CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75628|Reply: 599

[Slot Tiara astro105,135] SYURGA YANG KEDUA. Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Fa

  [Copy link]
Post time 14-12-2017 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



EPISOD : 70 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Disember 2017
TARIKH / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00petang
SIARAN : Slot Tiara (Astro Prima 105 & Maya HD 135)
PENGARAH : Zamri Zakaria & Bahri Uma Bajuri
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Zarul Husin sebagai Daniel
Fasha Sandha sebagai Dr.Vanida/Vivy
Elizad Sharifuddin sebagai Sabrina
Azizah Mahzan sebagai Dato Sherry
Zaryn Min sebagai Sofea
Beego sebagai Azril
Dynas Mokhtar sebagai Delaila
Sheryy Ibrahim sebagai Ellis
Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Daud
Fazlina Ahmad Daud sebagai Shidah
Nur Qistina Raisah sebagai Puteri

LAGU TEMA / OST
Lagu : Takdir
Penyany : Dayang Nurfaizah

SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA
Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Alasan itu digunakan oleh ibu Danial untuk memaksa beliau berkahwin dengan doktor peribadinya Vivy. Daniel terpaksa akur dengan kehendak ibunya untuk berkahwin dengan Vivy tanpa pengetahuan Sabrina.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2017 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by willow12 at 16-12-2017 11:07 AM

Petikan artikel dari http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dari-dendam-aurora-ke-syurga-yang-kedua-astro-prima-janji-terus-saji-drama-terbaik-162556


Apabila berakhirnya Dendam Aurora nanti, drama terbaharu bakal menyaksikan gandingan mantap Fasha Sandha, Zarul Husin serta Siti Elizad bakal membuatkan anda terpaku di hadapan televisyen menerusi Syurga Yang Kedua.

Ia merupakan sebuah adaptasi daripada sinetron popular Indonesia dengan tajuk yang hampir sama (Surga Yang Kedua) berkisarkan kisah hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, perkahwinan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan.

Isnin ini bakal menjadi penamat buat drama bersiri Dendam Aurora yang disiarkan menerusi Slot Tiara di Astro Prima apabila sampai ke episod terakhirnya.  Drama mengenai cinta romantik dan pembalasan dibintangi Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi itu telah menjadi sensasi tempatan sepanjang 100 episod sejak bersiaran pada 25 Julai tempoh hari.  Buat pengikut drama ini dan penggemar drama amnya, jangan risau kerana Astro Prima sentiasa akan menyajikan kalian dengan drama-drama terbaik.  Apabila berakhirnya Dendam Aurora nanti, drama terbaharu bakal menyaksikan gandingan mantap Fasha Sandha, Zarul Husin serta Siti Elizad bakal membuatkan anda terpaku di hadapan televisyen menerusi Syurga Yang Kedua.  Ia merupakan sebuah adaptasi daripada sinetron popular Indonesia dengan tajuk yang hampir sama (Surga Yang Kedua) berkisarkan kisah hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, perkahwinan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan.  “Ceritanya sama, cuma kelainannya adalah dari segi kreativiti cara cerita itu dikembangkan mengikut cara kita.  “Sinetron asal ada 286 episod, tetapi adaptasi versi Malaysia cuma ada 70 episod. Jadi ia agak menarik untuk lihat bagaimana ceritanya dipadatkan,” kata Pengurus saluran Astro Prima, Natasha Hashim ketika ditemui dalam acara Hari Drama bersama Prima di Sunway Putra Mall, di sini hari ini.  Acara itu turut menyaksikan sesi ramah mesra pelakon drama Dendam Aurora dan Syurga Yang Kedua, juga drama-drama lain yang disiarkan Astro antaranya Coffee Prince, Saka Sisters dan filem terbaharu terbitan Astro Shaw, Buskers.  Tambah Natasha, Astro berbesar hati dengan sambutan luar biasa orang ramai terhadap drama Dendam Aurora khususnya, dan berharap terus mendapat sambutan untuk siri seterusnya serta drama-drama yang lain.  “Ia sangat menakjubkan, anda boleh lihat hari ini di mana peminat dan pengikut drama sudah berada di sini sejak awal lagi.  “Malah, ada golongan peminat tegar yang menubuhkan kelab peminat untuk Dendam Aurora!”  Natasha turut memaklumkan, peminat drama Dendam Aurora boleh sekali lagi bertemu barisan pelakon drama tersebut dalam sesi tayangan episod terakhir di Sakura Kristal, Melawati dari jam 5 petang hingga 8 malam, Isnin ini.  Sedikit sinopsis Syurga Yang Kedua: Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.  Drama arahan Zamri Zakaria dan Bahri Umar ini turut membariskan Datuk Jalaluddin Hassan, Sherry Ibrahim, Azizah Mahzan, Beego, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan ramai lagi.  Syurga Yang Kedua akan mula bersiaran Selasa ini (12 Disember), dan akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).
Drama Syurga Yang Kedua gandingan Zarul Husin, Fasha Sandha dan Siti Elizad


“Ceritanya sama, cuma kelainannya adalah dari segi kreativiti cara cerita itu dikembangkan mengikut cara kita.

“Sinetron asal ada 286 episod, tetapi adaptasi versi Malaysia cuma ada 70 episod. Jadi ia agak menarik untuk lihat bagaimana ceritanya dipadatkan,” kata Pengurus saluran Astro Prima, Natasha Hashim ketika ditemui dalam acara Hari Drama bersama Prima di Sunway Putra Mall, di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 03:46 PM | Show all posts
mcm menarik je............
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Best sgt citer ni.. Xsbr nk tau kesudahan kisah..haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 04:44 PM | Show all posts
layan laa citer ni...best2....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 04:49 PM | Show all posts


Syurga Yang Kedua angkat martabat poligami
Ifqdar Rahman
07 Disember 2017 9:13 PM



Syurga Yang Kedua

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sering dipandang serong oleh masyarakat, syarikat produksi Orangtree Production tampil mempertaruhkan drama Syurga Yang Kedua dalam memartabatkan hidup berpoligami yang menjadi mimpi ngeri kebanyakan wanita bergelar isteri.

Membariskan pelakon hebat seperti Zarul Husin, Elizad Sharifuddin dan Fasha Sandha, drama yang bakal disiarkan di Astro Prima dan Astro Maya HD bermula 12 Disember ini diharap dapat menterjemahkan sebaik mungkin betapa manisnya hidup bermadu.

Penerajunya, Zarul ketika ditemui Utusan Online berkata, drama berkenaan memaparkan nilai-nilai positif dalam melayari bahtera suami isteri.

“Meskipun bermadu, tidak semestinya pengalaman yang dilalui oleh golongan tersebut pahit untuk ditelan. Sebaliknya, ada bahagiannya yang cukup manis untuk dirasai dan dinikmati bersama-sama.

“Dengan curahan kasih sayang secukupnya, ditambah pula sikap suami yang mengamalkan keadilan sebaik-baiknya, insya-Allah kehidupan berpoligami akan dipermudahkan,” katanya.

Membawakan watak Danial, bekas vokalis kumpulan Umbrella itu mengakui, pembabitannya dalam drama berkenaan menuntut komitmen yang tinggi.

Menurutnya, karakter seorang lelaki yang memiliki dua isteri tidak sama seperti suami lain yang cuma mempunyai seorang isteri.

“Secara tidak langsung, watak ini amat berat untuk digalas. Mujur, saya menyertai kelas lakonan anjuran Ellie Suriati yang membantu dari teknik lakonan supaya nampak lebih realistik,” tambahnya.

Hasil bimbingan dan didikan yang diberikan pelakon versatil tersebut, Zarul dapat mencari keserasian dengan segera, malah selesa membawakan watak itu, walhal pada peringkat awal dia ragu-ragu untuk menerima tawaran. - UTUSAN ONLINE


Baca artikel penuh: Click di sini.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2017 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Watching it..best. Love FS and ES..Zarul pun not bad berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 06:49 PM | Show all posts
Macam menarikss jerr jln cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2017 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Best citer ni. Pelakon2 semua hebat & berbakat. Suka dgn Zarul. Walaupun baru berlakon tapi lakonan dia bagus & ada gaya tersendiri. Elizad & Fasha memang best
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 07:46 AM | Show all posts
100 episod  gak ke citer ni?

aku tgk semata sebab Azizah Mahzan tu. hahahaha
minat nau kat makcik tu

tapi tgk x terus menerus la.. pasal aku x suke sgt FS (tembun la dia dlm ni)
sedey gak kan.. Vanidah aka Vivy tu bestfren dgn si watak Elizad tu. Vivy pon kene Daniel dari kecik family fren.

risau jatuh chenta dgn Zarul je aku tgk drama neh
masa depa pi honeymoon yg zarul hidangkan breakfast (scene ep sblm tu ayat x tahan tol 'Izinkan abang tunaikan tanggungjawap' scene bucu katil

masa dia hidang breakfast tu dulang besar mai ai.. tapi mengenangkan dia adalah bekas waiter eh bekas steward. konpem la dengan penuh bergaya kan angkat dulang n kuarkan satu2 hidangan buh atas meja dengan machonya


ape aku merepek neh.haahahaha
oke harap watak azizah mahzan tu menten sampai abis episode lah.. walopun ade sakit jantung ke darah tinggi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:26 AM | Show all posts
watachiwa replied at 15-12-2017 07:46 AM
100 episod  gak ke citer ni?

aku tgk semata sebab Azizah Mahzan tu. hahahaha

70 episod chuolsss...ada lagi 67 episod nak kena panjat ni

ellehhh..tak cinta tak cinta pun tunaikan tanggungjawab tetapppp
geli hoke

btw cantik baju biru yg FS pakai smlm
sape tau busana sponsored by?

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama ni best...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnya zarul ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian Daniel. Syabas AM x pernah kecewakan iols. Kesian lak kat watak beego. X tau ex gf dh jd biras. Mcm tak penting dibuatnya oleh inlaws
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Check innnnn...crt ni ok jgk..plkon best2..cume abam zarul kne improve lg lkonn tu..
Blh layannnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Meluat giler tgk watak sopiah tu...dgn mata terjegil2..elokla beego curang...hahaha..awal2 nmpakla vivy baik...tp nnti mesti jahat...kesian Sabrina kena tipu hidup....uwaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Skinship alert!!





*screen shot dari ep2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2017 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Versi asal sinetron indonesia, pelakon utama rupanya si miller khan (trulap?)... Hehehe.. 286 episod uolsssss...tak muntah ke dorang tgk drama setahun baru habis....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pyakmola replied at 16-12-2017 10:34 AM
Check innnnn...crt ni ok jgk..plkon best2..cume abam zarul kne improve lg lkonn tu..
Blh layannnn ...

Iols sbnrnya mengharapkan hisyam hamid atau parid kamil yg pegang watak danial. Tapi rupanya zarul umbrella pulekk.
Mata iols tgk heols tu abah2 sgt nak jadi hasben ejad/fasha. Pastu heols agak rendang, nampak mcm awkward on screen. Dah le nama danial..huhuhu.
Tp after 4 episod, iols boleh je terima heols. Agak kekayuan, but acceptable gittew.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2017 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
MayaDelaRosa replied at 16-12-2017 12:23 PM
Meluat giler tgk watak sopiah tu...dgn mata terjegil2..elokla beego curang...hahaha..awal2 nmpakla v ...

Mcm tak brp paham apa punca sopia n azril mcm anjing dgn kucing. Asal jumpa je gaduh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.087691 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list