CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15599|Reply: 61

MANDATORI [Astro First Eksklusif: Aeril Zafrel, Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin

  [Copy link]
Post time 10-12-2017 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 11-12-2017 11:00 PM

MANDATORI
Astro First Eksklusif (dan Astro on  the Go)
Saluran 480




Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Mandatori adaptasi daripada novel Ramlee Awang Murshid yang bakal menyaksikan gandingan mantap Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra dan ramai lagi. Drama siri ‘crime-thriller ini hadir dalam enam episod. Diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Akan mula ditayangkan di di Astro First Eksklusif saluran 480 dan On Demand mulai 14 Disember 2017.

JUDUL : MANDATORI
EPISOD : 6 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Disember 2017
SIARAN : Astro First Eksklusif saluran 480
PENULIS NOVEL : Ramlee Awang Murshid
PENGARAH : Razaisyam Rashid
PELAKON : Aeril Zafrel, Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Wong, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah



SINOPSIS MANDATORI
Mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.

Dalam kesibukan Inspektor Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (Alvin Chong), beliau berkenalan dengan Juliana (Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (Dato’ Ahmad Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Norman mula menyukai Juliana namun pelbagai dugaan yang berlaku menyukarkan lagi keadaan. Apa yang akan jadi seterusnya? Siapakah dalang di sebalik kes pembunuhan bersiri yang berlaku?








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2017 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by willow12 at 14-12-2017 02:21 AM

One of the reason why i anticipate this mini series. Credible writers!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
MANDATORI: Novel Crime Thriller Terlaris Ramlee Awang Murshid Dalam Bentuk Visual

SELEPAS filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung melebihi RM8 juta baru-baru ini, sebuah lagi adaptasi karya agung milik Novelis Thriller Nombor Satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid iaitu Mandatori, akan menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai 14 Disember ini.


Iklan @ Mangga Media
Tampil dengan pendekatan yang ‘luar dari kebiasaan’, Mandatori sarat dengan aksi mendebarkan, pergelutan, drama, khianat dan dendam kesumat

Astro dengan kerjasama Ideate Media (penerbit bersama ‘Tombiruo’) kini mengadaptasikan salah satu novel terkemuka milik penulis prolifik, Ramlee Awang Murshid berjudul Mandatori’ke bentuk visual untuk tontonan masyarakat umum.

Mandatori diarahkan oleh sutradara hebat, Razaisyam Rashid. Beliau yang sebelum ini terkenal dengan filem CEO pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2016.

Lokasi utama penggambaran Mandatori telah dijalankan di sekitar Lembah Klang serta mengambil masa 35 hari untuk diselesaikan.

Dengan hanya RM 19.10 (termasuk 6% GST), penonton boleh menikmati kesemua enam (6) episod dengan berulang kali dalam tempoh 5 hari dari waktu pembelian.

Mandatori mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain.

Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru.

Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.

Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Juliana Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato’ A. Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku.

Juliana yang pada mulanya tidak begitu menyukai kehadiran Norman mula berubah apabila risau akan tindak-tanduk adiknya, Johan Johari (lakonan Iedil Putra) yang dilihat semakin mencurigakan terutamanya apabila melibatkan kehilangan wang syarikat yang sangat ketara.

Juliana mula menyiasat dan beliau memerlukan bantuan Norman untuk menyelesaikan masalahnya. Keakraban yang tercetus ini membuatkan mereka jatuh cinta.

Namun pelbagai dugaan dan ancaman yang hadir dari setiap penjuru menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Juliana akan menjadi mangsa yang seterusnya?

Siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik kes-kes pembunuhan bersiri yang berlaku?

Credit Mangga media
https://manggamedia.com.my/author/mangga-media/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2017 02:51 PM | Show all posts
Mandatori sekarang available di Astro On the Go pada harga RM19.08 untuk tontonan 5 hari. Available to both Astro and non-Astro subscribers.

Klik di sini untuk melanggan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 03:01 PM | Show all posts
Edited by bungaros at 14-12-2017 03:02 PM

walau tak brapa berkenan sgt dgn hero tapi tetap akan tengok. masa baca novel ni dulu dok bayangkan zulhuzaimi. bila la ADAM pulak nak difilemkan.
btw harga tu utk semua ep la kan.tak de sapa ke nak filemkan novel Abdul Rahim Awang. I suka semua novel dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2017 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bungaros replied at 14-12-2017 03:01 PM
walau tak brapa berkenan sgt dgn hero tapi tetap akan tengok. masa baca novel ni dulu dok bayangkan  ...

Kaka!!! Kita dah subscribed. Pd mata iols, alhamdulillah aeril zaprel tidak menghampakan. Wpun iols mula2 doubt dgn kredibiliti heols, yg suka swallow his words. I am amazed dgn peningkatan diction heols. And aeril bertuah sebab co stars heols semua pelakon2 papan atas yg ada aura n energy yg best.

Kalau kaka suka psycho thriller, series ini menghiburkan n sgt best! Feelingnya ala2 tgk fox series gittew.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2017 11:50 PM | Show all posts


MANDATORI Setaraf Karya Hollywood & Korea
December 14th, 2017



Ibarat memnonton karya dari Hollywood dan drama Korea, itulah yang dapat SURIA simpulkan selepas menonton episod pertama drama eksklusif terbaru Astro First iaitu Mandatori.

‘Mandatori’, mini siri bergenre ‘crime thriller’ ini hadir dalam enam episod (berdurasi satu jam setiap satu) diterajui nama-nama besar seperti Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra, Dato’ A. Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan diterbitkan oleh Astro dan Ideate Media



Drama ini diaptasi dari novel terkenal dengan judul yang sama tulisan novelis terkenal Ramlee Awang Murshid yang juga merupakan penulis Tombiruo.

‘Mandatori’ menjanjikan sebuah pengalaman terhebat untuk penonton oleh kerana jalan penceritaannya yang digarap kemas, disokong kuat dengan babak-babak yang mendebarkan dengan aksi-aksi suspen lagi ganas, dan yang paling utama, setiap adegan berjaya diterjemahkan dengan begitu baik sekali oleh kesemua pengemudi watak.

  


Drama ini mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.

Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Juliana Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato’ A. Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Juliana yang pada mulanya tidak begitu menyukai kehadiran Norman mula berubah apabila risau akan tindak-tanduk adiknya, Johan Johari (lakonan Iedil Putra) yang dilihat semakin mencurigakan terutamanya apabila melibatkan kehilangan wang syarikat yang sangat ketara.

Juliana mula menyiasat dan beliau memerlukan bantuan Norman untuk menyelesaikan masalahnya. Keakraban yang tercetus ini membuatkan mereka jatuh cinta. Namun pelbagai dugaan dan ancaman yang hadir dari setiap penjuru menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Juliana akan menjadi mangsa yang seterusnya? Dan, siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik kes-kes pembunuhan bersiri yang berlaku?

Tak rugi jika anda melanggan drama ini kerana lakonan mantap yang diberikan oleh setiap pelakon terutamanya Aeril Zafrel dan Siti Saleha pasti membuatkan anda tidak sabar untuk menyaksikan episod yang seterusnya!

‘Mandatori’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 14 Disember 2017 (Khamis) ini. Dengan hanya RM 19.10 (termasuk 6% GST), penonton boleh menikmati kesemua enam (6) episod dengan berulang kali dalam tempoh 5 hari dari waktu pembelian.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘Mandatori’ boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘on demand’.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2017 09:50 AM | Show all posts
willow12 replied at 14-12-2017 07:17 PM
Kaka!!! Kita dah subscribed. Pd mata iols, alhamdulillah aeril zaprel tidak menghampakan. Wpun iol ...

oh...dia dah tak swallow words dia eh. part tu ler yg hakak cuak. good for him. boleh tgk semua episod segaligus ke camna. mmg tak sangka novel RAM akan diadaptasi ke layar suatu hari. dulu2 masa baca novel2 dia, rasa mcm takkan la org nak buat. utk ADAM klu ada la...mohon eman manan sbb hero dah berumur. kalau danish (read: abam rosyam) pun boley laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:16 AM | Show all posts
ai dh godek2 semalam tibi ai....plan nak beli semata2 nak tgk drama mcm nie...ai memang suka cerita thriller2 nie...kes bunuh yg suspen, yg memang perlukan otak utk pikir....sbb tu suka CSI...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
bungaros replied at 15-12-2017 09:50 AM
oh...dia dah tak swallow words dia eh. part tu ler yg hakak cuak. good for him. boleh tgk semua ep ...

Beli 19hengget dapat terus semua episod. Tp nasib lah kalau masa beli tu dia tgh main ep 4, kena tunggu habis 6 episod baru dia start balik ep 1. Sebab tu astro bagi 5 hari, kalau tidak jenuh le bertenggek depan tv nak habiskan semua 6 episod back to back. Hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bungaros replied at 15-12-2017 09:50 AM
oh...dia dah tak swallow words dia eh. part tu ler yg hakak cuak. good for him. boleh tgk semua ep ...

Kaka, iols tak pernah baca satu pun novel RAM..so tak ketahuan wht to expect... But i know sure a kind of masterpiece.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
bungaros replied at 14-12-2017 03:01 PM
walau tak brapa berkenan sgt dgn hero tapi tetap akan tengok. masa baca novel ni dulu dok bayangkan  ...

Yes! Abdul rahim awang!!!

Paling diingati generasi yg hilang, his 1st novel. Sadis sgt citer nya.

The rest ada yg iols tak baca..tp novel realiti n pulang is always my favourite.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 11:47 AM | Show all posts
willow12 replied at 15-12-2017 10:30 AM
Beli 19hengget dapat terus semua episod. Tp nasib lah kalau masa beli tu dia tgh main ep 4, kena t ...

alamak.... cukup ke masa nak tgk weekend ni. klu tak pun, kaka rekod je. boleh tgk satu ep tiap hari. selalunya few months jgk kan ada kat astro first tu.
u tak baca novel so tatau la eh brapa persen ikut novel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2017 04:17 PM | Show all posts
bungaros replied at 15-12-2017 11:47 AM
alamak.... cukup ke masa nak tgk weekend ni. klu tak pun, kaka rekod je. boleh tgk satu ep tiap ha ...

Kadang-kadang rasa macam sekejap sangat pulak Astro bagi tempoh 5 hari tu. Nampaknya kena tengok 2 episod sehari. Tapi kalau drama ni very addictive, tak mustahil kalau marathon terus!

Will subscribe this weekend.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada acc Astro tapi nak bayar pakai kredit kad yang bukan link dengan acc Astro boleh ke? Macam malas la plak nk ckp dgn owner kad kredit Astro tu. Tp selama ni beli Astro best/first memang pakai kredit kad dia je tp untuk tontonan satu rumah ni Iols seorang je yang berminat cerita ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2017 05:10 PM | Show all posts
mzitdy replied at 15-12-2017 05:02 PM
Kalau ada acc Astro tapi nak bayar pakai kredit kad yang bukan link dengan acc Astro boleh ke? Macam ...

Boleh, tapi kena kad kredit Malaysia. Pernah viewers dari overseas nak subsribe, tapi tak lepas.
Kalau tengok menerusi AOTG atau VOD boleh start any episod any time. Tapi kalau nak tengok dari saluran 480, kena tunggu waktu siaran episod yang diudarakan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 15-12-2017 05:10 PM
Boleh, tapi kena kad kredit Malaysia. Pernah viewers dari overseas nak subsribe, tapi tak lepas.
...

Tadi klik link yg uols bagi tu terus direct ke Astro Go app dlm phone ni. Mmg da siap2 buka part mandatori tu. Tp bila nk subscribe xjumpa plak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by willow12 at 16-12-2017 12:46 AM
melnanzz replied at 15-12-2017 04:17 PM
Kadang-kadang rasa macam sekejap sangat pulak Astro bagi tempoh 5 hari tu. Nampaknya kena tengok 2 ...


I cant believe i binge-watched the entire 6 episodes this afternoon. Tak pernah2 dibuat okeh.. Hahaha. Sumpah best gilerrrr pd aku. Yg bestnya, tiba2 satu rumah layan.

Esok2 aku bg review.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2017 04:16 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 17-12-2017 06:13 PM

Selesai tengok episod 1 tengah malam tadi (tengok tengah2 malam buta, baru ada feel)

My verdict: BEST giler drama ni!!

Ok, aku bagi sinopsis sikit, than we will dive in with the review.

SINOPSIS (Episod 1, may contain spoilers)
Inspektor Norman (Aeril Zafrel) ialah seorang profiler yang mempunyai kebolehan yang sangat unik: iaitu dia boleh "bercakap" dengan mayat (yup guys! Profiling even the dead!) dan dapat mencantumkan puzzles dalam satu-satu crime scene dengan hanya melihat apa yang berlaku dalam scene tersebut. Norman seolah2 masuk ke dalam dunia dia yang tersendiri - dengan bantuan lagu klasik menerusi iPod nya. Scene pertama - Norman solve pembunuhan seorang gadis yang dijumpai oleh bapanya sendiri. Amazing opening to episod 1. Kita nampak bertapa cool nya Norman solve the situation. He is slick, composed, and impressive. Not exactly kelam kabut macam Sherlock Holmes, tapi lebih kepada slick seperti Constantine.

Second scene, Norman dibawa ke crime scene kedua. Satu pembunuhan berlaku di kawasan construction Johari Corp. Mangsa telah ditanam di dalam concrete. Di sini kita diperkenalkan dengan inspektor Kelvin (Alvin Wong), rakan sekerja Norman yang typical old-school cop. Walaupun Kelvin seorang realistik, tapi dia memang mengakui kebolehan Norman yang unik.

Unfortunately, something happend to Norman which wasn't explained. He suddenly lost his ability to be a profiler and fall into a seizure.

Other characters in the drama is pakar psikiatri Dr. Asmah (Vanidah Imran) yang cuba untuk memulihkan Norman; main suspect Johan (Iedil Putra) anak kepada Tuan Johari - pengasas Johari Corp, dan Juliana (Siti Saleha), kakak kepada Johan yang juga seorang lawyer.

Ok done with the sinopsis. Here is my review:

Jalan cerita memang best. Episod 1 dah catch you on. The purpose of episod 1 is to introduce main characters, who they are and what they do. And they have done it well. Opening scene very good. Kita nampak Norman seorang yang cool dan slick. His abilities to profile a murder case is amazing.

Second murder case, Norman looses his ability. Tak diceritakan kenapa. Dia spend enam bulan on rehab bersama Dr Asmah. Tapi dia tak dapat nak get back his abilities, making him resign with the police. But not until dia berjumpa dengan Juliana, kakak kepada Johan the main suspect. Juliana is a single mother - kehilangan suami disebabkan penyakit terminal. It was not until Juliana touched Norman that he got back his skills. At the end of episod 1, Norman dapat "bercakap" semula dengan mayat - and that makes him smile again.

Editing kemas. Skrip terbaik dari novel terkenal RAM. Lighting very dark throughout. Only a few daylight scenes. Most indoor scenes are dark, sesuai dgn atmosphere drama ni.

I love this drama because of the high quality production. Everything was done is detailed (watch the opening scene with the posters in the wall - walaupun hanya beberapa saat, tapi it is the plot of the series). And because they didn't waste any time, therefore tak ada scene dragging. Thus kenapa hanya ada 6 episod sahaja, bukan 16 atau 60 episod just to penuhkan kuota.

Love it on VOD/AOTG as well sebab tak ada iklan. Not sure about 480 though.

My wish is that all dramas are done at this quality level. InsyaAllah one day, maybe I will get my wish.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.400936 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list