CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5229|Reply: 59

[Tempatan] Tertarik dengan tawaran kenalan wechat untuk membayar RM15 ribu, wanita dikenali

  [Copy link]
Post time 11-12-2017 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 11-12-2017 06:35 AM

Gambar bogel 'Suit'

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/292812/gambar-bogel-suit

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Disember 2017 @ 1:11 PM

Farah Suhaidah Othman
am@hmetro.com.my


Suit bersama Jimmy di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak di Ipoh, hari ini. FOTO Effendy Rashid.

SEORANG wanita menyerahkan 30 keping gambar bogelnya kepada seorang individu dikenali melalui aplikasi WeChat pada 1 Disember lalu, selepas tertarik dengan tawaran RM15,000 jika berbuat demikian.

Wanita hanya mahu dikenali sebagai Suit, 21, berkata, dia mengenali individu itu yang menggunakan nama ‘lovebebe2520’ di akaun WeChat pada 13 November lalu.

Katanya, individu berkenaan pada mulanya memperkenalkan diri sebagai pelanggan produk makanan yang dijual syarikat tempatnya bekerja.

“Pada 1 Disember lalu, ketika saya berada di tempat kerja di Jalan Dato’ Onn, individu itu menghubungi saya lagi dan kami berbual menerusi aplikasi itu seperti biasa.

“Dia menawarkan RM15,000 sekiranya saya menyerahkan gambar bogel saya untuk diberikan kepada majikannya,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak di Ipoh, hari ini.

Suit berkata, individu itu berjanji akan memadam gambar terbabit dalam masa tiga hari selain menghantar wang yang dijanjikan pada sebelah petang di tempat kerjanya.

“Pada jam 3 petang, selepas saya menyerahkan gambar bogel kepadanya, saya menghubunginya melalui WeChat namun dia memberitahu dia hanya main-main saja.

“Malah, dia meminta saya memasukkan RM5,000 ke akaun bank diberikan dan sekiranya gagal berbuat demikian, dia mengugut mahu menyebar gambar bogel saya,” katanya.

Menurut Suit, dia kemudiannya memaklumkan perkara terbabit kepada keluarga serta majikannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan Bharu, Rabu lalu.

“Pemeriksaan pada nombor akaun bank yang diberikan individu itu mendapati pemiliknya adalah lelaki dikenali sebagai Samy Muthu,” katanya.

Ketua Biro Aduan MCA Perak Jimmy Loh berkata, ia kes pertama diterima pihaknya membabitkan ugutan penyebaran gambar bogel.

“Orang ramai terutamanya wanita diminta tidak terpedaya dengan tipu helah individu yang mahu menawarkan wang semudah itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 02:49 PM | Show all posts
ini lah akibat mudah terpedaya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:50 PM | Show all posts
Ini amoi banyak kurang bijak.... Aiyaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nak kena update tumblr ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:51 PM | Show all posts
1 lg mangsa kebuduhan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:53 PM | Show all posts
Masih ada lagi orang macam ni yer. Macam dah merata-merata kes orang kena tipu. Tetapi tetap ada yang kena.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2017 02:57 PM | Show all posts
nama bodoh...otak pun bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:04 PM | Show all posts
Kenapa la mudah sangat tertipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 03:15 PM | Show all posts
tertipu lepastu play victim. kalau dpt 15 k tu kau tak lapor kan?? kepada sang penipu, semoga tertangkap..budus amat modus operandi
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada orang senang2 nk bg duit melalui online ribu riban mcmtu je..boleh baca dah taktik nk menipu ni..
Yang paling sakit hati bila dia cakap "main2 je".
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:25 PM | Show all posts
melayu ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:31 PM | Show all posts
habang Samy Muthu jua puas dek
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah biasa bogel ni
Tak dpt duit meroyan la
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah biasa bogel ni
Tak dpt duit meroyan la
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:33 PM | Show all posts
apsal bende simple mcm ni pun dia bleh terpedaya?
apa ke bodoh sangat ke sel2 otak tak bersambung?
ai kenot essep dis
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:52 PM | Show all posts
ermmmm...tak berpikir panjang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 03:55 PM | Show all posts
gaara_X replied at 11-12-2017 03:52 PM
ermmmm...tak berpikir panjang....

beratur panjang pun tak nak.. asyik nak memotong je.. itu baru timbang sayur..

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 04:07 PM | Show all posts
adoiiiii kenapakah amoi???
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 04:17 PM | Show all posts
mcm mana senang2 boleh bagi gambar bogel?..
tak paham la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
So sweet....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.093096 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list