CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 744|Reply: 8

[Tempatan] Isu barang naik ada sejak zaman nabi kata Datuk Seri Hamzah Zainudin (Menteri Pe

[Copy link]
Post time 11-12-2017 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 11-12-2017 07:28 AM

Hamzah: Isu barang naik ada sejak zaman nabi

https://www.malaysiakini.com/news/404958

9 Dec 2017, 3:39 pm      9 Dec 2017, 3:43 pm



PAU2017 | Berlandaskan sepotong hadis Nabi Muhammad SAW, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan isu harga barang naik ini bukanlah masalah baru.

Kata Datuk Seri Hamzah Zainudin, isu berkenaan sudah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi malah ada hadis yang menjelaskan suasana itu.

Membacakan terjemahan hadis diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bil Malik, Hamzah menjelaskan ada sahabat meminta Rasulullah menetapkan harga barangan untuk mereka.

"Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki.

Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan harta.

"Ini menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan, pemimpin besar kita sekarang adalah sesuatu yang menyamai apa dituntut oleh Rasulullah iaitu tidak mencampuri hak pasaran bebas dalam negara kita," katanya semasa ucapan penggulungan di hari terakhir PAU di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Hamzah mengulas mengenai rungutan kenaikan kos sara hidup yang dibangkitkan pewakilan sejak persidangan tahunan Umno berlangsung Khamis lalu.


Berjihad perangi orang tamak

Salah seorang pembahas malah menegaskan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang turut dialami anggota Umno sendiri.

Isu kenaikan kos sara hidup lebih menjadi perhatian apabila ia turut disentuh tokoh yang berada di luar PWTC, termasuk Ratu Jazz Datuk Sheila Majid.




Kata Hamzah dalam keadaan begitu pun kerajaan bersetuju agar harga barangan keperluan asas dikawal supaya tidak dinaikkan sesuai dengan sikap prihatin dan keadilan yang dituntut Islam.

"Barang keperluan yang saya maksudkan ialah gula, tepung, minyak masak, beras dan gas memasak.

"Ini adalah kerana presiden Umno berasakan bahawa untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan keadilan untuk seluruh negara, kita mampu memberikan subsidi melalui barangan keperluan asas," katanya.

Setakat ini kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu kerajaan membelanjakan sebanyak RM2 bilion setahun bagi membiayai subsidi berkenaan.

Bagi barangan basa seperti ikan, ayam, sayur dan daging, kata Hamzah, kerajaan bersetuju "memerangi" orang tengah yang tamak dan rakus melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi yang berkaitan dengannya.

"Kita akan berjuang dan berjihad untuk memerangi mereka ini," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Last2 guna agama.....nabi pun jadi mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:36 PM | Show all posts
apa bahlol2 pembangang ingat, kalau ph menang barang harga turun ke harga zaman nenek ente ka???



Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:23 PM | Show all posts
ADOIIII
senang la gitu
jalan penyelesaian setiap masalah adalah dengan membacakan sepotong dua hadis
betul?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh apa umngok ni jadikan nabi sebagai scapegoat mereka?? Dah sendiri buta perangai cilake, sendiri xnak mengaku? Kimak umngok
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dol .. maksud hadis tu supayah kita jauhkan diri dari kezaliman pada darah  dan harta . Itu satu peringatan pada umatnya . Bukan pula sama2 menjadi penyebabnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2017 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat2 kalau tak tahu hadis tak payah petik la .nampak sgt bodo . Sama bodo penjilat2 kat sini .
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 02:23 PM | Show all posts
ini dikira menghina nabi n islam tak wahai lobai2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulalah start pakai agama, salah Tuhan, salah Nabi, salah rakyat..umno sorang je betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067590 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list