CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 5

[Tempatan] Jangan bersungut durian mahal, gurau duta China

[Copy link]
Post time 12-12-2017 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Jangan bersungut durian mahal, gurau duta China

https://www.malaysiakini.com/news/405179

Hari ini, 1:52 pm      Hari ini, 2:17 pm



Raja buah durian menjadi isu baru-baru ini selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau bertanggungjawab atas eksport durian ke China.

Hal ini menyebabkan pengkritik menuduh beliau punca harga durian melonjak di Malaysia.

Bercakap dalam suatu majlis jamuan makan malam, Duta Besar China ke Malaysia yang baru, Bai Tian menyebabkan hadirin tertawa apabila beliau bergurau rakyat Malaysia tidak patut bersungut berkenaan harga durian yang mahal.

Beliau berkata rakyat Malaysia malahan perlu melihat isu ini daripada segi positif dan berusaha bagi meningkatkan penanaman durian yang bermutu tinggi bagi tujuan eksport bagi mengembangkan ekonomi.

Menurut Oriental Daily News, Bai berkata China sedang berkira-kira untuk menambahkan import produk Malaysia seperti minyak sawit, sarang burung dan durian yang disejukbekukan.


Mahu import durian segar

Beliau berkata terdapat juga perbincangan kemungkinan mengimport durian segar, termasuklah jenis 'Musang King' yang hanya tersedia dalam bentuk sejuk beku di China.

Bai menambah setakat ini, China mengimport durian segar dari Thailand.

Majlis makan malam itu anjuran persatuan-persatuan Cina Malaysia.

Bulan lalu, Najib berkongsi kisah durian pada sidang pemimpin Asia-Pacific Economic Cooperation (Apec) di Vietnam yang mengundang tawa dan tepukan hadirin.

"Durian seperti kaviar buat kami. Rasanya sungguh sedap, tapi baunya tak digemari," kata beliau.

Najib berkata durian pernah dijual RM4-RM5 sekilo tetapi melonjak naik harganya dengan para pembeli di China yang sanggup membayar sehingga RM130 sekilogram.

China sangat sukakan durian lebih lagi dari negara lain, kata perdana menteri lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 03:03 PM | Show all posts
dah boleh bertukar dah, dulu getah bertukar ke sawit sekarang sawit bertukar ke durian
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 03:17 PM | Show all posts
satu je isu durian, takut lepas 9 tahun tanam tetiba kt china boleh tanam durian

pekara ni pernah berlaku pada tanaman gaharu di filipina, kemboja , thailand.  tanaman komiditi di hapuskan gantin tanaman gaharu. bila nak jual pasaran tepu dan tiada pembeli.

ada dua game boleh buat :
> beli ladang durian usia 4 tahun
> tanam ladang durian usia 4 tahun jual dengan tanah sekali.

yang terbaik tanam sawit, sawit tanaman komiditi merupakan keperluan seharian.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta baru china ni mcm byk beza drp duta dulu yg cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 03:38 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-12-2017 03:17 PM
satu je isu durian, takut lepas 9 tahun tanam tetiba kt china boleh tanam durian

pekara ni p ...

tanah utk makan & tempat berkumpul dihari tua....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 03:46 PM | Show all posts
pulauturtle replied at 12-12-2017 03:33 PM
Duta baru china ni mcm byk beza drp duta dulu yg cerdik

duta ahmad maslan ke? kalau durian mahal tanam kangkung
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059820 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list