View: 6571|Reply: 59
|
Sedekad Dikurung, Jadi Hamba Seks Di Bawah Tanah
[Copy link]
|
|
Kejam! Seorang lelaki mengurung wanita berusia 29 tahun di dalam sebuah 'penjara seks bawah tanah' di Gizzeria, Itali dan menyeksa serta memperkosanya secara berterusan selama 10 tahun sehingga melahirkan dua anak mereka.
Memetik The Sun, Aloisio Francesco Rosario Giordano, 52, juga diberi julukan 'The Italian Fritzl' ditahan polis pada hujung minggu lalu.
Lebih mengejutkan, ini bukan kali pertama dia ditangkap dan didakwa atas kesalahan itu. Pada 1995, dia pernah dipenjara atas kesalahan menculik, merogol dan menyeksa seorang wanita lain.
Selepas dibebaskan atas alasan berkelakuan baik pada 1999, Giordano pulang ke rumah untuk menjaga isterinya yang sakit serta dua anaknya.
Ketika itulah dia mengupah seorang wanita berusia 19 tahun yang baru tiba di Itali untuk menjaga isterinya. Namun, malang nasib mangsa apabila dia dikurung di sebuah bilik bawah tanah selepas kematian isteri Giordano.
Sedekad lamanya wanita itu hidup di 'neraka' itu tanpa diberi kemudahan air dan elektrik. Malah, dia turut dirantai pada katil selain dirogol berkali-kali sehingga melahirkan anak lelaki dan perempuan yang kini berusia 9 dan 3 tahun.
Menurut laporan, kanak-kanak itu dipaksa melihat ibu mereka diseksa 'manusia bertopengkan syaitan' itu! Malah, suspek turut memaksa anak lelaki mereka untuk turut serta menyeksa ibunya atau dia akan dibelasah jika enggan melakukannya.
BACA JUGA: 6 Tahun Dikurung, Jadi Hamba Seks Dan Didera Depan Anak-anak
Lebih menyedihkan, Giordano akan menggunakan tali pancing untuk menjahit luka di tangan mangsa akibat digari.
Polis hanya menghidu kejadian itu apabila mereka menahan kenderaan Giordano ketika melakukan pemeriksaan polis dan menyedari keadaan kanak-kanak lelaki terbabit yang tidak terurus.
Curiga dengan keadaan itu, polis mendesak untuk melawat rumah mereka.
Foto: The Sun
Ketika itulah mereka menemui mangsa bersama anak perempuannya dalam keadaan menyedihkan. Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu memberitahu, dia langsung tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar.
Susulan itu, Giordano ditahan dan didakwa atas tuduhan menganiaya keluarga, perhambaan dan keganasan seksual. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Zalimnya......jantan lahanat....
Mereput mampos la nko dalam penjara... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kena seksa sampai bgitu sekali..si lelaki tu mentel !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Iblis |
|
|
|
|
|
|
|
Bangang punya jantan! Potong jah kote laki xguna tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Harap jangan dilepaskan dari penjara lagi kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kes yg bapak kurung ank sendiri dlm bilik kecil kt umah dia tu sampai 7 org kot ank dia lahirkn.
Tp yg tu keadaan bilik kecil tu taklah seteruk ni mcm stor menda tah.tah2 kena ikat je pompuan ni. Siannya mcm manala masa dia pregnant n beranak. |
|
|
|
|
|
|
|
nawuzubilla.moga terima hukoman yang amat berat
|
|
|
|
|
|
|
|
All of this took place in the tiny village of Gizzeria, in southern Italy, but went entirely unnoticed until police discovered the house of horrors by accident.
Police picked Giordano up during a routine traffic stop because of the bad condition of his vehicle, when they noticed the nine-year-old boy in his back seat.
The disheveled appearance of the boy, who was described as dirty and malnourished, raised their suspicions and they demanded to see Giordano's home and speak with the boy's mother.
When they arrived they discovered the woman, who was also filthy, holding a second malnourished child and decided to investigate.
It was only then that they discovered the conditions she had been kept in.
Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/ ... .html#ixzz4znjXLeJt
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook |
|
|
|
|
|
|
|
speechless..dalam manusia ada binatang..tapi binatang pun x tgamak buat gini |
|
|
|
|
|
|
|
sian nyee
mesti pmpn tu x kenal apa itu FB dan iphone
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya polis dorang alert dengan keadaan budak tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruk betul perangai. Sebab kes ni, Paz terpikir tak semua orang bole berubah ke arah kebaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Binawe |
|
|
|
|
|
|
|
nauzubillah
i'm speechless |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu kali pertama tu kenakan hukuman berat je terus. Ni tunjuk baik sikit bg lepas, lps tu jahanamkan hidup org lain pulak. Hukuman yg tak bagi kesan langsung pada pesalah |
|
|
|
|
|
|
|
Gelinya tengok toilet kerusi tu.. mesti bertahun2 tak pernah bercuci.. kesiannya. Jahat betul la jantan ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|