CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1584|Reply: 3

Malaysia Ibarat Keluarga Kedua Saya –Lewis Hamilton

[Copy link]
Post time 12-12-2017 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia keluarga kedua saya –LEWIS HAMILTON

Perlumbaan Formula 1 musim ini melabuhkan tirainya Ahad lalu di Abu Dhabi.


Lengkaplah perlumbaan di kesemua 20 lokasi yang menyaksikan Lewis Hamilton dari Pasukan Mercedes AMG Petronas selaku Juara Dunia buat kali ke-4 selepas 2008, 2014 dan 2015.


Sebagai menghargai keluarga Petronas yang menjadi antara tulang belakang pasukan Mercedes sebagai pembekal dan pembina formula teknologi bendalir, Lewis Hamilton meluangkan masa bersama mereka di Suria KLCC.


Menjelang musim depan, Hamilton percaya cabaran berbeza menanti pasukan.


Malaysia keluarga kedua saya –LEWIS HAMILTON


Pastinya pasukan saingan akan menambah baik enjin jentera termasuk membina formula bahan api yang baru.


Malaysia sentiasa istimewa di hati pelumba kelahiran Britain ini kerana sokongan yang diberi peminat di sini.


Tambah Hamilton, berakhirnya perlumbaan Formula 1 di Sepang tahun ini memberi pelbagai emosi kepada beliau.


Namun beliau berjanji akan mengharumkan nama Malaysia dengan membawa nama Petronas di setiap  perlumbaan musim akan datang.



Malaysia keluarga kedua saya –LEWIS HAMILTON


10 FAKTA TENTANG LEWIS HAMILTON


1. Dilahirkan pada 7 Januari 1985
2. Pandai bermain Kriket dan Bola Sepak
3. Ungu warna pilihan
4. Suka mendengar muzik dan pernah menulis lagu
5. Pernah bercinta dengan penyanyi utama PUSSYCAT DOLLS, Nicole Scherzinger
6. Dipilih menyertai McLaren Drivers Development Support Programme pada tahun 1998 ketika berusia 13 tahun.
7. Mula berlumba dalam Formula 1 pada tahun 2007 sebagai pelumba kedua Mc Laren
8. Tahun yang sama menamatkan musim di tempat ke-2 keseluruhan sebagai pelumba termuda dalam sejarah
9. Berusia 23 tahun ketika meraih gelaran Juara Dunia buat kali pertama pada tahun 2008
10.Sudah mengumpul 53 gelaran juara GP dan nilai wang tunai yang dimenangi mencecah 88 juta Pound - CARI



Malaysia keluarga kedua saya –LEWIS HAMILTON
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 08:59 PM | Show all posts
hahaha muka sebiji macam remy ishak bila rambut dia macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 09:53 AM | Show all posts
mane nicole lewis oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 10:13 AM | Show all posts
Tahun depan Shell sponsor Lewis kata Belanda plak keluarga kedua dia!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049987 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list