View: 2874|Reply: 9
|
Jangan Buang! Ini Rupanya Manfaat Sos Tomato Sachet Yang Mengejutkan!
[Copy link]
|
|
Jangan sesekali membuang lebihan sos tomato dalam sachet yang anda sering dapati selepas membeli makanan segera. Ternyata sos tomato ini ada beberapa kegunaan lain selain menyedapkan lagi makanan.
Dikatakan sifat masam dari tomato dan cuka dalam sos tersebut mampu membersihkan pelbagai benda. Malah, harganya sangat murah berbanding pencuci komersial yang dijual di pasaran.
Berikut antara fungsi sos tomato ini yang sangat mengejutkan:
1. Mengembalikan kilau perkakasan memasak
Pelbagai perkakasan dapur seperti periuk, mangkuk, pemegang laci dan sebagai yang sudah kekuningan dan kusam.
Oleskan sos tomato ini pada perkakasan yang hendak dibersihkan, kemudian biarkan selama 30 minit.
Ambil berus dan gosok sehingga bersih, sebelum bilas dengan air.
2. Bahagian kereta pun bersinar
Memetik The Cymbal Book, terdapat sesetengah penggunaan sos tomato terhadap permukaan kereta yang mampu mengembalikan kilauannya.
Membersihkan keseluruhan kereta dengan sos tomato memang kurang praktikal. Anda cuma bersihkan beberapa bahagian tertentu sahaja dengan sos ini.
Pertama, bahagian tersebut dengan sabun atau syampu kereta. Kemudian letakkan sedikit sos tomato dan lapkan lagi. Bilas sehingga bersih.
3. Merawat rambut rosak
Bagi mereka yang gemar berenang boleh mengalami kerosakan rambut akibat kandungan klorin dalam air kolam.
Untuk mengatasi masalah tersebut boleh menggunakan sos tomato. Cuci rambut dengan syampu, kemudian usapkan sos tomato pada rambut dan biarkan selama 10 minit.
Kemudian bilas dan cuci semula dengan syampu. Bilas lagi dan rambut anda akan semakin sihat semula.
4. Melegakan luka ringan
Sejukkan sachet sos tomato dalam freezer. Kemudian letakkan pada bahagian kulit yang terluka. Ia berfungsi bagaikan pek ais yang sangat berkesan! - CARI
Foto Carian internet
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu biasa akak simpan sos tomato kt kfc, sos cili je bawa balik. kalau tahu sos tomato banyak kegunaan akak bawa juga sos tomato |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus info ni...
Tapi iols makan je tomato sos ni..letak dalam burger mabeless..So xde istilah buang tomato sachet ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 mcd kfc xbagi dah sos tomato ni..
Sbb iols nk masak cr sachet tomato xde..ada chili je melambak dlm peti ais |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe konah memang tak makan tomato sauce, bolehla nanti cuba tips ni {:love |
|
|
|
|
|
|
|
Petua tuk rambut tu,
Slalu buat...
Tuk bilasan terakhir...
Suka sos cili&sos tomato |
|
|
|
|
|
|
|
Sos tomato i memang tak makan. Makan sos cili jer. |
|
|
|
|
|
|
|
iols suke sos tomato campur sos cili... diadun sebati, rse pedas2 masam. mmg yummehhh! |
|
|
|
|
|
|
|
haha..nnti nak cuba..
pernah cuba ACV utk rambut.memang bagus sangat kesannya tu.Tapi ya ampun...nak hilangkan bau lepastu anak aku pun xsggup dekat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|