CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1828|Reply: 11

[Tempatan] Tanggang moden: Tujuh anak berebut harta RM4 juta

[Copy link]
Post time 12-12-2017 11:04 AM | Show all posts |Read mode
MELAKA – Seorang bapa berusia 82 tahun mendakwa tidak dipedulikan tujuh anaknya selepas kesemua harta miliknya termasuk tiga buah ste­sen minyak dan empat hektar tanah bernilai kira-kira RM4 juta dibolot oleh mereka.

Daut@Md. Kassim Jali, 82, berkata, pada awalnya kesemua harta yang diusahakannya sendiri sejak tahun 1969 itu diberikan secara suci hati atas dasar kasih dan sayang terhadap anak-anak, namun tidak menyangka dia akhirnya dipinggirkan keluarga selepas masing-masing memperoleh pendapatan lumayan.

Jelasnya, dia telah dihalang untuk pulang ke rumah sendiri untuk bertemu isteri pertama di Lubok China, Melaka manakala segala keuntungan hasil daripada perniagaan ketiga-tiga stesen minyak, hasil ladang kelapa sawit dan ladang ayam yang sebelum ini miliknya telah dinafikan haknya.

Ketujuh-tujuh anaknya itu, empat lelaki dan tiga perempuan yang berusia antara 41 hingga 58 tahun, merupakan anak bersama isteri pertamanya.

Isteri pertama Daut kini berusia 70 tahun manakala isteri kedua dalam lingkungan 60-an.

“Saya tidak sangka anak-anak tergamak memperlakukan saya sebegini. Malah walaupun saya menghidap penyakit angin ahmar dan memerlukan wang untuk rawatan, mereka tetap tidak mempedulikan saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 11:28 AM | Show all posts
masa kawin dua dulu, peduli tak kat anak-anak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 11:40 AM | Show all posts
4 juta habis je sekelip mata. duit tak berkat macam shukri ramlan dan hazizatun aishah mokhtar tipu duit orang ramai hampir berbelas juta ringgit enjoy duit mereka tipu orang ramai sampai anak sekor mampus sebab makan duit haram

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 11:43 AM | Show all posts
ni mesti ada hasutan2 dr anak2 isteri kedua suh ngungkit balik segala reta yg dah di bagi pada anak2 isteri pertama..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 01:32 PM | Show all posts
Yang ade bau2 ikan tu sbb beria pakcik ni puji 2nd wife & anak2 tiri die...

Anyway, sbgai anak sekurang kurang nya ambil berat kat ayah sendiri... elok lah die kawin baru ade yg tolong jagakan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
atas apa alasan  sekali pun anak anak ini tidak boleh mengabaikan tangungjawab membantu ayah sendiri.kalu ayah penganut agama lain pun anak kena buat baik pd nya dan bukan buat musuhn.alasan ayah dah ada keluarga lain pun tidak mengugurkan kewajipan anak anak kandung terhadap ayah nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2017 03:41 AM | Show all posts
eh lubuk cina melaka, so orang kampung nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-12-2017 11:28 AM
masa kawin dua dulu, peduli tak kat anak-anak?

Peduli la sbb tu reta seme dpt ke anak2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 11:19 PM | Show all posts
akusukaq replied at 12-12-2017 01:38 PM
atas apa alasan  sekali pun anak anak ini tidak boleh mengabaikan tangungjawab membantu ayah sendiri ...

https://mforum.cari.com.my/forum ... page%3D1&page=5

cuba baca komen yang @popow tepek... anak2 tak pernah lupakan cuma keluarga bini sama anak2 tiri yang jahat merembat segala harta... bulan2 anak2 ada bagi duit banyak tapi sekelip mata je abeh kat bini kedua n anak2 tiri yang tak bekerja...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 11:20 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 12-12-2017 01:32 PM
Yang ade bau2 ikan tu sbb beria pakcik ni puji 2nd wife & anak2 tiri die...

Anyway, sbgai anak se ...

https://mforum.cari.com.my/forum ... page%3D1&page=5

cuba baca komen yang @popow tepek... anak2 tak pernah lupakan cuma keluarga bini sama anak2 tiri yang jahat merembat segala harta... bulan2 anak2 ada bagi duit banyak tapi sekelip mata je abeh kat bini kedua n anak2 tiri yang tak bekerja...

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 13-12-2017 03:41 AM
eh lubuk cina melaka, so orang kampung nampaknya.

Org2 kat situ pakai bahasa Nogori kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 11:24 PM | Show all posts
ni benang no brp ni..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.507149 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list