CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 543|Reply: 2

[Tempatan] Nelayan Malaysia harap dapat pulang awal

[Copy link]
Post time 15-12-2017 10:36 AM | Show all posts |Read mode
SEPANG - Nelayan dari Sekinchan, Selangor yang menjalani hukuman di penjara Indonesia berharap dapat pulang ke tanah air secepat mungkin untuk menyambut  Tahun Baharu Cina bersama keluarga Februari depan.

Chia Kee Chan, 49 kini menjalani hukuman penjara dua tahun empat bulan di Penjara Labuhan Deli, Medan, Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi ketika ditemui di luar balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kedua (klia2) di sini hari ini.

Budiman ditemui selepas tiba di klia2 bersama isteri Chia,  Yeo Su Hung, 46, dan anak bongsunya Chia Ming Siang,  15 yang dibawa untuk bertemu dengan Chia di penjara pagi ini.

Budiman berkata, beliau berharap Kerajaan Malaysia dan Indonesia mempercepatkan rundingan untuk membebaskan nelayan dari kedua-dua negara yang ditahan kerana menceroboh.

Tambah Budiman, Chia yang merupakan bapa empat anak  ditahan pihak berkuasa Indonesia pada 19 Februari 2016 dan dijatuhkan hukuman penjara pada 15 April 2016.

Mengikut jangkaan Chia bakal dibebaskan pada April 2018 namun dalam pertemuan hampir sejam yang disertai isteri dan anak lelaki bongsunya  hari ini beliau menyatakan mahu pulang secepat mungkin demi kesihatan ibunya, katanya lagi.

Bulan lepas, Malaysia dan Indonesia mencapai kata sepakat untuk membebaskan dengan segera semua nelayan yang ditahan oleh mana-mana satu negara kerana menceroboh kawasan perairan masing-masing.

Kata sepakat itu dicapai di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Majlis Perundingan Tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia di Kuching.

Budiman berkata susulan kata sepakat  yang dicapai kedua-dua pemimpin itu beliau membawa anak dan isteri Chia ke Indonesia untuk bertemu dengan nelayan berkenaan. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2017 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
eh senang2 je kau nak minta pulang.. kau siapa dowh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 11:59 AM | Show all posts
okay la tu 2 tahun.. sabajap tau uncle..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.500241 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list