Edited by cikgukafa at 11-12-2017 11:13 PM
lompat sikatak lompat
malam pertama tidur lokap
PENGANTIN DICEKUP KERANA MENGHALANG TUGAS POLIS MENANGKAP RAKANNYA ORANG YANG DIKHENDAKI
Polis menahan seorang pengantin lelaki selepas dia menghalang pihak berkuasa daripada menahan rakannya yang tersenarai sebagai individu dikehendaki dalam sebuah majlis perkahwinan di hotel di Alor Setar, malam tadi. Dalam kejadian 10 malam itu, polis menjalankan operasi bagi menahan lelaki berusia 38 tahun yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk kesalahan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, merusuh, curi serta dua kali ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor. Dia bagaimanapun dapat melarikan diri selepas pengantin lelaki bersama antara 30 hingga 40 rakan mereka menimbulkan kekecohan dan menghalang anggota polis daripada menahannya.
|