View: 1294|Reply: 5
|
[Tempatan]
LIVE: Protes Baitulmuqqadis sebagai ibukota Israel laknatullah !
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Pemuda Pas mengkritik tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Menyifatkan Trump biadab, Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perbuatan pemimpin negara barat itu hanya akan mencetus ketegangan dalam kalangan umat Islam.
"Bagi umat Islam ia adalah pengisytiharan paling biadab yang bakal mengundang kebangkitan ummah untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Zionis Yahudi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, media antarabangsa melaporkan Trump akan mengumumkan pengiktirafannya terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel tanpa menghiraukan amaran dunia tentang risiko tercetusnya keganasan di Asia Barat.
Advertisement
Seorang pegawai kanan pentadbiran AS berkata, Trump akan membuat pengumuman bersejarah itu yang turut mendapat kecaman sekutunya di seluruh dunia dari White House.
Sehubungan itu, pihaknya mengajak seluruh umat Islam untuk turun menyatakan solidariti ummah di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sejurus selepas solat jumaat, esok.
"Himpunan ini akan diketuai Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden Pas," katanya.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebelum ini memberi amaran akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sekiranya AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Turki dan Israel memulihkan hubungan diplomatik tahun lepas, enam tahun selepas Turki memutuskan perhubungan dalam protes pembunuhan sembilan aktivis Turki Palestin dalam pertempuran dengan komando Israel di atas kapal yang cuba menghancurkan blokade Israel di Gaza. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang mereka laungkan tu KAFIR? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada pula angkat sepanduk "save al aqsa, free palestine"
al aqsa tak akan terancam pun dek.. memang kompleks temple mount letaknya al aqsa tu di selenggara by muslim pun.. infact trump sendiri buat statement...
"Baitulmaqdis perlu kekal sebagai tempat penganut Yahudi bersembahyang di Dinding Barat, penganut Kristian berjalan di ‘Stations of the Cross’ dan umat Islam bersembahyang di Masjidil al-Aqsa,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jom pungut derma... |
|
|
|
|
|
|
| |
|