CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23753|Reply: 181

[Dunia] Bapa Dakwa Anak Jutawan 'Lupa Daratan'

[Copy link]
Post time 12-12-2017 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Bapa Dakwa Anak Jutawan 'Lupa Daratan'

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/12/12/bapa-saman-anak/

Diterbitkan: Selasa, 12 Disember 2017 9:30 AM



MELAKA: Seorang bapa yang mengalami angin ahmar, memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya selepas masing-masing didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagaimana seorang anak terhadap ayah.

Daut @ Kassim Jali, 84, yang memiliki tujuh orang anak sebelum ini berstatus jutawan apabila dikatakan memiliki tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam serta beberapa aset lain yang kesemuanya bernilai lebih RM4 juta.

Bagaimanapun, menurut Daut, setelah kesemua aset yang diusahakannya itu sejak 1970-an tersebut diagih-agihkan kepada tujuh anaknya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan, lain pula jadinya.

Dia mendakwa, kesemua anaknya bukan sahaja 'lupa daratan' malah turut mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya sehingga terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada anak-anak tiri serta isteri kedua yang kini tinggal di Masjid Tanah.

“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya kini.

“Saya tidak mahu mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma melahirkan perasaan kecewa, macam ini balasan mereka kepada saya," katanya.

Menurutnya, anak-anaknya dua tahun tidak menjenguknya, bahkan ketika mengerjakan umrah sebelum ini pun tidak datang berjumpa.

“Ingat lagi satu ketika sewaktu kereta habis minyak, saya ke stesen minyak yang diusahakan anak tetapi tidak diendahkan. Anak saya tak bagi saya isi minyak. Dua jam saya tunggu, dimakinya pula. Padahal stesen itu saya yang usahakan dulu,” katanya sambil menahan sebak ketika  tampil mengadu di Pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) negeri di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini, Isnin.

Sementara itu, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin berkata, tiga tahun lalu, Daut pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan berjaya memperolehi hak untuk menguruskan ladang ternakan ayam di atas dua lot tanah.

“Malangnya pada September lalu, anak-anaknya mengambil kedua-dua lot tanah tersebut dan juga perniagaan ayam menyebabkan beliau kini tiada lagi sumber kewangan.

“Sedangkan pada masa kini beliau terpaksa membeli keperluan makanan, ubat-ubatan, lampin pakai buang serta perbelanjaan lain yang kesemuanya berjumlah hampir RM4,000.

“Justeru, dia akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, di dalam situasi ini, ketika usia ayah berkenaan sebegitu rupa, malah kesihatan yang tidak mengizinkan tidak sepatutnya anak-anak ketepikan bapa yang sudah banyak berjasa selama ini.

“Selama ini ayah telah berkorban untuk meningkatkan ekonomi anak-anak dengan tanpa usaha anak itu sendiri.

“Hari ini dengan berlandas usaha ayah, anak-anak ini berjaya di dalam bidang perniagaan masing-masing. Apa salahnya memberi sedikit sumbangan bulanan pada ayah?,” tegasnya.- Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 11:55 AM | Show all posts
cash la pacik. ni mesti jnis manjakan anak pastu poyo dg pkrja sndri ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 11:56 AM | Show all posts
biadap punya anak.. klu harta dapat sendiri xpelah nk tamakkk..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya i follow cerita ni.
diaorg marah and mintak pbahagian harta since ayah diorg kawen lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ayah tu bermurah hati boleh pulak x sedar diri memasing
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:13 PM | Show all posts
Kena dengar citer dua2 belah pihak dulu baru boleh nak kata apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2017 12:26 PM | Show all posts
" mengharapkan belas ihsan daripada anak-anak tiri serta isteri kedua yang kini tinggal di Masjid Tanah."


maybe sebab ni la kot anak-anak dia marah kat dia.. pastu buat cenggitu. but never a valid excuse to treat your own father that way.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:32 PM | Show all posts
Edited by momomikomiki at 12-12-2017 12:34 PM

kena dengar cerita dari dua2 pihak...mesti ada sebab anak2 hilang respek kat bapa
mana bini pertama pakcik ni?  
anak2 pun kena pikir jgk korg pun akan jadi tua xtakut ke what goes around comes around
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 12-12-2017 12:13 PM
Kena dengar citer dua2 belah pihak dulu baru boleh nak kata apa

Yes. Kena dgr cerita dua belah pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:34 PM | Show all posts
ape lah yg pak cik ni pernah buat dlu smpi anak2 abaikan mcm ni.....
kene dgr citer both side kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:35 PM | Show all posts
nak dengar cerita anak dulu.
tapi bila tengok muka atok ni kat pic atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada sebab ank2 jd camtu
Sebab tamak kah
Sebab marah kah
Xpuas ati bapa kahwin lain kah
Kita tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:41 PM | Show all posts
setelah berbini baru then anak2 minta pembahagian harta serta merta sbb takut jatuh ke tangan mak tiri? dah dapat lepas tu apaknya dibiarkan begitu saja?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Melaka dan harta pusaka memang tak dapat dipisahkan...over sgt hadap semua be da tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 12-12-2017 01:26 PM
bambimo replied at 12-12-2017 12:05 PM
rasanya i follow cerita ni.
diaorg marah and mintak pbahagian harta since ayah diorg kawen lain


ayah kawen lain bukan alasan utk anak anak ambik harta miliknya. atas alasan apa pun anak tak de hak ambil harta ayah yg maseh hidup.lain le dah jadi pesaka .sungguh memalukan bila kesah ini dihebahkan. mana lah keluarga ini nak letak  muka ya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:48 PM | Show all posts
bambimo replied at 12-12-2017 12:05 PM
rasanya i follow cerita ni.
diaorg marah and mintak pbahagian harta since ayah diorg kawen lain

iols pun rasa kes nie mesti berkaitan dgn keluarga baru pakciknya. kalau tak masakan semua anak kandungnya tergamak membiarkan ayahnya mcm tu saja. adalah benda yg pakcik tu buat sampai anak2 kandung nie tk puashati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Atau adakah segala harta yg diusahakan adalah bawa nama ibunya? Xkan ank bleh menang utk ambil tanak ternakan ayam jika bapanya masih ada? Sbb apa bleh?

Kisah pelik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:55 PM | Show all posts
tak kira atas apa alasan anak anak pakcik ni tak patut buat macam tu... lgpun harta tu atas usaha pakcik ni sejak dari dulu... apa hak anak nak rampas harta bapak dia sendiri... mohon kifarah bertimpa - timpa buat anak yang buat ayahnya macam nih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:57 PM | Show all posts
pakcik ni la owner stesen shell kat pekan kuala sungai baru tu.. dah la kat pekan tu, dia sebijik je pam minyak yang wujud.. confirm masyukkk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalah yang anak2 kandung marah sangat kat ayhnya tu sampai kereta ayah tak berminyak pun dia biarkan je. Camanapun tu ayah kandung buruk baik kena la tanggung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.378149 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list