View: 915|Reply: 4
|
Liga Malaysia Sasar Penajaan RM104 Juta Bagi 2018-2022
[Copy link]
|
|
Dalam usaha menaikkan lagi imej Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah menandatangani perjanjian bersama Ampersand Sports Sdn Bhd sebagai agensi eksklusif b hak penajaan Liga Malaysia.
Perjanjian ini selama 5 tahun itu bermula tahun 2018 merangkumi Liga Super, 100Plus Liga Premier, TM Piala Malaysia dan Piala FA.
Majlis perjanjian berlangsung di Johor Bahru minggu lalu, disempurnakan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pengerusi FMLLP dan Tan Sri Vincent Lee selaku Pengerusi Ampersand Sports.
"Ampersand Sports membawa kepakaran perhubungan awam, kreatif dan komunikasi yang merupakan sebahagian daripada pelan tindakan (blueprint) untuk membawa bola sepak Malaysia ke peringkat seterusnya," kata DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu pembangunan bola sepak tempatan di samping memastikan sokongan di kalangan pengiklan dan penaja," kata Tan Sri Vincent Lee.
“Kami akan mewujudkan peluang baru dan menarik bagi membolehkan kumpulan pengikut bola sepak tempatan yang begitu besar mengenal dan mendekati pelbagai jenama di pasaran. Penyokong bola sepak adalah satu kumpulan yang bersemangat penuh keghairahan," ujar Hasnan Hassan, Ketua Eksekutif Ampersand Sports.
Perjanjian ini menyasarkan sasaran penajaan RM104 juta dalam Liga Malaysia untuk tempoh 5 tahun.
Pastinya pengalaman luas Hasnan dalam bidang pemasaran pengiklanan termasuk pernah menguruskan pemasaran Piala Dunia FIFA amat ditagih liga tempatan terutama dalam usaha FMLLP dan FAM memperkenalkan Liga Malaysia di rantau Asia. |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you, TMJ. Diharapkan dalam usaha nak naikkan imej Liga Malaysia tingkatkan juga kualiti pemain. Sebelum FAM nak memperkenalkan Liga Malaysia di rantau Asia mohon pastikan kualiti pemain-pemain Liga Malaysia terutamanya pemain tempatan setanding dengan negara-negara Asia yang lain. Sekarang ni jangankan negara Asia dengan negara Asean pun struggle nak menang. Tapi takpe in TMJ we trust. |
|
|
|
|
|
|
|
benda bagus kena laa sokong..tp ada gak puak yg hati penuh dendam, benda baik gini pun tak sokong |
|
|
|
|
|
|
|
thn depan still media prima lg ke pegang hak siaran lansung...?bosannnnnnnnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
| |
|