View: 8446|Reply: 118
|
[Tempatan]
Menteri Bidas Sesetengah Melayu Ada Duit Langgan Astro, Tetapi Kedekut Didik Ana
[Copy link]
|
|
Edited by spiderman80 at 7-12-2017 09:39 PM
PETALING JAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani membidas sesetengah ibu bapa Melayu yang mampu membayar RM199 untuk melanggan perkhidmatan Astro, tetapi gagal memberi pendidikan lebih baik kepada anak.
Beliau dipetik China Press sebaliknya memuji kaum lain yang lebih menitikberatkan pendidikan anak supaya mereka boleh berjaya dalam hidup.
Katanya, sebelum meluluskan bantuan bulanan kepada keluarga miskin, agensi kerajaan akan menghantar pegawai untuk melawat dan memahami keadaan sebenar pemohon.
“(Pegawai) yang ke rumah mendapati televisyen mereka (pemohon) lebih nipis daripada televisyen di rumah sendiri. Setiap bulan saya bayar RM60 untuk tengok Astro, mereka sebaliknya bayar RM199 sebulan.
“Apabila bercakap mengenai buku latihan, baju sekolah dan alat tulis anak-anak, mereka mengadu tak ada duit, tetapi mereka bawa kereta Toyota. Ibu bapa bersenang lenang, tetapi anak-anak sebaliknya.”
Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucar RM100 kepada pelajar sempena Program Ceria ke Sekolah anjuran Komuniti 1Malaysia Kampung Paya di Kuala Lumpur, semalam.
Johari berkata, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, orang melayu perlu mengubah cara pemikiran dengan mengutamakan anak dan pendidikan mereka.
“Walaupun sesetengah orang bukan bumiputera tidak mendapat pendidikan pada zaman dahulu, tetapi sebagai ibu bapa, mereka bekerja keras untuk membangunkan negara bersama dan memberi pendidikan terbaik kepada anak, akhirnya anak mereka berjaya dalam perniagaan.
“Sebelum negara mencapai kemerdekaan, orang Melayu mempunyai harta dan tanah, tetapi semua itu dijual generasi seterusnya yang tidak berpendidikan dan tidak tahu menguruskan kewangan.”
Katanya, untuk menjadi negara maju, faktor terpenting ialah meningkatkan tahap pendidikan rakyat dan sistem pendidikan Malaysia memberi peluang kepada semua rakyatnya, tidak kira kaya atau miskin mendapat pendidikan.
Bagaimanapun, ramai orang Melayu yang miskin tidak mampu menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak.
“Jika ibu bapa selalu menitikberatkan pendidikan, suatu hari nanti anak-anak akan berjaya.
“Untuk mengubah cara hidup, kita perlu tahu merancang dan menguruskan kewangan dengan baik, serta tahu mengutamakan perbelanjaan lebih penting dan kurang penting.”
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni aku setuju...bab pendidikan mmg berkira tp bab entertainment tak kesah plak berabis duit..sanggup beli drama Astro First semata2 nak tgk fattah amin |
|
|
|
|
|
|
|
Tp bila result exam anak kuar, acik2 kepam yg kuat show off kat fb ni tak berani lak tayang result anak.. Ye le.. Anak nya kureng pandai sbb byk tgk astro |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah mintak pak menteri tunjuk contoh pulak lah, why not kita jadi contoh pulak...contoh kat jiran tetangga pun jadilah |
|
|
|
|
|
|
|
ummah pprt dekk....perangai pprt ini akan diwarisi turun temurun..... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg betull...........dok umah pprt pakai kereta Honda............... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni i setuju.
Rumah pprt atas state land tapi sampai 2 piring astro.
Anak sekolah ulu ceruk kampung.
Sumbangan pibg rm20 payah nak bayar.
Suruh pindah tak nak.
Bila kena halau dikatakan ditindas.
Melayu la tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni aku setuju... bak kata org tua kita yg dah banyak makan garam #BiarPapaAsalBergaya |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Syukur...ada jugak statement bijak yang keluar dari mulut Menteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Budaya & mentaliti melayu yg susah nak di ubah
* masuk mlm nak cepat kaya hujung2 tersontot byr bodo2 loan bank brg naik salahkan bijan
* biar papey asey bergayey
* dok umah pprt janji dpt bergaye ngan kerta sibik
* pantang gaji naik bikin oberlap
* etc |
|
|
|
|
|
|
|
Aku setuju dgn menteri nih... cuma, mengapa pulak kerajaan sanggup bg njoy percuma pulak kat dia org. Sblm ni, ramai yg dapat njoy percuma bg mereka yg tersenarai dalam e-kasih. Ada yg jual pun. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat semalam dalam fb
pompuan tu show off dia xyah beli baby car seat..
letak baby dalam raga kain kat seat depan je
yg seronoknya, dari gambar tu nampak interior kereta dia bukan cikai macam saga blm ke viva ke
macam kereta mahal juga... |
|
|
|
|
|
|
|
btulll jugak tu...
utk keperluan berkira kira nak gunakan duit
utk berjimba, show off bagai ada pulak duit lebih... |
|
|
|
|
|
|
|
leh kasi fb dia..nak sekolahkan dia jap
|
|
|
|
|
|
|
|
Smlm call astro utk potong langganan.finally |
|
|
|
|
|
|
|
THIS!
Sebab tu akak tak kesiankan umat miskin merempat. Segala sesuatu yang terjadi tu ada sebabnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|