4 bekas MB selangor akan pastikan MB selangor la ni, bungkus.
Khalid Ibrahim Sertai 3 Bekas MB BN ‘Gempur’ Selangor Menjelang PRU14. Buat julung kali dalam sejarah empat bekas Menteri Besar Selangor secara serentak sudah set dan mula ‘turun padang’ dalam misi mereka untuk Barisan Nasional (BN) merampas semula Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim yang disingkir PKR secara zalim menerusi ‘Langkah Kajang’ pada 2014 mengesakan akan menyertai Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Tan Sri Abu Hassan Omar. Setiap mereka bahkan ada pengaruh tersendiri dan kekuatan unik masing-masing sekalipun sudah dua penggal Selangor ditadbir oleh parti pakatan pembangkang sejak 2008 lagi. Mampukah mereka berempat mengatur strategi untuk merampas Selangor kembali..?? Sama2 kita lihat kemampuan dan pengalaman luas mereka.
Yang pasti sekarang MB Selangor Azmin Ali sedang terkucil dalam seluar, tak percaya lihat saja di media sosial miliknya.
|