CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 877|Reply: 14

[Tempatan] Rafizi silap besar

[Copy link]
Post time 12-12-2017 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 12-12-2017 04:26 PM

Amalan politik kebencian....
Cara Rafiji menanam kebencian rakyat kepada musuh politiknya untuk mendapat sokongan
Mana2 rakyat yg mudah diperdaya dan diperbodohkan olehnya akan memberi sokongan kpd rafiji...itu cara dia berpolitik....
termasuklah sama-sama menanggung bayar saman fitnahnya...
Buat andaian, buat tuduhan......betul atau tidak, itu belakang kira.....
baginya sudah baik...jika 1000 orang dpt disampaikannya dan 500 orang dapat pengesahan apa yg disampaikannya itu salah, sekurang2nya
500 orang lagi sudah berjaya dibohongi.





'Rafizi silap besar, bukan abang saya yang dapat kontrak'
11 Dec 2017, 5:50 pm      11 Dec 2017, 8:51 pm

  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kerana mendakwa kontrak penganjuran Ekspo Negaraku diberikan kepada abangnya.
Rahman berkata, Rafizi telah membuat kesilapan besar dengan mendakwa individu bernama Raslan Dahlan sebagai abangnya.
"Saya dimaklumkan mengenai sidang media Rafizi hari ini yang menuduh saya melantik abang saya sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.
"Rafizi mengatakan dia telah membuat penyiasatan dan penyelidikan dan dengan mempunyai bukti bahawa saudara Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Ekskutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd, adalah abang kepada saya.
"Rafizi silap besar. Raslan Dahlan bukan abang saya. Rafizi berniat jahat," katanya di Twitter.
Rafizi hari ini menyiarkan kenyataan media di blognya bertajuk: "Penganjuran Ekspo Negaraku diuruskan oleh syarikat milik abang Rahman Dahlan".
Kenyataan itu telah dipadam.
Program yang diadakan di Dataran Merdeka itu bertujuan memaparkan pencapaian kerajaan selama ini. Ia diuruskan PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd dan dianjurkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang berada di bawah Abdul Rahman.
Salah seorang pemegang saham syarikat itu bernama Raslan Dahlan.
Rahman menyifatkan Rafizi sebagai "pembohong tegar bersiri" dan menggesa Pakatan Harapan "mengarahkan beliau untuk menutup mulut".
Raslan lebih kacak
Pada sidang media di Expo Negaraku, Dataran Merdeka kemudian, Rahman maklum yang Rafizi telah memadamkan rakaman sidang media yang disiarkan secara langsung itu.
"Sebab dia tahu yang dia salah, memfitnah. Agaknya dia dapat maklumbalas daripada orang ramai yang Raslan bukan abang saya, lalu cepat-cepat padamkan video dan twitnya.
Namun, kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu lagi, dia sempat mengarahkan pekerjanya untuk memuat turun video tersebut dan tangkap layar (screenshot) posting Facebook dan Twitter Rafizi sebagai bukti.
image: https://i.malaysiakini.com/1193/ ... bde0b43954731a.jpeg

Ketika sidang media, dia turut memainkan semula rakaman tersebut secara penuh. Turut hadir adalah Raslan Dahlan, individu yang dikatakan sebagai abangnya.
Beliau sekali lagi menafikan perkara itu, dan berseloroh yang Raslan "lebih kacak daripadanya".


Rahman berkata tidak mengenali Raslan sebelum syarikatnya dilantik sebagai pengurus Ekspo Negaraku.
"Jika tidak tahu perkara sebenar, mereka akan terpengaruh dengan pembohongan bersiri Rafizi jika melihat bahasa badan, cara bercakap dan penyampaiannya.
"Inilah Rafizi, saya tak tahu berapa kali dia perlu berbohong kepada rakyat Malaysia untuk membantah (kerajaan)," katanya lagi.
Ketika diminta menjawab gesaan Rafizi agar mendedahkan kos penganjuran ekspo tersebut serta dakwaan ia tidak diberikan melalui tender terbuka, Rahman berkata beliau akan menjawabnya kemudian.
"Rafizi kata akan buat satu lagi sidang media esok...saya nak tengok apa lagi pembohongannya," katanya lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 04:59 PM | Show all posts
Saman je rapussy gumuk tu, jangan tunggu hari selasa lagi........rapussy ni yg diagung-agungkan dek lobai bodo @dodolgemokgila   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2017 05:23 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 12-12-2017 04:59 PM
Saman je rapussy gumuk tu, jangan tunggu hari selasa lagi........rapussy ni yg diagung-agungkan dek  ...

jika saman pun rafiji tak kisah..
sebab ada rakyat yg sanggup bersubahat sama-sama derma utk bayar saman fitnah rafizji

makin mengalakkan si rafiji utk sebarkan berita2 fitnah...sebab ada sebahagian rakyat yg seronok dgr citer2 rafiji...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 05:25 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 12-12-2017 04:59 PM
Saman je rapussy gumuk tu, jangan tunggu hari selasa lagi........rapussy ni yg diagung-agungkan dek  ...

dodol klau puak pukutan... kompom sonyap... cuba jamal tongkol ka... kompom die mai  
dah2 la lapuiji kaki pitnah... tak kira sapa pun klau salah tu salah le.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 12-12-2017 04:59 PM
Saman je rapussy gumuk tu, jangan tunggu hari selasa lagi........rapussy ni yg diagung-agungkan dek  ...

Berani ke nak saman dek? Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 06:22 PM | Show all posts
SAMAN jelah, tak payah tunggu hari Selasa..........  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2017 06:24 PM | Show all posts
rashiman replied at 12-12-2017 05:23 PM
jika saman pun rafiji tak kisah..
sebab ada rakyat yg sanggup bersubahat sama-sama derma utk baya ...

Alasan yg bodoh. Tak saman kerana tau segala rahsia akan terbongkar


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2017 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rashiman at 12-12-2017 08:24 PM
dodolgemokgila replied at 12-12-2017 06:19 PM
Berani ke nak saman dek? Kahkahkah

dah sah berbohong...jadi tak perlulah saman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 07:04 PM | Show all posts
gila, buat fitnah tak agak2 punya ahli PKR

habis kuyup penyokong tiap hari kena kincing

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 07:15 PM | Show all posts
dodolgemokgila replied at 12-12-2017 06:19 PM
Berani ke nak saman dek? Kahkahkah

kau ni memang pro fitnah kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2017 08:30 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 12-12-2017 06:24 PM
Alasan yg bodoh. Tak saman kerana tau segala rahsia akan terbongkar



nie...bila nak jawab...rafizi bayar rafizi..

itu belum lagi jadi menteri....
PH....Carilah pemimpin lain..


Rafizi bayar Rafizi, dakwa pembantu Rosmah
27 Sep 2017, 11:57 am      27 Sep 2017, 12:30 pm


ULASAN l Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya pada 24 September lalu berhubung perkara nombor 5 menjawab seperti berikut tentang persoalan mengenai kakitangan Invoke:
“Kakitangan Invoke menandatangani kontrak perjawatan dengan sebuah syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd.
KEIP Resources Sdn Bhd pula menandatangani satu perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan Invoke dari semasa ke semasa. Kontrak perjawatan kakitangan dimuktamadkan begini dengan mengambil kira perkara-perkara bersabit undang-undang buruh dan perkara-perkara lain”.
Soalan tambahan saya kepada Rafizi hari ini; kontrak perjawatan kakitangan dimuktamad begitu kerana mengambil kira undang-undang buruh atau taktik Rafizi mahu mengalihkan duit yang disumbangkan orang ramai ke dalam Invoke untuk dibawa ke syarikat sendiri ?
Dalam bab membohong orang ramai dan memfitnah saya terpaksa memberi tabik hormat kepada dia. Kepakaran dia berbohong dan berimaginasi berada di luar jangkauan pemikiran manusia normal.
Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah dia bersama-sama PM dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini. Dia memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York.



Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut. Kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun.
Berbalik kepada kisah KEIP dan Invoke.
Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64, dari Mac hingga September 2017.
Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh tujuh bulan itu.
Mengikut senarai itu juga, menunjukkan Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai. Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10 .
Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.
Siapakah KEIP Resources Sdn Bhd?
Inilah bahagian yang agak menarik.
Alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Bagaimanapun berdasarkan slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP Resources beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke.
Semakan juga mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.
Milik siapakah KEIP Resources Sdn Bhd?



Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama Mohd Rafizi bin Ramli (foto). Yang memegang sebanyak 10,050 saham. Individu yang bernama Mohd Rafizi bin Ramli yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam Invoke Solutions sdn Bhd. Iaitu sebanyak 250,000 saham.
Kesimpulannya apa?
Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya.





Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 12-12-2017 06:39 PM
dah sah berbohong...jadi tak perlulah saman

Xberani lettewww takut kalah kan kan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 12-12-2017 07:15 PM
kau ni memang pro fitnah kan?

Kalau fitnah saman la. Takut kan kan kan? Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 10:12 AM | Show all posts
dodolgemokgila replied at 13-12-2017 08:01 AM
Kalau fitnah saman la. Takut kan kan kan? Kahkahkah

fizi tu dah berapa banyak kali dah kalah saman fitnah
sampai dah takde duit dah

kaki fitnah la kan

ari tu kalah fitnah, sampai minta rakyat macam ko tolong bayarkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 11:52 AM | Show all posts
y belah kiri tu ke raslan? haramjadah tak kacak langsung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.081723 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list