CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: musclemuseum

[Pelbagai] Cantik itu Subjektif

  [Copy link]
Post time 11-12-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Beauty is only skin deep, i agree
Cantik itu subjektif,  i agree
Beauty is in the eye of the beholder,  i do agree.

Definisi cantik itu semestinya berbeza kpd individu.  Ada yg cakap kulit putih itu lebih cantik,  ada yg gemar dgn 'tall,  dark and handsome'. Ada yg lebih suka melihat ketrampilan dan ada juga yg melihat perwatakan.  Tentulah wanita yg banyak sekali bercakap tentang kecantikan. Lihat sahaja shopping mall. Kiri kanan depan belakang mostly nampak produk kecantikan.. You name it,  you got it.  Lipstick matte ada yg berkilau ada warna biru,hitam, hijau,  pink or even fifty shades of red,  mascara,  foundation,  bedak ini itu, cream malam siang subuh senja pagi tengahari... The lists are endless. Ada lagi baju,  handbag, tudung etc.... Pendek kata, mall itu di buat focusnya mayb utk perempuan hehehehe..

Anyway, lelaki pun di alam urban ini sudah pintar tampil bergaya.  Sekarang bukan sahaja wanita yg perlu cantik,  lelaki juga harus tampil bergaya.. Bahkan ada lelaki yg lagi cerewet menjaga muka dan  penampilan dari wanita.

Siapa kata cantik tak penting? Dari mata turun ke hati kan?? Apabila dah sampai ke hati,  maka diselaminya lagi hati budi,  peribadi,  tutur kata dan tingkah laku barulah kita tahu cantik itu kekal atau tidak.  Maka,  bercantiklah dan bawalah perwatakan yg cantik agar kecantikan didalam itu terpancar di kecantikan luaran.

A pleasing appearance is not a guide to character but a pleasing appearance brings comfort to the eyes.. Seiringkan!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tu bagi aku;

Utk luaran yes. First impression bonus bila seseorsng tu cantik sedap mata nak pandang. Kulit glowing dan shining2 bak kata org. Tapi utk glowing dan shining kena ada strict pjagaan dari luaran dan dalaman tmasuk la sentiasa positif kan hati.

Cantik pada budi pkerti lagi la bonus yg mega big bonus apa lg cantik fizikal..
Aku ada sorg kwn. Rupa nak kata cantik tu ok sedang2 tp dia glowing. Sedap je pandang. Gaya pun sempoi. Pmakaian pun simple. Orang nya pun simple. Bak kta perfect wlaupun rumah besar kreta mewah.

Cuku hanya guna simple yg bsahaja pun dia dh nmpk cantik dan mnarik. Ini mbuktikan bagi aku,
Kdg2 utk cantik kita tak perlu make up sekati, baju mahal2 fancy2 dan branded. Ckup la aura positif dr dlm diri akan bt kita nmpk "cantik" bg aku..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tu subjektif...
Kawan dulu baru tahu personaliti match ke x dgn rupa
Masa tu la baru tahu mana satu nak appreciate
Klu perangai dh cantik, manis je nampak muka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik is bila kita memandang sesorg  itu hati kita jadi tenang
Sabar itu bonus yg mencantik kan peribadi
Muka lawa bermake up ber kilo belum tentu cantik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 04:20 PM | Show all posts
cantik mmg subjektif depends pada individu.
saya pernah jumpa org yg cantik luar, dalam pun cantik. sedap je mata memandang.
saya pernah jumpa, cantik luar, rupa mmg cantik, tapi mulut hansuang ya amat. sampai hilang seri cantiknya.
saya pernah jumpa, luaran biasa2, tapi perangai mmg A, rajin, peramah, positive. secara tak langsung, terus dia nmpak cantik, disenangi ramai.
saya juga pernah jumpa, luaran biasa2, dalaman juga hauk. kat mana cantiknya tu?
kesimpulannya, tak salah kalau kita nak bercantik2, tapi haruslah dalaman juga cantik. jadi balance sedap mata memandang. org pun senang nk dekat ngn kita.

lelaki pun skrg bukan pandang cantik fizikal semata.
sebab, masa kerja kat company lama, ada staff lelaki ni ckp kat saya masa sembang2 kosong kebetulan si polan lalu :

staff L : pada ko si polan tu cantik tak?
saya : cantiklah. (sebab dia mmg cantik, kulit putih)
staff L : aku tak paham kenapa ramai ckp dia cantik, aku tak nampak dia cantik pon, sebab mulut dia kuang ajar sgt.

jadi sama2 lah kita cantikkan dalaman kita dahulu.

#notetomyself

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya dalam sedar dan tidak, Setiap manusia memandang cantik dlm perspektif yg berbeza. Cantik di mata kita belum tentu cantik di mata org lain.

Ada org melihat mereka yg  berkulit gelap itu cantik, ada yg melihat berkulit putih cantik, gemuk kurus tinggi rendah semua dipandang cantik mengikut naluri masing2

Kerana cantik itu subjektiflah maka kita tidak boleh memaksa org lain setuju dgn kita jika kita mengkatogerikan sesuatu itu cantik sedangkan dia tidak..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2017 04:14 PM | Show all posts
Cantik bergantung pada mata hati yang menilai.
Tak pelik kalau ade lelaki yang kacak berkahwin dengan perempuan yang sederhana/kurang cantik.

kerana kecantikan dalaman,hati dan budi mampu menutupi segala kekurangan lahiriah manusia.
pepatah tak kenal maka tak cinta bukan omong kosong ye.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik luaran bg aku sementara je. Cantik yg kekal bagi aku dari dalam hati..perasan tak bila kita kenal seseorang, andai kata dia cantik tp bila lama2 kita tahu perangai dia teruk automatic rasa dia tu biasa je.nampak muka dia pun rasa nak lempang. Kawan yg mula2 tak cantik pada pandangan kita bila tau dia baik rasa sejuk je pandang muka dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2017 11:31 AM | Show all posts
for me..cantik bkn priority.. kemas or presentable plg penting... klo ko cantik.. tp mulut bau kepam.. muka kekwat nak mampos ..pemalas.. orang yg tertarik pandang 1st time lpastu xhinggin dh jmpa... lain pula klo rupa biasa2 tp pembawakan diri bagus.. oran mudah click..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 12:39 PM | Show all posts
betul tu cantik tu subjective,jgn lah mengutuk setiap kekurangan pada org lain,bkn dia minta pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes, cantik tu subjektif. Hanya orang yg memandang dpt menilai. Kadang kita tengok cantik tp orang lain tgk sebaliknya.

Ada yg tengok perempuan putih selim melim tu cantik tp ada sesetgh yg lain tengok pompuan hitam manis tu lebih cantik.

Ada yg tengok pompuan tinggi tu cantik menawan tp ada orang lain lagi suka pompuan yang rendah comel.

Pokoknya, pandangan setiap orang tu tak sama. Apa yg penting, cantikkanlah peribadi & tingkahlaku kita. Kekadang kecantikan peribadi ni la yang akan memancarkan lagi kecantikan sebenar kita. Bukan kecantikan rupa paras semata-mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik di mataku x semestinya cantik dimatamu,
Sedap mata memandang sedap lagi makan rendang.
Sekian, pantun 2 kerat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 10:49 AM | Show all posts
cantik tu subjektif...xkire kulit putih ke gelap ke..tp,,kalau ko cantik..suke mekap..suke hias diri..kalau ko pengotor bab bilik air...mmg iols xberkenan...

iols dulu pnh ade  colleague yg cntik..pndi mekap..dressup..hot..femes..rmi peminat..comel...tp klau ktorg g travel same2..bilik air mesti bsepah...stresss oiiii......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 09:01 PM | Show all posts
cantik paras rupa tu biarlah sama cantik dgn akhlak dan tingkah laku kita supaya disenangi ramai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Definasi kecantikan perempuan for me is kecantikan luar dan dalam. Kecantikan bukan sahaja dinilai dari paras rupa yang cantik sahaja tetapi dari keperibadian diri sesorang perempuan itu. But nowadays, ramai perempuan yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik. Kulit yg gelap dicerahkan, hidung pesek dimancungkan n bermacam2 lagi yang kaum perempuan hari ini berlumba2 buat sementelah teknologi kecantikan semakin berkembang pesat skrg.  tetapi mereka tidak sedar kecantikan luaran itu hanyalah sementara.
Tapi, apa guna mempunyai paras yang cantik kalau tidak menjaga pemakanan dan menjalani rawatan kecantikan yang membuta tuli dan kelak akan memudaratkan diri sendiri di masa akan datang.
Selain faktor di atas, kecantikan boleh ditafsirkan dengan sikap dan tingkah laku individu itu. Apa guna mempunyai paras muka yang cantik tetapi mempunyai akhlak dan keperibadian yang menjengkelkan.
Maka sebenarnya kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif dimana kita tidak boleh memilihnya seperti A B C dan D. Ia perlu dihuraikan dalam pelbagai definisi. Cantik itu biarlah cantik dipandang mata bukan sahaja dari hujung rambut hingga hujung kaki tetapi  kecantikan itu bermula dari hati yang bersih dan akhlak yang terpuji.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai orang tanya saya, macam mana nak jadi cantik? Bagi saya, cantik ni bukan sekadar rupa, pinggang yg ramping, kulit yg putih tapi cantik ni ialah keyakinan dari hati. Macam mana nak cantik? Pakai Dnars la.. iklan ni selalu nau I dgr kt radio especially thr gegar, jd I just can't help not to mention it here, sorry, haha..

But anyway, I do agree dgn point yg disampaikan dlm iklan tu, yg mana cantik ni is basically dr dalaman u.. if u yakin, u tetap akan nampak cantik n that is why, cantik adalah subjektif.. bagi I, if pompuan tu gemuk n hitam tp if dia yakin n tahu mcm mne nak bawak diri dia, automatic dia akan nampak cantik.. cth mcm iman yg previous p.a vivy tu, if tnye typical Malay guy, mungkin most of them akan ckp dia xcntik sbb dia gelap, tp sbb dia yakin n selalu tahu mcm mana nak bawak diri, dia nampak sgt cantik.. tengok husband she olls, putih gebu gebas kot, yg mana ini menunjukkan cantik itu mmg subjektif, it lies in the eyes of the beholder..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan mekap, beg tangan, baju seluar, kasut tumit, yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan.

Yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan adalah kerana kita menepati indikator perempuan yang mukminah lagi solehah.

Yang cantik belum tentu setia. Yang setia sudah pasti cantik. Bila ia tidak cantik di matamu. Setidaknya ia cantik, di mata Tuhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Fitrah manusia sukakan kecantikan.
Cantik luar dan dalam.
Cantik luar sahaja tapi hati tak elok, tak guna.
Sebab yang menilai dengan mata hati akan nampak celaan tu.
Cantik fizikal tapi pemalas dan pengotor, pun tak guna.

Orang yang cantik fizikalnya, pakai kemas, hias muka rapi, kita tahu orang ni jenis yang rajin.
Yang selekeh, mungkin malas lah.
Sebab tu ramai yang suka pilih yang cantik fizikal ni.
Usahakan jugak la cantikkan fizikal, rajin mengemas dan pembersih.
Itu satu. Keduanya, cantikkan dan bersihkan hati.
Gembira dengan kegembiraan orang lain, sedih dengan kesedihan orang lain.
Sentiasa positif dengan semua keadaan.
Tenang, ceria dan membahagiakan orang.
Bila ada semua ni, siapa la yang nak menolak kita ke tepi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
periukTanah replied at 2-1-2018 04:01 AM
Fitrah manusia sukakan kecantikan.
Cantik luar dan dalam.
Cantik luar sahaja tapi hati tak elok, ...

Orang yang cantik fizikalnya, pakai kemas, hias muka rapi, kita tahu orang ni jenis yang rajin.

Tak setuju sgt pendapat ini.  Ada org (beberapa org yg saya kenali) mmg rajin dlm penjagaan diri,  penampilan mmg tops,  cuba lah lawat rumah mereka,
sangat berbeza dgn pewatakan diri n u akan sangat terkejut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tu bagi saya penting. Bukan dari segi fizikal shj. Kecantikan buat kita rasa confident dan lebih bersemangat.

Memang lumrah wanita untuk bercantik2, sebab kita dijadikan Allah secantik2 hiasan kan
Macam saya tak berminat dr segi memutihkan kulit semua tu. Collagen pun tak makan. Tapi mesti ada rasa nak bg diri kita presentable la. Cari baju yang sesuai. Ada masanya rajin juga nk bermekap. Demi diri sendiri utk nampak yakin dan menarik.

Cuma jgn taksub sampai boleh memudaratkan lah.. Jangan makan atau pakai produk sebarangan. Okay

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.367270 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list