CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1523|Reply: 10

[Tempatan] Edisi Play Victim: Kita akan dakwa wartawan di akhirat, kata Ku Nan

[Copy link]
Post time 11-12-2017 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 11-12-2017 06:20 AM

Ku Nan: Kita akan dakwa wartawan di akhirat

https://www.malaysiakini.com/news/405085

Hari ini, 1:20 pm      Hari ini, 1:35 pm



Media yang didakwa memutar-belitkan ucapan pemimpin kerajaan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat kelak, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini Tengku Adnan berkata setiap wartawan perlu bertanggungjawab atas setiap laporan yang mereka buat.

Namun katanya masih ada kenyataan dibuat pemimpin kerajaan dilaporkan secara salah dan mendapat kecaman, terutama daripada pembangkang seolah-olah semua yang dilakukan kerajaan adalah tidak betul.

"(Hari) ini saya percaya lepas ini (laporan mengenai saya pun) akan salah, macam apa yang Datuk Hamzah sebut berkenaan (isu) mengurangkan kos sara hidup dalam ucapan dia, kena spin off (putar belit).

"Saya pun tak faham apa nak jadi kepada dunia ni," katanya selepas menyaksikan menandatangani perjanjian pengambilalihan saham syarikat pengangkutan awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd di antara Pulse Group dan anak syarikat milik penuh Gets Global Berhad, Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn Bhd.


Kenyataan Tengku Adnan itu dibuat sebagai mengulas laporan ucapan penggulungan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (gambar) pada hari terakhir Perhimpinan Agung Umno 9 Dis lalu.

Hamzah yang mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata isu kenaikan harga barang sudah wujud sejak zaman Rasulullah SAW.

Untuk membuktikan kenyataan itu Hamzah membawakan sepotong hadis mengenai hal berkenaan.

Malaysiakini melaporkan Hamzah sebagai berkata, tindakan kerajaan untuk tidak campur tangan dalam pasaran bebas selaras dengan amalan di zaman Nabi Muhammad.


Kerana bohong, fitnah

Beliau memetik hadis riwayat Abu Daud daripada Anas bil Malik, berkenaan permintaan sahabat Rasulullah yang meminta baginda menetapkan harga barangan untuk mereka.

"Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki.
Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan harta," katanya.

Bagaimanapun dalam laporan The Star Hamzah kemudian mendakwa kenyataan beliau itu diputar belit sesetengah media.

Isu kenaikan kos sara hidup menjadi satu daripada persoalan yang dibangkitkan oleh banyak pihaksama ada di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur ketika Umno bersidang baru-baru ini atau di luar.

Ia diakui turut menjadi beban kepada anggota serta penyokong Umno. Malah ia dianggp boleh menjadi bom jangka kepada parti itu ketika pilihan raya umum ke-14 akan berlangsung tidak lama lagi.

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno berkata langkah untuk mendakwa wartawan yang melakukan kesalahan laoran itu dibuat kerana kerajaan berdepan dengan banyak tohmahan.

"Kamu semua - wartawan - bertanggungjawab dengan apa yang kamu lakukan.

"Ingat, kamu semua akan bertemu Tuhan dan kita akan dakwa saudara-saudara sekalian kerana membohong, fitnah yang dilempar kepada masyarakat kerana nak menolong orang-orang tertentu untuk mencapai kejayaan,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kami jugak rakyat akan mendakwa semua pemimpin umnogok di akhirat kelak diatas apa yg dorank buat ke atas rakyat..sama sama kiter berhadapan di makamah Allah.kami mengundi dorank untuk membantu kami di dalam segala hal.bukan mengkayakan kaum kerabat deme
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:28 PM | Show all posts
dubur kerepot dia asyik membohong takpe pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:25 PM | Show all posts

amboi senangnya nak dakwa orang bagai
ada pemberian kuasa ke?
arahan dakwa?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dituju khas utk ku nan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2017 03:54 PM | Show all posts
Ku Nan....Projek Rimba Kiara TTDI apa khabar...??
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 07:22 PM | Show all posts
Sejak berkawan dengan parti sarban dan tudong laboh sampai ketumit nih (yakni PAS)...sikit sikit akhirat sikit sikit padang matsirat....

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka layotttttttt bila bercakap kalah pakar dosa pahala.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 08:17 PM | Show all posts
Edited by foxs at 16-12-2017 08:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 08:53 PM | Show all posts
hahaha...ckp mcm dia pon takkan dipersoalkan kelak..choii sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.193554 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list