CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16388|Reply: 113

Tahniah Farid Kamil Dapat Gelaran Dato

  [Copy link]
Post time 11-12-2017 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tupaiterbang at 16-12-2017 11:24 AM

Update
Farid Kamil, Aaron Aziz dapat DatukPELAKON dan pengarah, Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan , hari ini.

Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd dan Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.

Penerima lain ialah Penasihat Undang-Undang Pahang, Datuk Shamsulbahri Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Abu Bakar Harun; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman.

Turut menerima SSAP ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal; Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP),Prof Datuk Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim dan Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz.

Sementara itu, lima individu menerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera antaranya Pengarah Urusan APEX Capacity Sdn Bhd, Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Mohd Taha Ibrahim; Wakil Peribadi Anggota Parlimen Pekan, Datuk Zainal Abidin Pa'wan dan Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk, Mohd Aripin Daud.

Bagi Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk, seramai 12 individu menerimanya iaituTimbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin; Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari; Timbalan Ketua Pengarah Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Paddy Abd Halim;Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Zamyn Zuki Mohd Zuki.

Penerima lain ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ab Qahar Osman; Timbalan Ketua Setiausaha (Dua Hala) Kementerian Luar Negeri, Raja Nushirwan Zainal Abidin; Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia Kementerian Luar Negeri,S Jojie Samuelakar Kardiologi dan Perubatan Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Azar Azman Abu Bakar dan Pengarah Ibam Mining Sdn Bhd, Tong Yuw Choy.

Sementara itu, 78 individu pula dianugerahkan DIMP yang membawa gelaran Datuk antaranya Pengarah KGSS Venture Holdings Sdn Bhd, Tengku Ferozdin Tengku Abdul Rahim; Ketua Pengarah Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope; Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Mohd Nasir Yusoff;Ahli Dewan Negara, Senator Zahari Sarip; Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan, Profesor Dr Nasehir Khan E M Yahya,

Penerima lain adalah Pengarah Hubungan Antarabangsa Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Norzuhdy Mohammad Nordin; bekas Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Mohd Zulkifli Mohammedengarah Urusan Brilliant Star Construction (M) Sdn Bhd, Farah Zarina Johari Faisal Stephen; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Pahang, Sawalludin Ahmad; Pengarah Bahagian Pemindahan Antarabangsa Bantuan Jabatan Penjara Malaysia, Mohd Zawawi Ab Rahim.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) lapan individu, Ahli Mahkota Pahang (AMP) 20 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) enam penerima dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 individu.

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/294113/farid-kamil-aaron-aziz-dapat-datuk



Tahniah Farid Kamil tak lama lagi pergi mengadap Tuanku.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
So kalau mgahdap apa jd
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 04:23 PM | Show all posts
dapat Dato keee...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 04:23 PM | Show all posts
apeni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 04:26 PM | Show all posts
so semua retis semua akan dipanggil datuk?

dan bila panggil datuk semua org berpaling... sb ramai sgt datuK!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 04:27 PM | Show all posts
Dari negeri mane? jgn ber elaun sudah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 lagi dah jadik datin si diana tu nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 04:48 PM | Show all posts
kt forum ni ada yg dh dpt dato. tan sri belum ada lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 04:57 PM | Show all posts
sultan selangor ke sis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 04:59 PM | Show all posts
chinta89 replied at 11-12-2017 04:26 PM
so semua retis semua akan dipanggil datuk?

dan bila panggil datuk semua org berpaling... sb ramai ...

yg ensem ja dapat betul2, kalau macam Boi Siamang kena beli pastu pose depan pagar istana.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowwww betui kaa, patutlaa lately ni DD makin lovey dovey dgn husband sheolls di IG....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:01 PM | Show all posts
abam paridku. x penah x ensem. love u!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 05:01 PM | Show all posts
Aduradura replied at 11-12-2017 04:59 PM
Wowwww betui kaa, patutlaa lately ni DD makin lovey dovey dgn husband sheolls di IG....

yezza..maybe nak gi umrah kot nanti derang
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:06 PM | Show all posts
Mengadap Tuanku negeri mane
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 11-12-2017 05:06 PM
Mengadap Tuanku negeri mane

Kemungkinan selangor or pahang
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:23 PM | Show all posts
okay farid kamil takpe...i approve...sbb dia mmg bagus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan dato lg ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:35 PM | Show all posts
bagi la sumber sikit,xkan main teka-teki je....adeh,katup kang
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 11-12-2017 04:59 PM
Wowwww betui kaa, patutlaa lately ni DD makin lovey dovey dgn husband sheolls di IG....

Dia berlovey sbb nak dpt datin? Sorry I tak boleh percaya DD hadap title datin. Kalau dgn kerabat pun dia tak nak. Koserrr DD kan western minded. Kalau org panggil dia Datin maunya dia montah hijo
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:47 PM | Show all posts
apa gosip mcm ni citer sekerat.dia pergi mengadap so so?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.094960 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list