View: 2830|Reply: 7
|
Fakta Kegunaan Air Hujan Yang Mengejutkan Anda! Apa Je Tu?
[Copy link]
|
|
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa manfaat air hujan tu? Apa kegunaan air hujan dan macam-macam lagilah.
Foto: Rebloggy
Bagi menghurai keunikan air hujan itu sendiri ia pastinya membuat ramai orang terkejut. Banyak kepentingan air hujan kepada manusia yang anda tidak ketahui sebenarnya.
Memetik Instagram (IG) negeriakhirat, antaranya ialah:
Foto: parturikampaamo
1) Membuat rambut kelihatan bersinar serta menyihatkan
Menurut Water Rhapsody, orang Barat zaman dulu percaya air hujan dapat menyihatkan rambut serta membantu menyinarkannya. Sementara itu, Rainwater Connection menulis, air hujan mempunyai kadar peutralan PH yang hampir sempurna, bebas garam serta tiada unsur yang dapat merosakkan rambut. Maka, air hujan amatlah sesuai dijadikan material paling neutral untuk digunakan sebagai alat mencuci rambut. Unik bukan?
2) Terapi perubatan
Air hujan mengandungi H202 (Hidrogen Peroksida) yang dapat dijadikan holistic healing atau terapi perubatan. Kalau nak tahu, Indonesia menggunakan teknik rawatan ini yang dikatakan bersifat anorganik.
Foto: trendfashion
3) Membantu proses kehamilan
Kandungan nitrogen dalam air hujan adalah faktor penting dalam penciptaan protein bagi genetik dalam tubuh badan manusia. Jadi, meminum air hujan dapat mendorong sintesis protein dan penciptaan senyawa dan asid amino yang dapat mempengaruhi pertumbuhan, hormon, fungsi otak dan sistem kekebalan tubuh badan anda.
Foto: abahnews
4) Menghilangkan bau hamis
Pernahkan anda tahu bahawa air hujan lebih berkesan menghilangkan bau hamis ikau atau daging berbanding air sabun? Lepas ni bolehlah kumpul air hujan macam orang kampung dulu-dulu buat tu ya?
5) Menghilangkan toksin (racun)
Wah! Teknik bagi menghilangkan toksin dalam badan hanya dengan menggunakan air hujan. Caranya adalah dengan melarutkan garam dalam air hujan yang segar, kemudian rendam kaki anda selama 15 minit.
Lakukan secara rutin apabila hujan turun agar anda dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat.
Percaya atau tidak, air hujan juga dapat menghilangkan stress wanita dan juga lelaki di luar sana. Selamat mencuba! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu kt KL ni bfikir byk kali nk tadah. Kt kampung, ok je. Dl selalu je tadah, tapis n simpan dlm tempayan..msk umah cuci kaki dl. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mengarut je
bukan ke air hujan ni paling byk toksik...kena kat besi terus naik karat, kalau kena kat kepala tak terus mandi nanti demam, kalau time kena ciken pop kena hujan sikit terus jadi kudis... |
|
|
|
|
|
|
|
Pernahkan anda tahu bahawa air hujan lebih berkesan menghilangkan bau hamis ikau atau daging berbanding air sabun? Lepas ni bolehlah kumpul air hujan macam orang kampung dulu-dulu buat tu ya?
Ada ke orang basuh ikan/daging guna air sabun selama ni? |
|
|
|
|
|
|
|
blh pcya ke..
ak kalau kena ujan tu, cepat je demam.. lebih2 lg hujan rintik2.
kat kg nenek dlu kalau hujan lebat2 baru tadah buh dlm tempayan. wat basuh kaki sblm masuk rmh. tu pun if hujan lebat selepas setengah jam.. sb rse mcm bertoksik je air hujan di awal2 tu...
so, acaner plk kajian kata air hujan ni bermanfaat? org nk elak kot kena ujan sb mudah demam? |
|
|
|
|
|
|
|
iols is musykil jgk.................
|
|
|
|
|
|
|
|
wartawan cari je kot yg basuh ikan guna sabun. Sental guna sabun basuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Oooooo...baru tahu {:laugh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|