Budak dirogol, disumbat kayu 24sm
12 DISEMBER 2017
Keluarganya enggan melakukan upacara membakar mayat mangsa sehingga pelaku tidak berperikemanusiaan itu ditangkap.
NEW DELHI - INDIA. India sekali lagi digemparkan dengan insiden rogol kejam menjelang ulang tahun kelima memperingati Nirbhaya yang diperkosa bergilir-gilir sebelum dibunuh dengan kejam di ibu negara. Media tempatan melaporkan kejadian terbaru itu melibatkan mangsa berusia 6 tahun di Haryana yang dipercayai dirogol dan diseksa tanpa perikemanusiaan hingga mati. "Laporan bedah siasat tersebut menyebut doktor turut menemui kayu sepanjang 24 sentimeter (sm) yang dijolok secara paksa menerusi kemaluannya. Terdapat kecederaan serius pada usus dan uterus budak terbabit.
"Selain itu, terdapat kesan lebam pada bahu dan pinggang masa selain kecederaan pada hidung dan tekaknya," menurut laporan bedah siasatan yang dijalankan Dr Reetu Gupta. Difahamkan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh penduduk setempat berhampiran rumahnya di kampung Uklana, Hisar pada pagi kelmarin selepas dia dilaporkan hilang oleh keluarganya sehari sebelum itu.
Dalam perkembangan berkaitan, polis telah menyoal siasat beberapa individu, namun masih belum melakukan sebarang tangkapan. Kejadian menggemparkan itu turut mencetuskan protes yang disertai aktivis dan pemimpin politik di daerah terbabit. - Agensi
http://www.sinarharian.com.my/global/budak-dirogol-disumbat-kayu-24sm-1.769110
|