah Neelofa dan Sherry Ibrahim kerana pernah menjalin hubungan mesra dengan Fattah.

Reaksi Sherry lebih tenang dan profesional apabila mendoakan kebahagiaan Fattah dan Fazura.

Sebaliknya, agak sukar untuk mendapatkan komen Neelofa. Sudah tentu peluang bertemu dengannya ketika pelancaran cawangan terbaru jenama tudungnya di Putatan, Sabah, digunakan wartawan di sana untuk mendapatkan komennya.

Reaksi spontan Neelofa ialah meletakkan jari di bibir sebagai tanda enggan menjawab soalan itu hingga keluar artikel ‘Neelofa tak mau layan’ pada 18 November lalu.

Rupa-rupanya Neelofa terganggu dengan artikel itu hingga mempersoalkan etika kewartawanan menerusi status laman Instagramnya. Dia meminta wartawan menghormati hak orang lain jika tidak mahu memberi komen.

Timbul beberapa persoalan di sini, mengapa Neelofa tidak rasional dan agak beremosi mengenai isu Fattah dan Fazura? Adakah terlalu sukar untuk Neelofa menerima hakikat itu hingga memberi respons demikian?

Apapun, Neelofa orang yang jujur dan tidak hipokrit. Dia boleh saja memberi reaksi dengan senyuman paling manis sambil menjawab ringkas, “Kalau mereka sudah nikah, baguslah dan saya doakan kebahagiaan mereka.”

Sangat mudah dan nampak profesional, bukan? Namun sayangnya Neelofa tidak berbuat demikian tetapi itu adalah pilihan dan hak Neelofa.

Khamis lalu, Fazura ketika sidang media khas menjawab teka-teki pernikahan mereka, memulakan kata-katanya dengan luahan rasa kesal atas tindakan media pergi ke rumah neneknya merakam gambar kemudian menyiarkannya melalui akhbar.

Fazura menyifatkan tindakan itu keterlaluan. Alasannya, kita tinggal di Malaysia bukan Hollywood.

Mungkin selama ini ada artis melihat tugas wartawan hiburan itu hanyalah menghadiri sidang media untuk mempromosikan produk mereka sama ada filem, album atau perniagaan.

Ketika itu mungkin media dilihat sebagai orang penting tetapi apabila membabitkan cerita peribadi, wartawan hiburan ibarat peminta sedekah.

Sebab itulah agaknya kehadiran beberapa wartawan di luar pagar kediaman nenek Fazura pada 14 November lalu tidak dihiraukan. Ketika itu hanya berlangsung majlis doa selamat tetapi seolah-olah majlis rahsia yang cuba ditutup serapat-rapatnya.


Apa yang Fazura luahkan tidak selaras dengan kata-kata mereka ‘doakan yang baik-baik, fikir yang baik-baik’.
-----------

HOI REPUTZ HANJENG?!! CHUOLS INGAT DENGAN TITLE REPUTZ CHUOLS VOLEY BUAT CERITA SESUKA HATI?? TAHUKAH CHUOLS BERAPA RAMAI POLITICIAN YANG KAYA RAYA HASIL MENYAMAN REPUTZ YANG MENULIS BERITA TIDAK BETUL?!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2017 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Reputz mana yg tulis mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alexandria_iz at 27-11-2017 06:38 PM

Sapa penulis artikel?

Tapi to be on d fair side - korang nak marah bole, tapi kena berpada2. Sebab nama pun wartawan. Mmg tugas dia kot.

As for them trying to get the scope masa fattzura nyer "majlis rahsia" tu - mebbe nmpak keterlaluan. Tapi that's their job kot. Until & unless they gate-crashed the majlis, timbulkan huru hara, xmo beredar even after disuruh cara baik- baru kita bole kecam.

Faz mebbe bengang sebab dia & her family jenis yg private. Sebelum2 nie (before ngan FA) - jarang giler kot nak nmpak muka family dia. So that's why dia bengang. Sebab pada dia - hanya dia je Artis. Family dia bukan Artis. So x perlu ganggu. Lagipun faz bengang sebab selama nie dia bagi kerjasama elok je ngan wartawan kan.

So when she needs privacy, she expect them to give it. Which is x dapat laa kan. Nama pun wartawan.

Dari part wartawan - the line between work & ethics are always blurry. Kan? So it's a delicate situation.

I don't condone their (wartawan) act, tapi pada masa sama - me pikir rational. Wartawan kejar sbb mmg hot couple. Cuba kapel sendu, depa pun x ingin nak cover. Kan?

Korang (termasuk me) Kat forum nie pun dok tertunggu2 kot2 ada leak info pasal "majlis rahsia" tu. Abis bila wartawan nk dptkan scope, korang bantai plak wartawan tu.

Kena be fair laa u.

As for lofa - kes lain. Walaupun wartawan Tanya soalan peribadi, instead of berkenaan tudung / launching of her new outlet - dia sendiri yg ala2 x professional.

It's expected kot wartawan akan Tanya soalan2 mengundang camnie. Ko baru jadi retis ke deknon? Tak bole anticipate ke some the "hot questions"? Ko jawab je laa. Saya doakan diorang bahagia. Atau kalo xmo jawab camtu, bgtau je - only business-related questions will be entertained. Pastu ko bagi laa senyum manis sikit kat reporter tu. Kata pelakonn. Berlakon laa kejap.

Sherry relaks je jawap. Dia lagi plak, bercinta 2 tahun kot? Masa FA belom pemes & belom hot stuff cam skrg. Lagi laa trulop.

Ko setakat 2 bulan. Sensitip lebeh.

Faz lagi plak. 3x pernah kena tanya soalan pasal Bab perasaan ex kawen. 1st TMJ, 2nd Hady Mirza, 3rd Sam. Elok je kawan tu jawab.

Unless kalo wartawan twist statement ko, bole laa ko hencap balik. Nak pertikaikan ethics bagai.

So all in all - wartawan mmg tugas dia bz body. Kakakakkaa

Retis plak kena pandai deflect soalan (sila belajar dari faz. She's very good in answering & deflecting questions).
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg wartawan xleh ditegur ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:07 PM | Show all posts
Nak buat kerja mcm mana hak wartawan.
Tak nak share cerita2 peribadi hak artis yg berkenaan.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoiii reporter.. ko mmg bukan pengemis Tapi ko hanjenggg.. tau x??? Motippp?! Suka2 sebar fitnah pastu expect nk org respect ko? Repott skrg mana ada kredebiliti dh, main taram je.. berbeza dgn repot dulu2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
alexandria_iz replied at 27-11-2017 06:04 PM
Sapa penukis artikel?

Tapi to be on d fair side - korang nak marah bole, tapi kena berpada2. Seba ...

HM tuu sapa??
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
alexandria_iz replied at 27-11-2017 06:04 PM
Sapa penukis artikel?

Tapi to be on d fair side - korang nak marah bole, tapi kena berpada2. Seba ...

Satu je nk tau HM tu sapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aah x pernah tau pun pasal HM tu... yg kes gaduh high heel Kt club tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
alexandria_iz replied at 27-11-2017 06:04 PM
Sapa penukis artikel?

Tapi to be on d fair side - korang nak marah bole, tapi kena berpada2. Seba ...

Yes i do agree with u..kena tgk from different view xleh sblh pihak je..btw, HM tu sape ek?xleh tangkap plak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
alexandria_iz replied at 27-11-2017 06:04 PM
Sapa penukis artikel?

Tapi to be on d fair side - korang nak marah bole, tapi kena berpada2. Seba ...

HM siapa? I takleh fikir siapa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2017 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
HM tu Hady Mirza. Chuols ni suka guna huruf sampai org keliru
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Awanku replied at 27-11-2017 06:10 PM
HM tuu sapa??

Dah edit. Hady Mirza.

Me ingat org tau pakai shortform tu. Kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
SR4tahun replied at 27-11-2017 06:13 PM
Satu je nk tau HM tu sapa?

Sorry u. Hady Mirza.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 27-11-2017 06:15 PM
Aah x pernah tau pun pasal HM tu... yg kes gaduh high heel Kt club tu ke?

Nope. Hady Mirza.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lor u ada hak sbg wartawan artis pn ada hak gak nak jwb or tknk jawab or nk sembunyikan apa2 yg berkaitan ngan kehidupan...msg2 kena tahu lah hak n had msg2....huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2017 06:44 PM | Show all posts
Edited by dokterdewi at 27-11-2017 06:50 PM

Apapun, Fazura orang yang jujur dan tidak hipokrit. Dia boleh saja memberi reaksi dengan senyuman paling manis sambil menjawab ringkas, “Saya mohon maaf tidak dapat menjemput wartawan yg berkampung di luar rumah NENEK saya utk masuk ke dalam rumah kerana itu adalah rumah NENEK saya, bukan rumah saya. Sementelah NENEK dan keluarga saya pula amat mementingkan privasi.”

Sangat mudah dan nampak profesional, bukan? Namun sayangnya Fazura tidak berbuat demikian tetapi itu adalah pilihan dan hak Fazura.

***
Kan senang kalau wartawan faham, baik Lofa atau Fazura masing2 ada pilihan dan hak sendiri. Artikel ni nampak mcm nak hentam dua2 artis tapi sebenarnya lebih nak hentam Fazura dan buat damage control utk Lofa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bungarose at 27-11-2017 06:54 PM

Princess diana sampai eksiden dan meninggal akibat dikejar reporters yg gigih nk jd akhbar pertama melaporkn gosip. Bertunang mmg tak perlu dicanang
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cece1234 replied at 27-11-2017 06:16 PM
Yes i do agree with u..kena tgk from different view xleh sblh pihak je..btw, HM tu sape ek?xleh ta ...

Kan? Kena be fair. Sebab mmg tugas depa.

Tapi selagi depa x melampau laa. Kalo cam kes Natasha Hudson dulu - wartawan boikot dia sbb x dijemput, itu memang selayaknyer dicaci. Just bcoz she want it to be private & korang yg x dijemput gate-crashed her event & x dibenarkan masuk, korang pakat2 boikot dia. Tu mmg x pro.

Just bcoz they are wartawan - it x bermakna mereka bole gate-crashed mana2 private event. And for u to boycott the artist semata2 sbb x dpt undangan / x dpt scope majlis - mmg sangat2 wajar dicerca.

For fattzura case, I think they still know their boundaries. Diorang beredar pun kan lepas x dibagi masuk? Amek gmbar dari luar je kan.  So - kena be reasonable laa. Diorang Ada tugasan. Mmg keje dia utk dptkan berita2 camnie.

Tapi faz Ada hak gak utk marah. And dia pun marah x over kan. Sekadar bagitau secara baik (tapi tegas) yg dia x appreciate wartawan2 yg x respect privacy family dia.

So ok laa tu. Faz dah luaskan perasaan x puas hati dia. And mind u - she did so openly. Bukan secara sindiran Kat IGs.

And now wartawan dah balas balik - Kira fair & square laa. So... Next.

Kakakakkaka

As for HM - Hady Mirza u. Kekekkee

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
beruangmuda replied at 27-11-2017 06:24 PM
HM tu Hady Mirza. Chuols ni suka guna huruf sampai org keliru

Dah edit. Me ingat semua org tau. Sbb related ngan faz.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 1.329891 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list