Lebih Ramai Usahawan Wanita Digesa Contohi Kejayaan Wanita Lain. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu lebih ramai usahawan wanita mengikut jejak langkah kejayaan usahawan wanita lain yang telah menempa nama. Mengambil contoh usahawan wanita seperti Neelofa, Vivy Yusoff dan Tan Hooi Ling, Datuk Seri Mohd Najib berkata kisah kejayaan mereka ini perlu dijadikan contoh untuk berjaya. Ujarnya ketika pelancaran Program Zon Perdagangan Bebas Digital atau DFTZ yang dilancarkan baru-baru ini, Pengasas Ali Baba Group, Jack Ma memaklumkan akan mempromosikan produk Malaysia dalam minggu khas Malaysia pada tahun depan. Beliau yakin daripada 500 juta pembeli aktif dalam platform Ali Baba pastinya ramai yang berhasrat membeli produk Malaysia. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Persidangan Antarabangsa Wanita Dalam Politik 2017 (WIPKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ibu negara.
|