Trump berhasrat hantar angkasawan kembali ke bulan
12 DISEMBER 2017
Foto sumber airandspace
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS) mahu memulakan kembali program pengembaraan angkasa lepasnya dengan menghantar angkasawan ke bulan dan ke planet Marikh. Menurut laporan CNN, Donald Trump memberikan kuasa kepada Pentadbir NASA, Robert M. Lightfoot Jr untuk mengetuai program pengembaraan angkasa lepasnya.
Trump membuat pengumuman tersebut ketika bersama-sama dengan para pesara angkasawan dalam satu majlis tandatangan.
Trump mengatakan inisiatif tersebut sebagai langkah awal untuk 'mewujudkan pengkalan asas di bulan dan seterusnya ke planet Marikh dan mungkin ke lebih banyak planet'.
"Arahan yang saya tandatangani hari ini akan memfokus kembali kepada program angkasa lepas AS terhadap pengembaraan dan penemuan," ujar Trump di White House.
Kali terakhir angkasawan AS mendarat di bulan adalah pada 11 Disember 1972 menerusi misi Apollo 17.
|