CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1328|Reply: 12

[Dunia] Dijatuhkan Talak Tiga Kerana Hadir Perhimpunan Politik

  [Copy link]
Post time 11-12-2017 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Talak Tiga Kerana Hadir Perhimpunan Politik

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/12/11/talak-tiga/
Diterbitkan: Isnin, 11 Disember 2017 1:45 PM



NEW DELHI: Seorang wanita di India mendakwa suaminya melafazkan cerai dengan talak tiga hanya kerana menghadiri perhimpunan politik Perdana Menteri, Narendra Modi, lapor media Xinhua.

Menurutnya, perhimpunan tersebut berkaitan rancangan kerajaan mengharamkan cerai talak tiga di kalangan orang Islam.

"Saya menghadiri perhimpunan Modi baru-baru ini kerana kerajaan pimpinannya merancang untuk mengharamkan dan mengkriminalkan penceraian talak tiga di kalangan umat Islam.

"Bila saya pulang dari perhimpunan tersebut, suami saya kata PM tidak boleh berbuat apa-apa kepadanya dan menceraikan saya dengan talak tiga," katanya kepada media.

Bagaimanapun, suami wanita tersebut mendakwa bahawa dia menceraikan isterinya kerana wanita tersebut mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Sementara itu, kerajaan India bersedia untuk menguatkuasakan undang-undang di Parlimen untuk memenjarakan mereka yang menceraikan isteri dengan talak tiga iaitu penjara selama tiga tahun.

Mahkamah Agung India sebelum ini mewartakan amalan tersebut sebagai 'haram' namun dikatakan ia masih berlaku di India.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 02:54 PM | Show all posts
india ,china dan negara indongnesia memang aneh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:03 PM | Show all posts
malaysia pon aku tgk macam nak ke arah tu dah ...taksub dgn keturunan dan bangsa memasing...kalau lain2 agama aku boleh terima lagi...ni sesama islam pon nak beza2...beza politik jgn cakap la..sanggup pulau memulau...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:13 PM | Show all posts
balakkampung replied at 11-12-2017 03:03 PM
malaysia pon aku tgk macam nak ke arah tu dah ...taksub dgn keturunan dan bangsa memasing...kalau la ...

itu dah lama ada kat kampung aku la. surau untuk bani umno/ surau untk bani pas. kami yg anak muda ni konpius. nak dekat pilihanraya plak, kedai pakcik pas marah org umno bli kt kedai die (time tu kedai die je la yg ade banyak barang)...tp kalau ade pemberian duit ke, semua pakat mengaku satu ummah..hahaha..hanya parti duit je boleh menyatukan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa nak haramkan plak. Biar p la masing2 punya rumahtangga. Xpelah kak ko diceraikan talak 3 dengan jantan notello ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:15 PM | Show all posts
felinecat replied at 11-12-2017 03:13 PM
itu dah lama ada kat kampung aku la. surau untuk bani umno/ surau untk bani pas. kami yg anak muda ...

hahaha...kan...tapi sekarang pas dgn umno dah geng...mungkin dah boleh share surau...hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2017 03:50 PM | Show all posts
ingat pegi PAU
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:53 PM | Show all posts
aku bukak sebab ingatkan kejadian kat malaysia dan pompuan tu pegi PAU2017
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 04:02 PM | Show all posts
balakkampung replied at 11-12-2017 03:03 PM
malaysia pon aku tgk macam nak ke arah tu dah ...taksub dgn keturunan dan bangsa memasing...kalau la ...

akak bangsa bugis
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 04:08 PM | Show all posts
ingatkan kat PAU2017....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:22 PM | Show all posts
Eeerkk murahnya harga sebuah perkahwinan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ironikmya dia pergi perhimpuan pengharaman cerai talak tiga..balik kena talak tiga ngan tok laki dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 10:03 AM | Show all posts

cemolot ngan bang jib ke

sistur ic biru ke merah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.097483 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list