CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4866|Reply: 24

Pelancong Malaysia, Paling Ramai Suka Rancang Last Minute! Patutlah...

[Copy link]
Post time 12-12-2017 03:30 PM | Show all posts |Read mode








Anda suka melancong/mengembara?
Destinasi yang diingini?
Berapa lama persiapan untuk melancong?

Jawapan yang diterima mungkin,
‘Ya, saya suka melihat keindahan alam.’
‘Saya teringin nak ke UK, tapi ekonomi Malaysia tak bagus, so ke Langkawi ja ya,’

‘Oh! Persiapan cuma dua minggu, yang penting sampai di sana.’

Jika ia yang terlintas di fikiran anda, maka anda tidak keseorangan kerana kajian trend tempahan Agoda bagi tahun 2015-2016 menunjukkan bahawa pelancong Malaysia merancang dan menempah percutian mereka kurang dari sebulan (24.4 hari) sebelum tarikh berlepas – ini mungkin menyebabkan mereka terpaksa berbelanja lebih untuk percutian.

Pelancong Malaysia – Suka Last Minit Plan ( 5 Terbawah)



Berbeza dengan pelancong Hong Kong yang merancang dan menempah percutian mereka dua kali lebih awal (49.4 hari berbanding pelancong Malaysia)

TOP 5 / Peratus
Hong Kong  49.4
Russia 46.4
Australia  44.3
Taiwan  43.3
United Kingdom  37.2

Malaysia pula menduduki carta 5 terbawah bersama tiga negara Asia lain membuatkan percutian lebih mahal.

Tapi ia tetap tidak mengalahkan Arab Saudi yang lebih lambat merancang (faktor kekayaan Pak Arab barangkali menyebabkan mereka tiada masalah membayar lebih)

Bottom 5 / Peratus
Malaysia 24.4
India 21.7
Vietnam 18.7
Indonesia 18.0
Saudi Arabia 16.9


Pelancong Malaysia – suka last minit plan ( 5 terbawah)


Pelancong Malaysia adalah perancang percutian yang paling lambat di dunia menyebabkan mereka tidak berkesempatan untuk meraih tawaran terbaik.

Malahan satu kaji selidik mendapati 75% pelancong Malaysia berkata mereka lebih suka menghabiskan masa mereka meneroka destinasi percutian tempatan dan bukannya melancong ke luar negara.


Pelbagai faktor yang menjadi punca mengapa majoriti rakyat Malaysia lebih suka bercuti di dalam negara berbanding negara luar. Pastinya faktor utama adalah keadaan mata wang Malaysia yang lebih rendah jika dibandingkan dengan negara luar (seperti Eropah, Australian, Jepun malahan mata wang Singapura sendiri lebih mahal berbanding ringgit Malaysia iaitu 1 SGD = RM3.03.)



Sebanyak 20 negara dianalisis dalam senarai kajian tempahan percutian oleh Agoda. Ia meliputi negara mana yang gemar menghabiskan cuti dekat dengan tempat tinggal, negara yang suka menempah ‘last minute’ dan siapa yang lebih serius merancang percutian.

Bagaimanapun usah risau, tidak semestinya statistik ini dijadikan kayu ukur dalam menentukan ‘last minit’ atau tidak kerana hanya warga setiap negara itu sahaja yang berhak menentukan. - CARI

Pelancong Malaysia – suka last minit plan ( 5 terbawah)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 04:19 PM | Show all posts
ade budget bo rancng awal.........
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 04:22 PM | Show all posts
Tapi I bukan dalam kategori ni

Selalunya rancang at least 1 tahun ahead sebab nak cari flight and hotel yang murah. Contohnya, Insya Allah nak g Japan end of the year, I dah beli tiket ni dari  oktober 2016 lagi. Begitu juga dengan book hotel.

Untuk next year, I dah siap2 beli flight tiket dan dah book hotel
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 04:50 PM | Show all posts
last minit kadang2 agoda leh dpt hotel 5 star dgn harga berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Booking kot agoda leh dapat harga murah ke?

Bukan ke leh dapat lagi murah kalau booking direct kat website hotel tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 09:31 PM | Show all posts
Klu melancong jauh iolls merancang lebey kurang 3months ahead laaa...klu dlm negara mabey la btw 1-2 mons gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2017 11:01 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 12-12-2017 05:13 PM
Booking kot agoda leh dapat harga murah ke?

Bukan ke leh dapat lagi murah kalau booking direct ka ...

ikut nasib
to be safe kne tgk mcm2 website sebelum decide nk beli
kadang2 trivago offer lagi murah dari agoda or expedia even trivago tu nnti direct link ke website yg kite nak tu jgk
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 12:00 PM | Show all posts
Kadang2 susah jugak nak salahkan dia orang kenapa tak perancang percutian awal.  Salah satunya kerana kekangan kerja.  Ada sesetengah majikan susah nak bagi cuti awal2 hingga kadang dah last minit baru cuti mereka diluluskan. Satu lagi sebab adalah kemampuan kewangan.  Kalau tabung untuk melancong belum penuh susah ler mereka nak bercuti awal.  Kalau bercuti dalam negara mungkin masih ok tapi kalau merancang untuk keluar negara perbelanjaan yang lebih harus disediakan.  Sebab tu kebanyakan memilih untuk melancong pada hujung tahun sebab selalunya hujung tahun kebanyakan mereka dah mendapat bayaran bonus dari majikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2017 01:35 PM | Show all posts
uda replied at 12-12-2017 04:22 PM
Tapi I bukan dalam kategori ni

Selalunya rancang at least 1 tahun ahead sebab nak cari flight a ...

Wah! Boleh admin tahu u nak ke mana?

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:32 PM | Show all posts
I mengaku I termasuk dalam category ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:54 PM | Show all posts
aku kalau pi dgn kawan2 slalunya plan 1-2 bln...sama jugakla kalau pi dgn hubby
yg penting duit kena ada...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:56 PM | Show all posts
aku takdanya nak plan last minute
kalau oversea trips at least 6 months before
kalau local trip tu sebulan/dua before
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lips mmg alergic prepare last minute, mmg penyakit diri.. selalunya setahun awal dah start survey2 info.. draft route/iti, sebab dlm tempoh 2-3 bulan lepas tu mmg akan ada adjust sana sini. Lepas buat route/iti, survey accommodations.. yg mana free cancellation, lips booked jer awal2.. then survey transport intercity pulak.. carik the cheapest la... flight tix lips beli 6 - 7 bulan awal, esp bila ada promo la. Once tix dah beli mmg terus submit cuti kat boss.. approved ke tidak jgn fikir lagi, janji dah bgtau dia awal2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 09:52 PM | Show all posts
Cari-Azza replied at 15-12-2017 01:35 PM
Wah! Boleh admin tahu u nak ke mana?

InsyaAllah nak gi Hokaido 23 hb ni. Ni memang dah beli tiket dari tahun lepas lagi. Begitu juga masa g London akhir april lalu, tiket dah beli tahun 2016 lagi. Masa sale Emirates.
Tahun 2018, Feb nak gi Korea dan Mac nak g vietnam.
Dalam perancangan ialah Europe



Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 12:08 AM | Show all posts
me antara msian yg plan last min for travel.. 3 trip europe sume plan within  1 month sebelum start fly,   tket pulak paling awal beli 2 bulan sebelum fly..  kelam kabut sket last min planning ni if involve visa  or travelling  days tu lama yg lebih seminggu or cover banyak tmpt.. pening nk susun route
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya x termsuk dlm kajian tu,  SEbabnya sy bukan jenis last minute.  Amik masa setahun sblum travel,  Beli tiket flight setahun sblum, rancang perjlanan 10-9buln sblm,  6 bln sblm bli connecting flight, 3buln sblm booking hotel2, 2 bln sblm beli transport pass n tiket2 msuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sherry70 at 16-12-2017 09:46 AM

kalau trip jauh saya   siap kan flight ticket n train tickets 6-7 bulan awal  , kalau area Asia-Asean 1
bulan plan . room pulak 1-2 bulan nak pergi baru book .now  nga  plan trip this coming  autumn ke north & south america
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak termasuk dlm golongan last minute. Sekurang kurang setahun sebelum dah buat preparation. Blh dpt tiket, tempat penginapan dgn harga murah. Ada dua kali dpt duduk *4 hotel di Auckland dgn harga RM330. Tkt pi London dpt rega RM2505 return beli awal masa promosi
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka plan travel awal at least setahun..so boleh buat research dulu. Masa ni jgk tukar rm ke usd siap2 & simpan awal. Bila beli tiket flight awal, lagi fokus nk simpan duit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 16-12-2017 03:35 PM
Suka plan travel awal at least setahun..so boleh buat research dulu. Masa ni jgk tukar rm ke usd sia ...

setuju. Kita org pun buat mcm ko buat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.088392 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list