CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 984|Reply: 8

[Dunia] Jadi jutawan pada usia 6 tahun kerana kebolehannya membuat ulasan pelbagai maina

[Copy link]
Post time 12-12-2017 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 12-12-2017 03:52 AM

Jutawan Pada Usia 6 Tahun

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/12/12/ryan-kaya-ulas-mainan/

Diterbitkan: Selasa, 12 Disember 2017 11:25 AM



USIANYA baru mencecah enam tahun, tetapi akaun banknya bertambah £8.2 juta setahun.

Keistimewaan budak lelaki ini semata-mata pada kebolehannya membuat ulasan pelbagai mainan kanak-kanak menerusi YouTube.

Nilai Ryan Toys Review mencapai AS$11 juta selama setahun mulai Jun 2016, demikian menurut Forbes.

Malahan, kanak-kanak ini juga tersenarai di tempat ke lapan sebagai penerima bayaran tertinggi YouTube tahun lalu.

Tentunya keluarga Ryan gembira dengan pencapaiannya  selepas memulakan saluran YouTube pada 2015 ketika berusia tiga tahun.



Ibunya, Loann yang juga bekas guru telah mengambil keputusan berhenti kerja dan mula menguruskan akaun anaknya.
Sehingga kini, Ryan mempunyai 10 juta pengikut.

Ryan mula berminat mengulas mainan kanak-kanak selepas menyaksikan banyak video mengenainya.

"Pada satu hari dia bertanya pada saya, "Kenapa saya tidak ada di YouTube seperti kanak-kanak lain?

"Mulai saat itu juga Ryan dibawa ke kedai untuk membeli set kereta api Lego dan dia mengulasnya," kata ibunya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank fav tgk ni kat youtube. Mmg best bdk tu uls..kadang2 parents dia siap bantu lg demo mcm ner nak main...
Mula2 kagum gak..rajin parents dia beli mainan slalu..oo...rupanya dah jd kerja dia plak
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 01:48 PM | Show all posts
Cth video
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 10:15 AM | Show all posts
Hanya kanak2 paling effective nak terangkan macam mana sesuatu permainan tu dimainkan kepada kanak2 yang lain.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 10:28 AM | Show all posts
untunglah dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 10:28 AM | Show all posts
untunglah dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2017 10:36 AM | Show all posts
mak ryan ni rajin buat video. kadang apaknya. tak lama lagi adik pompuan kembar dia pulak mesti buat jugak tunggu besar sikit. anak akak dari awal dia buat video dulu follow.

makcik dia yg perasan princess tu pun sibuk la buat jugak channel sendirik.

rumah dorang besar woooooo
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 01:25 PM | Show all posts
budak ni mix ape? comel weh dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 01:28 PM | Show all posts
kira mcm salesman versi kanak2 la ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.199328 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list