CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8254|Reply: 66

Ramli MS Kata Macam Orang Mabuk, Firman Jawab...

[Copy link]
Post time 15-12-2017 10:11 AM | Show all posts |Read mode


Gaya uniknya ketika beraksi di pentas musim keempat Gegar Vaganza (GV4) digelarkan 'seperti orang mabuk' oleh juri tetap program itu, Datuk Ramli MS.
Firman yang tidak terasa hati dengan komen dilayangkan, mengakui gaya itu adalah identitinya yang membezakan beliau dengan penyanyi lain.
"Sebagai penyanyi, saya ada banyak rujukan. Antaranya Bono daripada kumpulan U2 dan mendiang John Lennon yang kelihatan seperti 'mabuk' ketika beraksi. Mungkin disebabkan itulah saya dilihat sebegitu ketika menyanyi.
"Bagaimanapun, saya tidak tersinggung dengan komen yang diberi juri kerana ia sudah menjadi identiti saya," katanya menurut portal BH Online.
Firman bersama lima lagi penyanyi iaitu Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara, Liza Hanim dan Aishah akan menyertai persaingan konsert akhir GV4, berlangsung Ahad ini.

Dalam pada itu, Firman memohon maaf atas gaya sebutannya yang sering kedengaran tidak tepat ketika menyanyikan lagu ciptaan komposer Malaysia di GV4.


"Saya memohon maaf kerana menukar lagu Zalikha kepada 'Jalikha'. Ini kerana lidah ini seperti sudah terbiasa.
"Isteri saya ada membetulkan gaya nyanyian, namun terlepas juga hingga kedengaran 'Jalikha' ketika menyanyi minggu lalu," jelasnya.
Firman berkata, penyertaannya dalam rancangan realiti itu membuka ruang untuk memperkukuhkan lagi namanya dalam industri hiburan tempatan.
Mengakui tidak pernah mendengar lagu tugasan yang diberikan untuk pusingan akhir Ahad ini, Firman bagaimanapun meletakkan harapan untuk memberikan yang terbaik.
"Sebenarnya, saya tidak pernah mendengar lagu-lagu yang ditugaskan, namun saya cuba untuk menggalas tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin. Insya-Allah, pengalaman di Indonesia Idol dapat digunakan untuk GV4," kata penyanyi lagu Kehilangan ini.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2017 10:25 AM | Show all posts
Pelik tiap minggu mesti dapat turn Bunda yg komen.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:29 AM | Show all posts
ramli ms kata mabuk tu bukannya condemn pun.. gaya dia tu menarik.. pd aku, aku pun x gemar sgt suara dia.. tp penghayatan dia bwk lagu tu yg jadi feel gak.. markah lebih kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2017 10:32 AM | Show all posts
taji2906 replied at 15-12-2017 10:29 AM
ramli ms kata mabuk tu bukannya condemn pun.. gaya dia tu menarik.. pd aku, aku pun x gemar sgt suar ...

Dia ade gaya tersendiri unt bawak lagu yg diberikan.. gaya unik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:35 AM | Show all posts
alah,anggap aja komentar tok ram  untok membina semangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:39 AM | Show all posts
i suka je dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
xsuka pirman..pls la jgn menang
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap tia jinbara menang, tapi tau la kn. Confirm liza hanim yg menang ggv taun ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2017 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku minat ngan engko firman since 2011 lagik.
2013 aku pergi konsert ko. Cam bodo gak aku dlu. Haha..

Aku suka suara2 macam firman, judika, cakra khan, charly st12.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:11 PM | Show all posts
suara dia jenis yg ada soul.tapi sengau yg tak berape sedap didengar...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak teh ok jah dgn dia.
Persembahan dia beesahaja Dan menghiburkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:26 PM | Show all posts
bini heols cantik, bukan tipikal bibik indon ala2 trisna
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:44 PM | Show all posts
apa yg mengaitkan dgn bunda hetty meols tak suke hurkey
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:54 PM | Show all posts
i suka suara firman ni, sedap dengar time2 berduka lara..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2017 02:54 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 15-12-2017 02:07 PM
Harap tia jinbara menang, tapi tau la kn. Confirm liza hanim yg menang ggv taun ni.

Aku pun rasa liza hanim menang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:56 PM | Show all posts
he has his own style sebenarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2017 02:57 PM | Show all posts
mek smpai arini x dpt lg tgk gv
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:58 PM | Show all posts
barfi replied at 15-12-2017 02:11 PM
Aku minat ngan engko firman since 2011 lagik.
2013 aku pergi konsert ko. Cam bodo gak aku dlu. Haha ...

sama .. aku suka lagu hatimu batu firman ni, menusuk huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rosasa replied at 15-12-2017 02:26 PM
bini heols cantik, bukan tipikal bibik indon ala2 trisna

Bini heolls mmg cantik. Tapi cop indon tu takleh lari. Sama macam menantu tokti yg indon tu. Lawa tapi tetap nampak keindonannya. Entah nape
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 03:15 PM | Show all posts
barfi replied at 15-12-2017 03:06 PM
Bini heolls mmg cantik. Tapi cop indon tu takleh lari. Sama macam menantu tokti yg indon tu. Lawa  ...

kening kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.379261 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list