CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ketiak

Tolong suggest deodoran utk ketiak aku yang hapak

[Copy link]
Post time 5-12-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 5-12-2017 02:09 PM
kalau tak cukur bulu ketiak, bukan ke lagi kumpul peluh, nanti berbau

Mksud iols bkn dgn kaedah bercukur or shaver.. Kena gune alat lain utk cabut bulu tu.. Sbb tu iols suggest tt gune wax atau epilator.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
SPACENUT replied at 5-12-2017 12:50 PM
Yap, aku pun pakai smell-no-more ni dah dekat 10 tahun dah. Tahan lama dan tak berbau....

Mmg berkesan sgt kan. Hrp2 serasi dgn tt
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 5-12-2017 12:52 PM
nivea for men yg spray ke?
anak i pakai, still berbau gak ketiak dia.

Tak. Yg roll on tu. Trylah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak hapdate sebab harini tiak bau paling bacin dalam sejarah. Aku tak sanggup nk tggu amway so balik tadi aku pi Mydin dengan tiak bau palat. Aku carik bedak hibka tu pastu aku beli sabun badan shokubutsu.. Then aku pi guardian beli smell no more dgn harapan tiak aku wangi. Aku mandi tadi habis aku sental tiak tapi masih boleh bau deodoran rexona spray tu benci nya.. Aku tenyeh lagi pakai scrub kurang sikit bau.. So dah roll on smell no more.. Lepas tu kt tiak aku boh bedak hibka..licin semacam ketiak aku.. Tapi ni aku try amik bau tapi bau dh start mcm masam sikit first roll tadi helok aje senah oii..   Aku nk tgok pagi nanti ketiak aku bau palat lagi ke tak... Uolssss pray for my ketiak T_T hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
lawak la komen2 dalam ni..gud luck tt..

tp smelly no more tu mmg bagus okehhh...moga sukses dgn masalah ketiak u ye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 07:16 AM | Show all posts
drivethru replied at 5-12-2017 05:30 PM
Teringat mase kat u dulu. Mmg segan nak belli hibka kat pasar malam. Kena tengok kiri kanan, xde o ...

kenapa segan? sbb brg murah & takde class pakai hibka ke?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2017 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 6-12-2017 07:16 AM
kenapa segan? sbb brg murah & takde class pakai hibka ke?

Bukan sbb murah, tapi sbb gambar tu. Hahaha....takut orang slah faham. Mula2 dulu pun tgk mcm orang perempuan usap kopek.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 07:29 AM | Show all posts
drivethru replied at 6-12-2017 07:28 AM
Bukan sbb murah, tapi sbb gambar tu. Hahaha....takut orang slah faham. Mula2 dulu pun tgk mcm oran ...

hahahahahaa.. aku tak penah trfikir mcm tu..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 08:27 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 5-12-2017 04:42 PM
dlm air cond leh peluh2? pelik pulak
aircond tak fungsi ke beb?

tak pelik u. iols kena mcm ni, aircond sejuk gila kot sapa gigil2. tp keti blh basah.
kawan iols, jenis tgn berpeluh2. bayangkan duk dlm aircond blh basah tgn dia.


ala mcm jerawat la. sesetengah org pakai produk A terus ok. Sesetengah org dari produk A-Z tetap x jalan walaupun cara guna sama.

Setiap org berbeza2 gtuh.

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 08:31 AM | Show all posts
eleena5891 replied at 5-12-2017 04:16 PM
Perspirex ni mmg cun kn? Tiak jd xbecak dh. I nasib baik tiak xbau. Kalo x mmg nangis. Dlm aircond ...

mmg cun. puas hati pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 08:34 AM | Show all posts
ketiak replied at 5-12-2017 11:20 AM
Perh tu ke gambo bedak hibka? Memang selalu nampak kt mydin sebab gambar depan tu pegang ketiak... P ...

perspirex mahal tp jgn la syg duit.. dari u beli mcm2 pahtu xbkesan alih2 harga dah rm60 gak hehe


well tt update ye bila dah guna mana2 produk yg porumer2 lain cadangkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
tiba2 rasa nk g hibka jgk walaupon tiak x berbau
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 5-12-2017 04:42 PM
dlm air cond leh peluh2? pelik pulak
aircond tak fungsi ke beb?

Fungsi je uols. Tp peluh dkt tiak je. Tempat lain ok. Tu yg stress.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:12 PM | Show all posts
letak bawang setiap malam semasa tidur
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg i plak xblh pakai deodorant yg spray. Lg teruk peluh tiak tu. Maybe tt pn kna tukar. Jgn guna spray. I guna ladyspeed stick kaler purple.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:09 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-12-2017 06:48 PM
baking soda :
>putih gigi
>hapuskan bau badan

untuk mop lantai rumah guna baking soda tu macam mana ek? boleh share tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 02:27 PM | Show all posts
izzah_mia replied at 6-12-2017 02:09 PM
untuk mop lantai rumah guna baking soda tu macam mana ek? boleh share tak

membaca syurga ilmu

Membersihkan ketuhar gelombang mikro

Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, sental, dan bilas.   

Menghilangkan kusam daripada barangan perak
Campurkan Soda Bikarbonat dengan air, sapukannya kepada barangan perak dengan span lembab, gosok, bilas dan mengilapnya apabila kering.

Mencuci sink keluli tahan karat
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, sental sink itu dan bilas sehingga bersih.

Meningkatkan kekuatan cecair pencuci pakaian
Tambah ½ cawan Soda Bikarbonat dengan jumlah biasa pencuci dalam pusingan basuhan seperti biasa.

Membersihkan tab mandi gentian kaca atau pancuran
Renjiskan Soda Bikarbonat pada span lembap, sental, dan bilas sehingga bersih.

Membersihkan jubin bilik mandi
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, sental, dan bilas sehingga bersih.

Mengekalkan tangki septik
Pamkan 1 cawan Soda Bikarbonat ke dalam tandas sekali seminggu. Soda Bikarbonat membantu mengekalkan pH dan alkali dengan sempurna, mengawal bau sulfida.

Menyahbau kain lampin
Campurkan ½ cawan Soda Bikarbonat dalam 2 kuart air, dan rendam kain lampin di dalam cecair itu.

Membersihkan peti sejuk
Renjiskan Soda Bikarbonat ke atas span lembap, sental, dan bilas sehingga bersih.

Menyahbau mesin basuh pinggan mangkuk
Renjis ½ cawan Soda Bikarbonat pada bahagian bawah mesin basuh pinggan mangkuk di antara pinggan mangkuk itu.

Meningkatkan kekuatan cecair mesin basuh pinggan mangkuk
Tambah 2 sudu besar penuh Soda Bikarbonat kepada jumlah biasa serbuk pencuci yang anda gunakan.

Menghilangkan kesan terbakar pada makanan daripada peralatan memasak
Kawasan lembap, renjis dengan Soda Bikarbonat, redam semalam, kemudian sental dengan span, bilas dan keringkan.

Bersihkan dan menyahbau papan pemotong
Renjiskan Soda Bikarbonat pada span lembap, sental papan pemotong, dan bilas sehingga bersih.

Menyahbau bekas makanan
Campurkan ¼ Soda Bikarbonat dengan satu kuart air, kibas bekas makanan dalam cecair, rendam semalamam, dan kemudian bilas sehingga bersih.

Membersihkan kopi dan teko
Basuh dalam ¼ cecair Soda Bikarbonat dan 1 kuart air suam, kemudian bilas sehingga bersih.

Menyahbau sampah dapur
Renjis segenggam Soda Bikarbonat ke dalam bekas sampah setiap kali anda masukkan sampah.

Menyahbau permaidani
Renjis Soda Bikarbonat ke atas permaidani kering, biarkan selama 15 minit, kemudian barulah divakumkannya.

Menyahbau kotak sampah kucing
Tutup bahagian bawah kotak sampah dengan ¼ inci Soda Bikarbonat, kemudian tambah sampah.

Melegakan ruam racun pokok atau gigitan serangga
Jadikan pasta Soda Bikarbonat dan air, dan sapukan pada bahagian yang terjejas.

Melegakan selaran matahari, selaran angin dan ruam panas
Larutkan ½ cawan Soda Bikarbonat dalam air suam. Rendam selama 15 minit.     

Segar ketika mandi
Larutkan ½ cawan Soda Bikarbonat dalam tab air suam untuk menjadikan kulit lembut dan licin serta menjadikan mandian anda berasa segar.

Menggosok gigi
Soda penaik kosong boleh melelaskan dengan bersih seperti ubat gigi. Gunakan Soda Bikarbonat pada berus gigi lembap, gosok seperti biasa, dan bilas.

Membasuh mulut
Tambah 1 sudu teh Soda Bikabornat kepada ½ gelas air suam, dan kumur melalui gigi untuk menyegarkannya.  

Meneutralkan bau muntah
Renjis Soda Bikarbonat ke atas kawasan yang tercemar, biarkan selama sejam, kemudian vakumkannya.

Melegakan kaki letih
Tambah 3 sudu besar Soda Bikarbonat ke dalam bekas air suam dan rendam ke dalamnya.

Menggunakannya sebagai deodoran
Sapukan Soda Bikarbonat ke bawah ketiak anda.

Membersihkan daki, kotoran, dan kesan calar, dapur, kabinet dapur, lantai linoleum, dan jubin   
Renjis Soda Bikarbonat ke atas span lembap, sapu bersih, dan keringkannya.

Menanggalkan kotoran kopi atau teh daripada tembikar
Celup kain lembap dalam Soda Bikarbonat, gosok tembikar, dan bilas hingga bersih.

Mengurangkan bau pakaian kotor
Renjis sedikit Soda Bikarbonat ke dalam beg atau bekas pakaian kotor.

Menyahbau almari kecil
Letakkan kotak terbuka berisi Soda Bikarbonat di atas rak.

Menyahbau beg simpanan pakaian
Renjis Soda Bikarbonat pada bahagian bawah beg.

Menyahbau kasut atau kasut sukan
Pada waktu petang, renjis Soda Bikarbonat ke dalam kasut untuk menghilangkan bau. Kibas pada waktu pagi.

Menghilangkan kesan krayon daripada dinding atau kertas dinding
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, sental dengan perlahan untuk mengelakkan daripada cat atau kertas dinding tertanggal, kemudian sapu hingga bersih.

Membersihkan daki dan kotoran daripada tangan
Renjis Soda Bikarbonat pada tangan yang basah, bersama dengan sabun cecair, gosok, kemudian bilas dan keringkan.

Menghilangkan perapi dan gel daripada rambut
Basuh rambut sekali seminggu dengan 1 sudu besar Soda Bikarbonat yang dicampur dengan syampu biasa anda, bilas sehingga bersih.

Menyegarkan mainan kanak-kanak
Renjis Soda Bikarbonat pada mainan kanak-kanak, biarkan selama 15 minit, kemudian kibaskannya.

Membersihkan kerusi tinggi, tempat duduk kereta, kereta sorong bayi dan pelindung tilam plastik
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, lap hingga bersih dan keringkan.

Membersihkan botol, puting bayi dan berus botol
Rendam dalam cecair air suam dan Soda Bikarbonat, kemudian basmi kuman sebelum digunakan.

Memutihkan stokin dan pakaian kotor
Tambah ½ cawan Soda Bikarbonat ke dalam cecair pencuci pakaian biasa.

Membersihkan penutup dan bampar krom
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, gosok permukaan, dan lap sehingga bersih dengan kain kering.

Menghilangkan serangga mati yang melekat pada cermin kereta atau trak
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, bersihkan kaca, dan lap dengan kain kering.

Menyahbau permaidani dalam kereta
Renjis Soda Bikarbonat pada permaidani, biarkan selama 15 minit, kemudian vakumkannya.

Membersihkan dan menanggalkan minyak pada besi barbeku
Jadikan pasta dengan mencampurkan Soda Bikarbonat dan air dengan sama banyak, gunakannya pada berus dawai/kasar, lap sehingga bersihkan, dan keringkan dengan kain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:32 PM | Show all posts
ketiak replied at 6-12-2017 12:43 AM
Nak hapdate sebab harini tiak bau paling bacin dalam sejarah. Aku tak sanggup nk tggu amway so balik ...

try la beli kiehls anti perspirant tu .. mungkin berkesan utk u ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:34 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 6-12-2017 02:27 PM
membaca syurga ilmu

Membersihkan ketuhar gelombang mikro

tq cili for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:51 PM | Show all posts

yang ajar pasal baking soda ni pakcik sis sbb dia pengamal homeopati dan natural product. sbb product kt pasaran banyak chemical di luar pengetahuan kita.

ur welcome sis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.092345 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list