CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1599|Reply: 17

Dulu bantah Langkah Kajang mati-mati nak MB Khalid, sekarang baru celik mata

  [Copy link]
Post time 4-12-2017 08:56 AM | Show all posts |Read mode
PAS lega Khalid Ibrahim hadiri konvensyen Umno
3 Dec 2017, 9:00 am      3 Dec 2017, 9:08 am

PAS berkata parti itu berasa 'lega' apabila bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menghadiri Konvensyen Umno Selangor semalam.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata dengan kehadiran anggota parlimen Bandar Tun Razak itu, kini jelas Khalid berada di pihak parti pemerintah.
“Saya berasa lega Tan Sri Khalid Ibrahim muncul di Konvensyen Umno dan apa yang penting sekarang adalah kita tahu beliau berada di pihak yang mana (Umno).
“Sebelum ini ada ura-ura mengatakan Khalid akan menyertai PAS tetapi hari ini jelas beliau cenderung kepada Umno,” kata Iskandar kepada Malaysiakini.
Iskandar berkata demikian mengulas kehadiran Khalid ke Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.


Khalid membuat [color=rgb(0, 51, 153) !important]penampilanmengejutkan di Dewan Merdeka PWTC bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan ucapan perasmian pada acara yang diadakan secara tertutup itu.
Turut hadir seorang lagi bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Zahid juga memberitahu pemberita tiada keperluan bagi mana-mana pihak untuk mempersoalkan kewajaran Umno Selangor melibatkan Abdul Khalid, serta bekas MB Selangor yang lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya.
Tuduhan berniat jahat
Malah, Abdul Khalid pada sidang media selepas menghadiri konvensyen Umno Selangor itu turut mengumumkan kesediaannya untuk [color=rgb(0, 51, 153) !important]bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.
"Saya akan kerja untuk tolong Umno, saya juga beritahu rakan-rakan dalam PAS. Saya beritahu rakan-rakan PAS yang telah menolong saya, saya tolong juga mereka untuk penyatuan ummah," katanya.
Bagaimanapun, Khalid [color=rgb(0, 51, 153) !important]berkata beliau mahu mengekalkan hubungan dengan kedua-dua parti PAS dan Umno atas dasar untuk memastikan kemajuan berterusan rakyat Selangor.


Khalid juga mengulangi pendirian beliau untuk tidak berhasrat bertanding dalam PRU14 dan akan kekal sebagai anggota parlimen bebas.
Mengulas kenyataan itu, Iskandar yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor menegaskan ia sama sekali tidak masuk akal.
“Rakyat Selangor telah dua kali menolak Umno iaitu pada 2008 dan 2013, jadi tidak ada sebab untuk PAS mendekati Umno di Selangor.
“Umno menyerang PAS bertubi-tubi di Selangor melalui Tan Sri Noh Omar dan pimpinan lain. PAS dan Umno berperang mulut di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
“Tidak masuk akal Umno dan PAS akan bekerjasama di Selangor," katanya.


Iskandar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka berkata dakwaan kerjasama itu sebenarnya berniat jahat.
“Mereka yang berkata PAS akan tubuh kerajaan negeri dengan Umno sebenarnya berniat jahat.
“Tuduhan itu bertujuan untuk merosakkan kredibiliti PAS,” tegas Iskandar.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404137#M8YzYV904IbmWSg2.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2017 09:19 AM | Show all posts
dlm hal ni aku salahkan hadi...dia nak sgt mb khalid kekal



terbukti keputusan pkr tendang khalid tepat!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 09:25 AM | Show all posts
oh wow .....................
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 09:30 AM | Show all posts
org politik mcm tu lah, harap2 rakyat malaysia tidak tertipu dgn janji2 dr org2 politik ni...fikir gunakan akal, bukan gunakan perasaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:00 AM | Show all posts
kecimpret replied at 4-12-2017 09:19 AM
dlm hal ni aku salahkan hadi...dia nak sgt mb khalid kekal

huhu..  adil nya.  kau ingat kalau khalid kekal dalam pr perkara ni berlaku ke?  itu lah tamak haloba sgt.  dulu bukan main lagi puak2 pr puji sanjung khalid ini.  hari ni apa sudah berlaku.  fikir2 kan lah...





ps ~ skrip bahawa pkr tendang khalid tu adalah tindakan yang tepat sama je diulang2.  sama mcm kerala tendang anwar.  dan ia tepat.  then sama mcm najib tendang kerala.  dan ia juga tepat.....  













*mohon malu sikit krisis pkr nak sangkut dengan pas.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
So 4 bekas MB Selangor digunakan utk tawan Selangor aka lawan DS Azmin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2017 10:06 AM | Show all posts
lepas nih iskandar kene tendang masuk amanah mcm husam la jawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:07 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 4-12-2017 10:00 AM
huhu..  adil nya.  kau ingat kalau khalid kekal dalam pr perkara ni berlaku ke?  itu lah tamak hal ...

pas yg patut malu..hal pkr nak masuk campo..skg jilat kahak sendiri..ko tgk umno nak tuko MB kedah ada mca,mic nyebok masuk campo?



khalid ditendang sbb dia dah x dpt majoriti sapot dr exco & akar umbi...dia juga kalah pemilihan parti sebelum tu..tu laa masuk campo lg hal parti lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2017 10:10 AM | Show all posts
aku antara org yg tak membantah.mula2 mmg skeptikal..tapi bila aku dengar forum kat radio bangsar utama..aku ok je.cuma aku marah  dgn jemin yg ikut pintu belakang.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:15 AM | Show all posts
PAS dah jadi alat pelacuran umno utk menjimak rakyat melayu islam
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:21 AM | Show all posts
kecimpret replied at 4-12-2017 10:07 AM
pas yg patut malu..hal pkr nak masuk campo..skg jilat kahak sendiri..ko tgk umno nak tuko MB kedah ...

pas reply sebab khalid sebut tentang kerjasama dgn pas dalam pc tu.  takkan tu pun tak faham. ke dah jadi berbelit dan putar alam mcm lobai yahudi sekor tu?




ps ~ skrip bahawa pkr tendang khalid tu adalah tindakan yang tepat sama je diulang2.  sama mcm kerala tendang anwar.  dan ia tepat.  then sama mcm najib tendang kerala.  dan ia juga tepat.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:25 AM | Show all posts
kalu la persidangan tu kene bom.

jawabnya
pm = nazri teksi
tpm = jamal

makin meriah negara kita
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:42 AM | Show all posts
kecimpret replied at 4-12-2017 10:07 AM
pas yg patut malu..hal pkr nak masuk campo..skg jilat kahak sendiri..ko tgk umno nak tuko MB kedah ...

bagi kes selangor, PAS ada hak utk bersuara. why? 13 kerusi kot berbanding PKR 12 sahaja waktu tu.
kes kedah - MCA & MIC takder hak nk masuk campur atau malas nak masuk campur
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 10:43 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 4-12-2017 10:21 AM
pas reply sebab khalid sebut tentang kerjasama dgn pas dalam pc tu.  takkan tu pun tak faham. ke d ...

tak kira laa reply sbb khalid cite pasal pas dlm pc tu...yg pasti Pas ngaku yg khalid cenderung kpd UMNO..padahal dulu bantah bila pkr tendang khalid...khalid pun dah terbuka cakap nak sapot pas & umno...nape tak nak sambut khalid?...dah malu dikaitkan dgn khalid ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 12:22 PM | Show all posts
kecimpret replied at 4-12-2017 10:43 AM
tak kira laa reply sbb khalid cite pasal pas dlm pc tu...yg pasti Pas ngaku yg khalid cenderung kp ...

tak kira pulak dahhhh.  mcm2 laaa geng dap ni. berbelit2...  




btw tindakan tepat tu mmg win laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 05:47 PM | Show all posts
Tindakan tepat dengan menabur fitnah kaa?? punya rendah moral ahlul2 politaik masa kini... matlamat tak pernah menghalalkan cara...

Punya kemaruk nak berkuasa sampai jadi benak lagu ni macai politaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 4-12-2017 10:25 AM
kalu la persidangan tu kene bom.

jawabnya

Nazri teksi dan Jamal. Wow gandingan yg mantap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 12:16 PM | Show all posts
aks_berhad replied at 4-12-2017 10:42 AM
bagi kes selangor, PAS ada hak utk bersuara. why? 13 kerusi kot berbanding PKR 12 sahaja waktu tu. ...

mmg boleh bersuara tp hak tentukan MB terletak pada pkr...tak setuju ke apa tetap kena akur dgn keputusan pkr..dlm PR mmg dah ditentukan hak mb kedah utk pas,penang utk dap & selangor utk pkr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.709249 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list