CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 12

[Tempatan] Pasangan jual bayi kembar di laman web ditahan polis

[Copy link]
Post time 13-12-2017 09:11 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Sepasang kekasih ditahan polis selepas cuba menjual bayi kembar mereka secara atas talian pada harga RM15,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek wanita berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Setapak 8.00 malam tadi dan pasangannya berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Ampang sejam kemudian.

“Kami percaya kedua-dua suspek adalah pasangan kekasih dan bayi yang diiklankan di laman web jual beli atas talian itu adalah hasil hubungan luar nikah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Katanya, daripada siasatan awal, pihaknya mendapati belum ada pihak atau individu menghubungi wanita tersebut untuk membeli bayi mereka.

“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak,” katanya lagi.

Menurut laporan itu lagi, aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi yang menerima aduan mengenai iklan tersebut meminta pihak mudah.my memadamkan iklan tersebut.

Iklan yang bertarikh 8 Disember 2017 itu disertakan keterangan gambar menulis, “twins to let her go”.

Syed Azmi kemudiannya menghubungi pegawai polis di Bukit Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan perlindungan terhadap 2 bayi terbabit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 09:56 AM | Show all posts
gilerrr betulll lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 10:03 AM | Show all posts
nampak tak rosaknya masyarakat sbb zina rasuah.

zina buat anak luar nikah
rasuah buat masyarakat makin miskin melarat
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 10:44 AM | Show all posts
so bfnya boleh buat report kena rogol tak?
masa kejadian tu tentu masih bawah umur..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 10:49 AM | Show all posts
aku baca ulasan syed azmi dlm FB.. tk de pulak disebut anak luar nikah....

back ground ibu dari keluarga baik2...


ada ilmu..tp tdk diamalkan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 12:24 PM | Show all posts
at least x buang dlm tong sampah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2017 12:28 PM | Show all posts
Mungkin mereka menyangka tak ada sesiapa yang akan mendakwa mereka jika mereka mengiklankan dengan cara sebegitu akal belum matang
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam page syed azmi tu tak silap budak umur 20 tahun dan laki yang buntingkan dia umur 17 tahun. Ayat dia bagi "yelah takkan nak bagi free free kan","payah nak jaga, asik menangis je"
Huhuhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 12:50 PM | Show all posts
Subur betul, dapat twins lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 12:53 PM | Show all posts
Mak kpd mak kembar tu tu pun perangai teruk... boleh pulak tanye kalau serahkan kembar tu takkan tak dpt ape2... sort of menjual lah... padahal kalau tak mampu buat la cara tak mampu... bersyukur ade org nak jaga cucu kembar die...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 01:04 PM | Show all posts
mudah.my pn satu, lembab btindak

klu cmni, leh la psgn haram buat bisnes jual baby
lpas sdap2 bstubuh , beranak, jual rm15k
klu 10 kali beranak 10x15k = 150k


jadi bisnes
silap2 puak2 liberal  sokong, psl menjana pendapatan, serta guna ayat klise 'at least baby tu terjaga'..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pic pls baby tu...kata xcomel
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 02:11 PM | Show all posts
sanggup jual anak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062222 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list