CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tofupudding84

pilih lelaki yg berduit atau tidak?

[Copy link]
Post time 7-12-2017 11:45 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 8-12-2017 12:11 AM

sebagai lelaki, aku nak cakap.
pilih yg berduit.
karang esok da kawin, asik gaduh pasal duit.
bila gaduh jer, mula la ungkit pasal duit.
kat KRT hampir tiap hari bini orang mengungkit pasal duit.
bukannya laki dia tak keje, tapi gaji kecik, duit habis bayar hutang.
sampai belanja dapur, belanja anak semua tak dapat hulur.

pada lelaki, kalau income bawah 3k, tak payah ler kawin.
better cari extra income, mantap kan ekonomi,
baru pikir nak kawin bela anak orang, dan juga bela anak sendiri.
dapat bini gaji lagi besar ni, esok da kawin dia main herdik jer.
naseb tak baik asik kena maki, yg kena pukul pun ada aku baca kat KRT.
pompuan ni payah nak hormat lelaki, kalau belanja rumah mostly dia yang keluarkan duit.
orang luar tengok pun tak manis, nati di katakan ko ni biawak hidup.

kalau ikut aku, dengan ekonomi sekarang, tak sesuai bina family.
baik fokus benda lain. ikut aku punya indikator stabil,
selagi tak dapat hulur rm500 sebulan kat parents,
n nak kahwin pun kena buat personal loan,
selagi tu la belum stabil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2017 11:57 PM | Show all posts
moonbug replied at 3-12-2017 02:19 PM
Better yg berduit. Bkn kaya raya, tp yg boleh bg nafkah makan pakai keluarga supaya rumahtangga harm ...

faktor nombor 1 ape?
ingatkan financial reason paling utama.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 10:16 AM | Show all posts
capiloton replied at 7-12-2017 11:45 PM
sebagai lelaki, aku nak cakap.
pilih yg berduit.
karang esok da kawin, asik gaduh pasal duit.

aku bagi 1000 like, sebagai lelaki jugak, aku setuju pendapat ko.

wahai pompuan2 diluar sana, cari lelaki yg berduit, bukan maksudnya dia kaya, tapi cukup sekadar dia mampu untuk menjalankan tanggungjawab dia sebagai suami dan ketua keluarga. Mana2 lelaki yg sekadar date kat oldtown pon nak kena bayar sendiri, sila lah jauhi lelaki macam nih, kalau benda kecik pon xleh nak sponsor, nanti dah kahwin, mampos ko gaduh2 pasal duit hari2. Jauhi drpd lelaki acah2 biar papa asal bergaya dan boros.

Aku rekomen kalau nak kahwin, pastikan bakal suami mampu membeli (bukan sewa ye) rumah sendiri, tak kiralah 500sqf ke 5000 sqf, janji cukup dan selesa. Kalau ikutkan aku, estimate gaji gross dalam ~8k/bulan kalau duduk bandar, ~5k/bulan di luar bandar. Mana2 lelaki yg gaji bawah drpd nih x perlu la berangan nak kahwin lagi2 sebab gatal anu, nanti ko bukan susahkan diri aje, tapi anak bini sekali kena heret, terlampau banyak sangat dah aku nampak.

Tak payah la nak anggap "oh mungkin skrang dia x berduit, nanti insyAllah adalah rezeki dia", nih ialah apa yg kita panggil wishful thinking, unless ko dpt ramal masa depan dia, x usah la ambil risiko nih pada zaman camnih. Biar kahwin lambat asal hidup sendiri dan anak2 lebih terjamin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
yprat replied at 8-12-2017 10:16 AM
aku bagi 1000 like, sebagai lelaki jugak, aku setuju pendapat ko.

wahai pompuan2 diluar sana, c ...

aku setuju apa yg ko ckp.cuma jarang lelaki diluar sana ada mindset mcm kome berdua.yg selalu jumpa,kalau gaji kecik tak pa nnti boleh cari bini gaji tinggi..ppn kan ramai la ni dan desperate plak nak kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 7-12-2017 11:57 PM
faktor nombor 1 ape?
ingatkan financial reason paling utama.

masalah komunikasi kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 03:30 PM | Show all posts
sue_0684 replied at 8-12-2017 02:30 PM
aku setuju apa yg ko ckp.cuma jarang lelaki diluar sana ada mindset mcm kome berdua.yg selalu jump ...

Kalau carik bini gaji tinggi, tercabarlah maruah seorang suami, nanti isteri yg akan jadi ketua keluarga. Jantan yg camnih memang xtau malu, jangan sekali2 kahwin ngan lelaki camnih, dia xde ciri2 seorang leader, perangai pon most probably buruk, baran, malas, ego menggunung, xde vision and life goals.

Tanggungjawab seorang suami sangat besar, x boleh dipandang rendah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2017 05:19 PM | Show all posts
kalau boleh biarlah ada 2 2
yang sederhana duit dan kasihsayang pon ok da

kang xde duit boleh gado
memandangkan zaman skg sume nak kena pakai duit, so mmg xboleh la kalau xde duit

ada duit tapi xde kasihsayang pon boleh emosi memanjang je

timbang2kanlah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 5-12-2017 01:33 AM
spesis rare suami akak tu
sila jaga baik2
ramai yang memerhati

simpan sikit kebaikan laki tu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2017 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
maya_mahsuri replied at 5-12-2017 10:04 AM
Ahaha.. takleh cakap apa la kalau mcm tu. Redha saja.

Supaya tak ot, bukan sekadar 'duit' saja yg ...

Teruknya laki tu..spesies muka tak malu   dah biasa dimanjakan gamaknya. Tak reti nak berubah ke?

Ni dah kahwin tak tau tanggungjawab dia yang kena sediakan tempat tinggal pakaian makan semua. Agaknya dia dah plan jadi apa2 duit dia selamat tak rebut harta.

Ada pulak barang2 dapur pun kongsi dengan duit isteri, anak pun tak boleh tolong jaga isteri tu kerja juga bukan suri rumah sepenuh masa, otot2 dia tu lebih besar dari perempuan sia2 je tak guna untuk buat pahala.

Ni la perempuan dah jadi superwomen dah kerja balik uruskan  keluarga lagi, mana la perempuan sekarang tak macam singa jadi garang dah hilang lemah lembut.

Pas2 kerjanya dia ja betul

#mohondijauhkan #soryteremo
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
yprat replied at 8-12-2017 03:30 PM
Kalau carik bini gaji tinggi, tercabarlah maruah seorang suami, nanti isteri yg akan jadi ketua ke ...

ada ciri2 ko senaraikan yg aku jumpa pada lelaki jenis macam ni.bagi aku kalau nk cari suami kena dia lebih dari kita antara 3 ni: samada gaji dia lebih @ ilmu agama lebih tinggi @ pendidikan lebih tinggi..aku masih ingat lagi nasihat ni dari porumer cari jugak, sulur bidar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 08:50 PM | Show all posts
kalau semua lelaki ikut std kna gaji 8k/5k ikut area rmh kiranya ramai jer laki yg x layak kawen...
ikut sekeliling aku ni ramai jer gaji yg bwh std forumer cari tp kawen & hidup bahagia dgn anak bini...
yg penting hidup dgn kemampuan suami & focus tanggungjwb lps kawen bkn ikut std society termasuk kt forum ni

mcm adik2 ipaq & adik laki aku sndiri, gaji kecik jer tp bkn jns berhutang sana sini...
mampu jer tanggung anak bini, siap dh ada rmh bagai... alhamdullillah senang jer adik2 aku tu..
kalau lelaki tu jns bertanggungjwp plus si isteri yg mmg baguih tau urus keluarga bahagia la rmh tangga...
kalo dh sorg2 perangai mcm hantu duit berpuluh ribu sebulan pun hancur jgk keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 8-12-2017 08:50 PM
kalau semua lelaki ikut std kna gaji 8k/5k ikut area rmh kiranya ramai jer laki yg x layak kawen...
...

yg prob awal2 bila hantaran tinggi.parents ppn expect lelaki boleh sediakan hantaran  segala bagai,berhutang bagai..dari awal lagi dah burden,lps kawen byk la hal nya kecuali si suami gajinya tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 10:24 PM | Show all posts
sue_0684 replied at 8-12-2017 09:59 PM
yg prob awal2 bila hantaran tinggi.parents ppn expect lelaki boleh sediakan hantaran  segala bagai ...

itu namanya x sekufu, bkn dr segi duit hantaran tp keluarga tu sendiri - pemikiran, cara hidup, kemahuan, life value etcso bt per nk teruskan, si laki or pompuan carikla yg sekufu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 10:34 PM | Show all posts
eh apa da gaji kena 8 k. gaji doctor awal awal pun tak start macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 8-12-2017 08:50 PM
kalau semua lelaki ikut std kna gaji 8k/5k ikut area rmh kiranya ramai jer laki yg x layak kawen...
...

Setuju inn
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 8-12-2017 08:50 PM
kalau semua lelaki ikut std kna gaji 8k/5k ikut area rmh kiranya ramai jer laki yg x layak kawen...
...

Setuju inn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2018 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekiranya tiada duit dan tiada kerja.. memang tak layak kahwin. Mcm mana si laki nak jalankan tanggungjawab? Lainlah kalau nikah gantung.. majlis lepas graduate dan ada kerja..

Sekiranya lelaki gaji rendah. Boleg kahwin tapi majilis dan hantaran tu elok kecilan sahaja. Hidup pon rancang supaya berpada. Dan lepas kahwin.. family planning.. anak only bila kewangan lebih stabil
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 02:28 PM | Show all posts
capiloton replied at 7-12-2017 11:45 PM
sebagai lelaki, aku nak cakap.
pilih yg berduit.
karang esok da kawin, asik gaduh pasal duit.

Kalau soalan essei ni aku kasi full mark!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 05:23 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-12-2017 12:36 AM
kawin la dek... board fd sentiasa terbuka untuk anda

win!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 05:59 AM | Show all posts
onexox97 replied at 2-12-2017 10:10 PM
kalau tak berduit nak bayar duit jurunikah macmana

Sedangkan mahar itu boleh berhutang......

kohkohkohkoh.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.184741 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list