CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1884|Reply: 5

Dr Sidek Baba Menulis - Kembali Kepada Ajaran ASWJ...

  [Copy link]
Post time 28-11-2017 08:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 28-11-2017 08:25 AM

Kembali kepada pendidikan berlandaskan Ahlus Sunnah Waljamaah

laman sesawang asal :

http://www.yadim.com.my/v2/?p=31200





Oleh SIDEK BABA
Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba adalah Profesor Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Banyak faktor yang menyebabkan penyimpangan akidah berlaku dan umat Islam menjadi celaru dan keliru dan dikatakan ada yang murtad. Rasulullah SAW dalam hadisnya menyebutkan, di akhir zaman akan terdapat 73 firkah (kumpulan), Allah akan menerima satu firqah saja iaitu yang berdiri atas pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Wujudnya firqah ini bukan perkara baharu. Ia terjadi sejak dulu lagi kerana banyak sebab. Selalunya firqah ini terbina kerana mencari cara bagaimana Islam harus berperanan untuk bereaksi kepada situasi yang dinamik dan akhirnya berlaku penyimpangan dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2017 08:26 AM | Show all posts
Bila agama tidak lagi menjadi sandaran majoriti orang-orang di Barat, aspek sains dan teknologi dianggap sebagai tuhan-tuhan baharu. Saintis dan teknologis dipuja dan dikagumi kerana mereka boleh menawarkan kebenaran dalam menyelesaikan kemelut hidup.

Lalu, lahir fahaman sekular atau dalam bahasa Latinnya saeculum yang mendukung makna pemisahan agama dari pemerintahan atau agama dari kehidupan. Bagi mereka, dunia dan kehidupan zahiri ini adalah segala-galanya. Akal dan rasional diletakkan sebagai asas kemajuan dan perubahan malah akal itu adalah alat menyatakan kebenaran. Perihal yang ghaib dianggap sebagai dogma, khayali dan tidak saintifik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 08:27 AM | Show all posts
Kehidupan yang fitrah tidak saja bersifat zahiri tetapi ia juga merujuk kepada faktor batini. Faktor batini adalah sumber kekuatan kepada manusia. Berfikir cara zahiri semata-mata adalah dangkal kerana hakikat batini menuntut jawapan terhadap perkara-perkara yang tidak terjangkau oleh akal dan daya fikir insan.

Faktor zahiri untuk mengisi keperluan jasmaniah boleh ditunaikan dengan adanya usaha dan ikhtiar supaya hidup dapat diteruskan. Bagaimana faktor batini ditunaikan sedang agama menjadi landasan penting membimbing manusia memurnikan hati dan niat kerana keyakinan orang yang beragama bahawa ada Kuasa yang Maha Perkasa melakukan penciptaan dan menguruskan alam ini.

Akal manusia tidaklah segala-galanya. Dengan bantuan sumber naqliah atau wahyu, manusia menghubungkan yang ghaib dengan yang nyata. Setiap kejadian Allah terkandung rahmah dan nikmah. Bagi manusia yang menggunakan akal dan hati, kehidupan menjadi lebih serasi. Akidah tauhid yang dimiliki oleh orang-orang beriman dan bertakwa membimbing manusia menjadi lebih tenang dan fitrah diri terbangun dengan seimbang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 08:27 AM | Show all posts
Sebab itu manusia yang berpegang kepada agama tauhid menjadikan akal sebagai sebahagian dari sumber mendapat ilmu dan petunjuk. Al-Quran dan as-Sunnah dijadikan pedoman keilmuan dan pendidikan supaya watak manusia terbentuk dengan kekuatan patuh, taat, akur dan tunduk sebagai lambang kehambaan kepada Pencipta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 08:28 AM | Show all posts
Liberalisme

Konsep liberal yang mendukung makna pembebasan secara zahiri terkait dengan isu pentauhidan. Pentauhidan bermakna pembebasan diri manusia dari ketahayulan, pemberhalaan dan kepercayaan yang tidak berasaskan ilmu dan petunjuk.

Liberalisme ialah suatu fahaman yang berkembang di Barat berkait dengan pembebasan akal dan logik dari belenggu agama yang mereka anggap sebagai tahayul dan tidak saintifik. Lalu, lahir masyarakat yang tidak memiliki keyakinan kepada agama dan faham liberalisme ini mencetuskan pola-pola pemikiran dan amalan yang berasaskan akal dan kenafsian semata.

Tafsiran hak asasi manusia umpamanya tidak lagi dipandu oleh keyakinan dan etika beragama. Maka tercetuslah berbagai gerakan anti-agama seperti pembebasan wanita dari belenggu agama dan tradisi, hak kehidupan berasaskan pilihan sendiri, binaan keluarga berasaskan pola-pola songsang gay dan lesbian hingga menyebabkan manusia semakin jauh dari fitrah.

Pengaruh liberalisme ini menerjah masuk ke dalam budaya, ilmu, pemikiran, pendidikan dan budaya hingga menyebabkan penolakan terhadap agama terjadi. Fenomena ini sedang menular masuk ke dalam masyarakat Islam kerana peranan media baharu dan teknologi langit terbuka memberi pengaruh yang kuat kerana kesan komunikasi dan telekomunikasi menjadi sesuatu yang sukar untuk dielakkan.

Justeru, pengilmuan dan pendidikan menjadi wahana yang amat utama mengembalikan manusia kepada fitrah. Jalinan naqli-aqli dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu yang sangat releven kerana binaan fikrah dan tasawwur adalah asas kepada pentauhidan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 08:29 AM | Show all posts
Asas Pentauhidan

Asas pentauhidan merintis jalan kesatuan. Ilmu yang tauhidi menghubungkan ilmu hasil janaan pemikiran manusia yang diolah dari pemerhatian, kajian dan telitian dipandu oleh sumber wahyu yang sifatnya menyerasikan.

Surah al Alaq ayat 1 hingga 5 memberi makna yang besar kepada manusia memahami hakikat kajian dan penciptaan. Khalaqal insan naming ‘alaq – “Allah mencipta manusia dari seketul darah” merupakan pedoman Allah kepada manusia dan pedoman merevolusikan pemikiran manusia mengenai penciptaan dan kejaninan (embriologi).

Pedoman Allah itu apabila dikaji secara saintifik amat tepat sekali dan ianya tidak bercanggah. Al-Quran terkandung maklumat saintifik yang sangat banyak dan manusia dengan jiwa tadabbur (kajian dan penyelidikan) yang tinggi menemui jawapan terhadap isu yang berbangkit dan menjadikan mereka ulul albab (manusia yang memahami).

Inilah pedoman yang terbangun bersama-sama dengan kebangunan tamadun Islam pada masa lalu. Ulama dan ilmuan menghafaz al-Quran sejak usia mudanya, memahami tafsir yang berkaitan dengan bidangnya dan menjadi pelopor membangunkan ilmu dan kualiti insan yang menyumbang kepada binaan tamadun yang Islami.

Tauhidlah menjadi asas dukungan kerana pentauhidan. Ini bermakna meletakkan keyakinan bahawa Allah itu Pencipta dan Berkuasa Atas Segala, memperjalankan alam ini dalam kerangka sunnatullah. Jalur sunnatullah membina keyakinan manusia dan menjadikan mereka orang-orang yang muttaqeen. Jiwa muttaqeen menjadi ukuran Allah terhadap kemuliaan diri insan (karamah insaniah) seperti yang terungkap dalam Surah al Hujurat ayat 13 – Inna aqramakum indallah hi atqa qum – “kemuliaan insan itu ada pada orang-orang yang bertakwa.”

Jiwa muttaqeen adalah paksi yang sangat penting menghasilkan indikator terbaik terhadap pentauhidan Allah. Orang-orang yang memiliki God-conciousnes atau rasa bertuhan yang tinggi mempunyai kualiti ihsan yang terkait dengan Allah.

Ia ibarat barometer atau sumber kawalan terhadap diri, percakapan dan perbuatan sehingga manusia memiliki kekebalan dan kalis dosa lantaran manusia menginsafi Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Melihat mengenai apa saja yang manusia lakukan.- DAKWAH








Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.535793 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list