CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8443|Reply: 118

[Tempatan] Menteri Bidas Sesetengah Melayu Ada Duit Langgan Astro, Tetapi Kedekut Didik Ana

  [Copy link]
Post time 5-12-2017 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 7-12-2017 09:39 PM



PETALING JAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani membidas sesetengah ibu bapa Melayu yang mampu membayar RM199 untuk melanggan perkhidmatan Astro, tetapi gagal memberi pendidikan lebih baik kepada anak.

Beliau dipetik China Press sebaliknya memuji kaum lain yang lebih menitikberatkan pendidikan anak supaya mereka boleh berjaya dalam hidup.

Katanya, sebelum meluluskan bantuan bulanan kepada keluarga miskin, agensi kerajaan akan menghantar pegawai untuk melawat dan memahami keadaan sebenar pemohon.

“(Pegawai) yang ke rumah mendapati televisyen mereka (pemohon) lebih nipis daripada televisyen di rumah sendiri. Setiap bulan saya bayar RM60 untuk tengok Astro, mereka sebaliknya bayar RM199 sebulan.

“Apabila bercakap mengenai buku latihan, baju sekolah dan alat tulis anak-anak, mereka mengadu tak ada duit, tetapi mereka bawa kereta Toyota. Ibu bapa bersenang lenang, tetapi anak-anak sebaliknya.”

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucar RM100 kepada pelajar sempena Program Ceria ke Sekolah anjuran Komuniti 1Malaysia Kampung Paya di Kuala Lumpur, semalam.

Johari berkata, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, orang melayu perlu mengubah cara pemikiran dengan mengutamakan anak dan pendidikan mereka.

“Walaupun sesetengah orang bukan bumiputera tidak mendapat pendidikan pada zaman dahulu, tetapi sebagai ibu bapa, mereka bekerja keras untuk membangunkan negara bersama dan memberi pendidikan terbaik kepada anak, akhirnya anak mereka berjaya dalam perniagaan.

“Sebelum negara mencapai kemerdekaan, orang Melayu mempunyai harta dan tanah, tetapi semua itu dijual generasi seterusnya yang tidak berpendidikan dan tidak tahu menguruskan kewangan.”

Katanya, untuk menjadi negara maju, faktor terpenting ialah meningkatkan tahap pendidikan rakyat dan sistem pendidikan Malaysia memberi peluang kepada semua rakyatnya, tidak kira kaya atau miskin mendapat pendidikan.

Bagaimanapun, ramai orang Melayu yang miskin tidak mampu menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak.
“Jika ibu bapa selalu menitikberatkan pendidikan, suatu hari nanti anak-anak akan berjaya.

“Untuk mengubah cara hidup, kita perlu tahu merancang dan menguruskan kewangan dengan baik, serta tahu mengutamakan perbelanjaan lebih penting dan kurang penting.”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 08:55 AM | Show all posts
saya setuju pak menteri!

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:03 AM | Show all posts
Tapi ada juga orang Melayu tidak melanggan Astro tetapi sebaliknya pergi ke Pasar Road untuk membeli gadget yang dikatakan boleh mendapatkan siaran Astro secara percuma.....

Bila gadjet tidak berfungsi dia mengadu kat Forum.....

Tapi dia kata dia tak melanggan Astro bukan sebab tak mampu tapi sebab siaran Astro putuih putuih masa hujan........
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:07 AM | Show all posts
ni aku setuju...bab pendidikan mmg berkira tp bab entertainment tak kesah plak berabis duit..sanggup beli drama Astro First semata2 nak tgk fattah amin
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ubat pahit
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp bila result exam anak kuar, acik2 kepam yg kuat show off kat fb ni tak berani lak tayang result anak.. Ye le.. Anak nya kureng pandai sbb byk tgk astro
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
tak payah mintak pak menteri tunjuk contoh pulak lah, why not kita jadi contoh pulak...contoh kat jiran tetangga pun jadilah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:15 AM | Show all posts
ummah pprt dekk....perangai pprt ini akan diwarisi turun temurun.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 09:17 AM | Show all posts
mmg betull...........dok umah pprt pakai kereta Honda...............
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni i setuju.
Rumah pprt atas state land tapi sampai 2 piring astro.
Anak sekolah ulu ceruk kampung.
Sumbangan pibg rm20 payah nak bayar.
Suruh pindah tak nak.
Bila kena halau dikatakan ditindas.

Melayu la tu..

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang ni aku setuju... bak kata org tua kita yg dah banyak makan garam #BiarPapaAsalBergaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:33 AM | Show all posts
Setuju. Syukur...ada jugak statement bijak yang keluar dari mulut Menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:47 AM | Show all posts
Budaya & mentaliti melayu yg susah nak di ubah

* masuk mlm nak cepat kaya hujung2 tersontot byr bodo2 loan bank brg naik salahkan bijan
* biar papey asey bergayey
* dok umah pprt janji dpt bergaye ngan kerta sibik
* pantang gaji naik bikin oberlap

* etc
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:54 AM | Show all posts
Aku setuju dgn menteri nih... cuma, mengapa pulak kerajaan sanggup bg njoy percuma pulak kat dia org. Sblm ni, ramai yg dapat njoy percuma bg mereka yg tersenarai dalam e-kasih. Ada yg jual pun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:21 AM | Show all posts
Edited by krustykrab at 5-12-2017 10:22 AM

@Maideen.
ini macam paderi @ MOFTI medeng punya kes....bersenang lenang nak tunjuk kaya langgan astrok semua, tapi realiti hidup medeng kasiannnn sungguh

udah la nafkah bekas bini pun tak bayor, anak2 hidup merempat sbb loyor pprt nak tunjuk mewah kat kengakwan

udah la langgan astrok, pastu siap pasang lagi satu kuali astrok palsu nak tayang kat jiran



hokhokhokhokhok
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:35 AM | Show all posts
teringat semalam dalam fb
pompuan tu show off dia xyah beli baby car seat..
letak baby dalam raga kain kat seat depan je
yg seronoknya, dari gambar tu nampak interior kereta dia bukan cikai macam saga blm ke viva ke
macam kereta mahal juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 10:37 AM | Show all posts
btulll jugak tu...
utk keperluan berkira kira nak gunakan duit
utk berjimba, show off bagai ada pulak duit lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:39 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 5-12-2017 10:35 AM
teringat semalam dalam fb
pompuan tu show off dia xyah beli baby car seat..
letak baby dalam raga  ...

leh kasi fb dia..nak sekolahkan dia jap
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm call astro utk potong langganan.finally
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
THIS!

Sebab tu akak tak kesiankan umat miskin merempat. Segala sesuatu yang terjadi tu ada sebabnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.085436 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list