CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1174|Reply: 12

[Dunia] Letupan di terminal bas Manhattan, suspect utama berusia 27 tahun, Akayed Ullah

[Copy link]
Post time 12-12-2017 03:56 AM | Show all posts |Read mode

Pihak polis berkawal di terminal bas Port Authority, Manhattan, New York. - Agensi

NEW
YORK 11 Dis. - Satu letupan berlaku di terminal bas di Port Authority, Manhattan pagi ini namun pihak polis masih belum mengetahui punca kejadian tersebut.

Beberapa orang dilaporkan cedera manakala pihak polis dipercayai berjaya menahan suspek kejadian.

Jabatan Bomba bandar ini bergegas ke tempat kejadian di 42nd Street dan 8th Avenue manakala beberapa terminal laluan kereta api bawah tanah dikosongkan.

Jabatan Polis New York (NYPD) melalui Twitter miliknya memaklumkan, pihaknya telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak berhampiran Times Square namun setakat ini maklumat lanjut belum diperoleh.- Reuters

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/terk...#ixzz50yLK4Yrb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-12-2017 03:58 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 12-12-2017 04:00 AM

suspek Bangla katanya

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 05:15 AM | Show all posts
Kali ni terrorist dpt ditangkap hidop2 ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 05:16 AM | Show all posts
Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 05:16 AM | Show all posts
Tak sempat mampos pergi sorga kohkohkohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 06:21 AM | Show all posts
agenda pengganas kristian..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2017 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Set2 south asia ker? Naper diorang neh suka jadi babu tuk arab yea?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 07:00 AM | Show all posts
Masih hidup ye...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-12-2017 09:44 AM | Show all posts
bodoh bangla ni menyusahkan orang kat sana buat apa..
datang sini la cari makan kerja elok2..
back up pun besaarrr
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 10:03 AM | Show all posts
tak semestinya dia org Islam - lobai bodo

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 11:39 AM | Show all posts
Aduh jadi lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2017 07:56 AM | Show all posts
Pendatang Bangladesh bom Manhattan untuk Palestin
12 DISEMBER 2017

Rakaman CCTV menunjukkan bom yang dibawa Akayed Ullah meletup tanpa diaktifkan.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pengeboman di terminal bas utama di Manhattan, New York  yang gagal semalam didakwa didalangi seorang pendatang warga Bangladesh.
Menurut laporan Dailymail, bom paip yang dibawa Akayed Ullah, 27 meletup awal tanpa diaktifkan semasa suspek menggunakan laluan pejalan kaki bawah tanah diantara Port Authority menuju ke Times Square.
Akayed Ullah dibawa ke hospital
Ketika ditemui polis, Akayed yang terbaring selepas cedera akibat letupan bom pertama cuba mencapai telefon bimbitnya, dipercayai untuk mengaktifkan bom kedua.
Suspek kemudian dibawa ke hospital Bellevue dan disoal siasat.

Kata Akayed kepada penyiasat, dia mendapat inspirasi daripada kumpulan pengganas Daesh, selain kononnya 'mahu membalas dendam untuk rakyat Palestin'.
Selain itu, bom paip yang digunakan didakwa diperbuat dari sebatang paip, bateri, kepala mancis, gula, lampu pokok Krismas dan skru telah dihasil di tempat kerja Akayed.
Akayed Ullah
Dia juga mendakwa mempelajari cara membuat bom di internet.
Akayed direkodkan menerima status penduduk tetap Amerika Syarikat selepas berhijrah dari Bangladesh pada 2011 dan pernah bekerja sebagai pemandu teksi.
Sementara itu, pihak berkuasa mengatakan lokasi bom meletup bukan lokasi yang disasarkan suspek.
Siasatan masih dijalankan.

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.074637 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list