CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1993|Reply: 3

Tahu Pun Takut! Pengguna FB Tuduh Pemain Kedah Terima Rasuah Minta Maaf

[Copy link]
Post time 8-12-2017 04:00 PM | Show all posts |Read mode
"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak taip status buruk padahnya"




Seorang lelaki yang bernama Muhammad Ridzwan akhirnya meminta maaf dengan secara terbuka setelah menuduh tujuh orang pemain serta jurulatih bola sepak Kedah terlibat dalam kes rasuah ketika final Piala Malaysia yang lalu melalui status Facebooknya yang berbunyi seperti ini:


"Calon2 jual game final piala malaysia 2017..Senarai nama 7 org..**dan jika hampa ambik rasuah maka jahanam lah hampa.. jahanam team kedah in future...dari saya penyokong biasa-biasa Kedah"


Tuduhan beliau melalui status facebooknya itu telah menjadi tular di media sosial dan ramai juga yang mempercayainya sehingga SPRM memanggil tujuh pemain Kedah dan jurulatih berkenaan untuk disoal siasat!

Foto: Utara News


Ekoran perkara itu, Jurulatih Nizam Adha bertindak membuat laporan polis kerana tuduhan itu agak berat dan mencalarkan reputasi beliau dan para pemainnya.


Ridzwan juga diminta tampil di balai polis untuk mengemukakan bukti tuduhannya itu, serta berisiko berdepan tindakan saman.


Namun ternyata dakwaan itu terbukti hanyalah sekadar omong kosong setelah beliau membuat permohonan maaf secara terbuka. Haaa tahu pun takut!

Saksikan video permohonan maaf itu di bawah.





Menurut beliau, tuduhan itu telah dibuat kerana didorong perasaan marah selepas Kedah tewas di perlawanan akhir Piala Malaysia yang lalu.

Video permohonan maaf tu telah menerima kecaman daripada para netizen. Itulah, pandai-pandai lagi buat tuduhan tak berasas, kan dah kena!






Jadi lepas ni fikir dulu ya sebelum nak muat nai status, takut tak pasal-pasal kena saman atau meringkuk dalam penjara! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2017 05:55 PM | Show all posts
itulah kome... mulut tu kalau x da benda baik nak cakap bek diam
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dia ada tulis jika ke? Jika tu cuma anggapan dan bukan tuduh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:29 PM | Show all posts
hmm betul2 susah kalau tulis tulis ni sebenarnya. aku pernah mcm kes ni juga.. sebbek x kena saman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.802569 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list