CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1347|Reply: 6

[Tempatan] Geng kangkang persis model Bollywood bermaharajalela di Dungung

 Close [Copy link]
Post time 15-12-2017 09:08 AM | Show all posts |Read mode



DUNGUN 14 Dis. - Tiga wanita dipercayai anggota Geng Kangkang yang dikatakan giat mencuri barangan  di beberapa negeri  kini  dikesan di daerah ini setelah  mengambil tiga pek makanan tambahan bernilai hampir RM500 di sebuah farmasi di sini petang Selasa lalu.

Dua daripada mereka berpura-pura bertanyakan jenis ubat kepada dua pekerja farmasi terbabit manakala seorang lagi ke bahagian rak jualan, dan kemunculan mereka menimbulkan curiga kepada pengurus farmasi terbabit, Noor Amizah  Ismail, 32.

Menurut Noor Amizah, dia mengesyaki kumpulan wanita berkenaan yang berusia lingkungan 40-an itu adalah Geng Kangkang seperti yang pernah ditularkan di media sosial oleh rakan farmasi lain.
Advertisement

Powered By YuMe

“Sebelum ini saya sudah dimaklumkan berkenaan kejadian seumpama itu di laman sosial, dan dingatkan agar berjaga-jaga. Bila melihat mereka saya sudah mengesyaki sesuatu.
Advertisement

“Saya kemudiannya terus pergi ke arah mereka ( suspek ) dan bila melihat saya, mereka kelihatan resah,dan membayar beberapa barangan sebelum keluar dengan tergesa-gesa," katanya.

Dia terus memeriksa beberapa barangan dan mendapati empat ubat - ubatan sampingan yang bernilai hampir RM 500 sudah dilarikan, dan setelah  melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia mendapati apa yang dimaklumkan di dalam laman sosial mengenai kegiatan mereka sebelum ini adalah benar.

Sementara itu, pihak polis meminta bantuan orang orang ramai supaya dapat menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tiga suspek yang menjadikan premis farmasi untuk mencuri ubatan - ubatan yang berharga.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahmad Zailani Yaakub yang mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi berkata, modus operasi suspek adalah dengan berpura - pura bertanyakan tentang beberapa barangan yang dipamerkan sebelum salah seorang daripada mereka mengambil beberapa barangan dan di letakkan di celah kangkang.

Kes  disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam premis bangunan, dan beliau meminta oOrang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan keti - tiga suspek boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah di talian 09 848 2222. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 72861#ixzz51Ht6ZOKH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2017 09:09 AM | Show all posts
thread dah ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2017 09:16 AM | Show all posts

iyer ke dekk....sorry akak terlepas pandang


@spiderman80

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 09:39 AM | Show all posts
sapa ada calculate berapa untung
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:03 AM | Show all posts
ewww so disgusting
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebok sangat jaga Palestin macam perfect beno negara sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2017 10:18 AM | Show all posts
hai pencopet panjang tangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.266377 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list