View: 2133|Reply: 7
|
[Tempatan]
Penyamun jujur di bangsar datang semula ke lokasi samun untuk menyerahkan ......
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Seorang penjenayah bertindak datang semula ke tempat yang disamunnya untuk memulangkan kad sim milik mangsa dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Maarof, Bangsar di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, suspek yang memakai topi keledar dan berjaket hitam datang ke kedai berkenaan dan melarikan telefon bimbit milik dua pekerja kedai berkenaan bersama wang tunai yang bernilai RM1,300.
Menurut seorang daripada mangsa, suspek bersenjatakan pisau pemotong daging masuk ke kedai berkenaan yang ketika itu tiada pelanggan.
“Selepas mengambil telefon bimbit dan wang tunai tersebut, suspek kemudian beredar.
“Namun kira-kira tujuh jam selepas itu, dia kembali ke kedai untuk memulangkan dua kad sim milik kami kepada rakan setugas yang lain,” katanya.
Mangsa berusia 24 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Travers, dekat sini pada pukul 4.45 petang.
Kejadian tersebut tular di media sosial dengan menunjukkan imej suspek serta dua rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
http://www.utusan.com.my/berita/jena...angsa-1.570520
|
|
|
|
|
|
|
|
Celaka punya penyamun..dah la muka macam fauzy Al qadry.
*Duit kalau dah time pagi pagi buta camtu Mana boleh simpan banyak2 dlm cash register khuens... |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu pagi2 memang takda duit cash banyak. Pekerja kena simpan terus terus kat tempat selamat... yang tinggal hanya duit modal sahajo... |
|
|
|
|
|
|
|
maybe penyamun ni semak kot awek cashier tu duk whatsapp2 tanya buat apa tu, kat mana, dah makan belum, yada yada... |
|
|
|
|
|
|
|
lahaNAT punya penCURIK superMARKET
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahha..konon nak tunjuk jujur sgt laa tu...bongok betul..ke saja nak ngorat awek tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jews News boleh buat lawak berita ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|