CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 1

Antara Konsep Zuhud Dan Kewangan Peribadi, Ramai Yang Salah Faham

[Copy link]
Post time 8-12-2017 11:13 AM | Show all posts |Read mode

Sumber: muslimah.or.id


Seseorang individu yang mempunyai perbelanjaan yang minima dan simpanan yang banyak sebenarnya bukanlah orang yang zuhud sebenar-benarnya.


Jika terdapat orang yang sedemikian menjadi rasionalisasi kepada setiap tindak tanduk kewangan peribadi beliau, orang sebegini kita boleh gelarkan sebagai penyimpan atau penjimat dan bukannya zuhud. Jadi, apakah zuhud dan kaitannya dengan kewangan peribadi?


Zuhud adalah sifat hati yang seua orang boleh miliki dalam pelbagai keadaan kewangan sekalipun. Ianya tidak bergantung kepada status simpanan, pendapatan atau perbelanjaan individu.


Maknanya kat sini, Zuhud adalah urusan hati. Hati disini bermaksid, hati yang tidak diterajui dan dikudakan dunia. Mereka tidak sedih jika ke hilangan barang materialistik dan juga tidak terlalu gembira jika mendapatkannya. Jadi hatinya diarahkan 100% pada ukhrawi dan bukan pada duniawi, begitu?


Tidak juga. Ianya bukan 100% kepada ukhrawi sehinggakan pelbagai urusan duniawi dilupakan. Ukhrawi dan duniawi perlu bergerak seiring dan tidak boleh lebih antara satu dengan yang lain. Fungsi kita sebagai khalifah Allah perlu melaksanakan tanggungjawab memakmurkan bumi Allah ini, jadi fokus kita tidak boleh ukhrawi sahaja.


Allah berfirman dalam Al-Quran bermaksud,
"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kami, dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu." (Al-haddid:23)


Ianya diulas oleh Imam Ali bin Abi Tholib dalam Nahjul Balaghah:
"Keseluruhan zuhud ada pada dua kata dari Al-Quran, Iaitu ketika Allah berfirman,
"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kami, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.-
Maka barangsiapa yang tidak menyesal atas apa yang hilang darinya dan tidak terlalu gembira dengan apa yang telah didapatkannya maka dia telah menguasai kezuhudan dari kedua sisinya."

Sumber: wafyaddinsipejuang.blogspot.my


Konsep zuhud yang sebenarnya bukan bergantung kepada pendapatan yang tinggi, penjimatan dalam berbelanja atau simpanan yang tinggi. Jangan pula kita selepas ini menyalah anggap mereka yang selalu berjimat cermat ini golongan zuhud. Sesiapa sahaja boleh menjadi zuhud selagi dia mengimbangi urusan ukhrawi dan duniawi dengan baik.


"Tak beli kereta kenapa bang," tanya Hamid. Karim membalas, "Zuhud bang,"



Jangan kita menyalahkan konsep zuhud tersebut hanya kerana kereta. Kereta bukan lambang ke-zuhudan kita, tapi keperluan. Belinya mengikut keperluan dan bukan kerana untuk bermegah-megah, riak dan ujub. Fokuskan hati kita untuk tenang dengan urusan dunia dan tidak bersedih atau menyesali apa yang kita hilang darinya.
Kalau kita dapat menguruskan kewangan peribadi dengan lebih baik, insyaAllah akan buat kita lebih zuhud kelak.
Tak begitu? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2017 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Try amalkan selalu solat sunat dua rakaat sebelum buat sembahyng subuh tu insyaAllah akan tak kisah sgt pasal dunia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.336763 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list