CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6804|Reply: 114

[Tempatan] Sultan Selangor: Dr M akan bakar seluruh negara dengan kemarahannya. #31. Sulta

  [Copy link]
Post time 5-12-2017 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 5-12-2017 07:21 AM

Sultan: Dr M akan bakar seluruh negara dengan kemarahannya

https://www.malaysiakini.com/news/404343

Hari ini, 9:34 am      Hari ini, 9:55 am



Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad atas kenyataan yang dibuat bekas perdana menteri itu mengenai masyarakat Bugis.

"Beliau dalam keadaan marah dan akan membakar seluruh negara dengan api kemarahannya," titah baginda.

Sultan Sharafuddin sebelum ini menyatakan rasa tidak senang terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mengaitkan Bugis dengan lanun semasa perhimpunan anti-kleptokrasi 14 Oktober lalu.

Baginda bertitah tidak mahu melihat ahli politik menggunakan isu-isu sensitif seperti bangsa dan agama untuk kepentingan politik kerana berbuat demikian hanya akan merugikan negara.

"Ini menjadi kebimbangan semua Raja-Raja Melayu, kesemua sembilan daripada kami. Kami sering berbincang mengenai perkara ini semasa mesyuarat pra majlis yang diadakan sebelum Persidangan Majlis Raja-Raja.

"Raja-Raja Melayu amat bimbang. Terlalu banyak isu sensitif dieksploitasi untuk keuntungan peribadi. Isu seperti ini tersebar luar di media sosial dan ia boleh memecah-belahkan rakyat," titah Sultan Sharafuddin dalam temubual eksklusif bersama The Star menjelang sambutan Hari Keputeraan baginda ke-72 pada 11 Disember ini.


Kebimbangan mengenai perpaduan
Kebimbangan mengenai perpaduan di negara ini menyebabkan Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataanpada 10 Oktober berhubung dobi khas untuk Muslim di Muar, Johor.

Dalam pernyataan itu, raja-raja Melayu menyatakan kebimbangan mengenai perpaduan dan keharmonian di Malaysia, dengan memetik contoh seperti yang berlaku di Muar.

Majlis Raja-Raja Melayu juga mengatakan bahawa umat Islam harus mengutamakan toleransi, sederhana dan inklusif apabila hidup dalam masyarakat pelbagai budaya.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin berkata, baginda kecewa apabila kenyataan 10 Oktober yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu tidak disenangi apabila Mahathir membuat kenyataan mengenai 'Bugis' empat hari kemudian.

Sebelum ini Dewan di-Raja Selangor mencadangakan siasatan dilakukan terhadap bekas perdana menteri itu di bawah Akta Hasutan 1948.
Pelbagai pihak juga telah membuat laporan polis terhadap Mahathir mengenai kenyataan tersebut.

Mahathir kemudian dilaporkan mengatakan bahawa tidak semua Bugis adalah lanun dan kenyataan beliau hanya ditujukan kepada "penjahat yang mencuri wang".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 10:15 AM | Show all posts
Ketuanan Bugis sedang memuncak skrg
terus lupa ttg melayu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:16 AM | Show all posts
apa bendaaa la tak abis2 dgn keturunan yada yada
move forward la
haihhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:16 AM | Show all posts
bugis malaysia dan bugis indon bersatu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:17 AM | Show all posts
2 x 5 , 5 x 2...selagi korg pemerintah ttp useless & merompak dah jd darah daging
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:17 AM | Show all posts
Wayang politik jah nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-12-2017 10:26 AM | Show all posts
Tak habis sontap lagik Sultan Selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:33 AM | Show all posts
tu pun nk sentap
asal usul dr zmn dahulu kala nenek moyang tu biar je la  dr keturunan mana pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 10:46 AM | Show all posts
nasib la ....    siapa suruh nenek moyang uols nak 'masuk Melayu'
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:07 AM | Show all posts
time ade si bugis duk menyalak pasal keturunan Tun M xnak plak highlight
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:07 AM | Show all posts
Masa rakyat merintih, mintak bantuan, semua 'Kami' senyap
tak berkutik. Bila rakyat dah naik minyak, mulalah nak cari kambing hitam
untuk dikorbankan.
Kuasa di tangan KAMI, tuanku. Bukan terletak pada KEMARAHAN TUN MAHADIR.
Dia marah macma manapun, kalau KAMI tak marah, tak jadi apa-apa.
KAMI yang sangat MARAH, jadi jangan salahkan Tun Mahadir kerana KAMI MARAH.
Bukaklah mata, pasanglah telinga - dengar rintihan kemarahan KAMI.
Harga barang naik, nak hidup pun susah Tuanku.
Macam mana KAMI tak marah......?????

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:17 AM | Show all posts
raja2 melayu baik hati..depa tak ungkit pun  raja chola dari keturunan hindia tu perampok semenanjung Tanah melayu pada zaman dahulu kala......habis Tanah melayu dijarah dari hujung Tanah melayu hingga ke utara...ni waris raja chola masih tak puas hati sekali lagi nak rampok Tanah melayu...depa ingat melayu mudah lupa depa tu keturunan raja chola yang merompak dan mendeliar yg kerjanya menghasut rakyat..

buka jgn tak buka buku sejarah..kah kah kah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Jom speaks bugis.
Prong prang prong prang....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:26 AM | Show all posts
tak tun tuang tak tun tuang
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:47 AM | Show all posts
hmmmmmm ye la tu...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
takut le tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Raja-raja byk berdendam dgan mader sbb dia menghapuskan kekebalan raja. So sekarang ni serang lah mader habis habisan dah ada peluang kan? Umngok jua untong.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 5-12-2017 11:07 AM
Masa rakyat merintih, mintak bantuan, semua 'Kami' senyap
tak berkutik. Bila rakyat dah naik minyak ...

Bugis dihina baru nak bersuara, rakyat dihina dan dizalimi umngok takde suara pulak. Bugis dihina tak menyebabkan ekonomi rakyat hancur pon.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 12:17 PM | Show all posts
dr m our next pm...
bodoh btul politaik pukutan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 12:20 PM | Show all posts
Edited by generate at 5-12-2017 12:23 PM
dodolgemokgila replied at 5-12-2017 12:05 PM
Raja-raja byk berdendam dgan mader sbb dia menghapuskan kekebalan raja. So sekarang ni serang lah ma ...

I think so, too. Nampak macam tengah tag team kenakan Tun. Apapun kena ingat kuasa and suara millenials ni lagi hebat. Gen Y ni bukan macam generasi yang dulu yang menyanjung dan mendukung institusi diraja ni. Abolition of monarchies ni dah banyak berlaku di seluruh dunia. Tak mustahil satu hari nanti boleh terjadi di Malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.407437 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list