This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x518.
PETIKAN rakaman video yang tular menunjukkan pergaduhan akibat disebabkan salah faham di tempat letak kereta.
LELAKI cedera dipukul dua lelaki menggunakan topi keledar dan penutup tong sampah selepas pertengkaran antara mereka disebabkan salah faham di tempat letak kereta pusat beli belah di Ipoh, 9.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby berkata, hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan dipercayai akibat salah faham selepas mangsa berusia 33 tahun ditegur suspek berusia 40 tahun kerana memakai stoking dengan selipar.
"Mangsa kemudiannya bertanyakan kepada suspek yang ketika itu berada bersama isteri serta adik iparnya sama ada salahkan dia pakai begitu.
"Selepas itu, isteri suspek berkata kepada mangsa kenapa kata kepada suaminya begitu dan memberitahu suaminya seorang samseng sebelum mangsa dipercayai menumbuk serta menampar wanita itu.
"Suspek bersama adik iparnya kemudian terus memukul mangsa menggunakan topi keledar dan penutup tong sampah," katanya dalam kenyataannya di Ipoh, hari ini.
Mohd Ali berkata, ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu disebabkan terlalu marah kerana mangsa bertindak menampar dan menumbuk isterinya.
"Mangsa dan suspek tidak bermusuh serta tidak mengenali antara satu sama lain.
"Kedua-dua mereka sudah membuat laporan polis namun menarik laporan kerana sudah berdamai dan tidak mahu memanjangkan perkara itu," katanya.
serupa cm kes abg topi itam nk jupe yusof ami
ckp berdegar cm samseng,
jap tuduh ppim tk ikut al-quran ngn hadis, amal solat maghrib pakai selawat je cukup katanya.
bila jupe, ckp lain la plak, ckp sbg peminat yusof azmi.
aku rasa jenis2 org cmni mmg ting tong sbb dadah
pemikiran ke laut.
Post time 10-12-2017 01:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cakap pasal setoking ni.. kenapa ramai ladies yg tutup aurat jarang pakai stokin.. baju, tudung labuh..seluar pun ok lah tebal tak ketat sangat tapi kaki tu tak tutup pula. Alang alang dah tu... jom sarung setoking