Post time 17-12-2017 12:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ckp psal songwriting ni haritu I tgok muzik2... kekdahnye si Syamil tu tak reti main gitar... heols cipta lagu persis mbak melly yach dgan humming smbil rekod siap duduk dalam kereta di pagi buta lagi nk cari ilham katanyehh... I wonder deyols humming2 ni lepastu hantar kt sapa eh utk arrange muzik? Kalo mbak Melly tu sah2 la laki nya AntonHead yg buatkan khuenssssss
Post time 17-12-2017 09:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lagu dia agak catchy jugak... Suarapon sedap... Not bad... muda lagi..kalau lebih matang and gilap lagi bakat bolehla buat lagu lebih best n high impact...
I rasa amelia tu best buat lagu.. just tak terlalu popular...lagu idayu pon best dia buat... Lagu dia dalam drama pun best...
Cheh jaa suzuran tu muka arwah sudirman. Atau memang ramai dah cakap mcm tu so dia pun try ao hard jd cam sudir??
Salah le awok...betul la Tok Kat sampaikan salam tu cakap
PETALING JAYA: Atas kesedaran untuk menyuntik minat remaja dan kanak-kanak terhadap profesion seorang pengacara lagu (DJ), DJ Fuzz atau nama sebenar Farzwa De Attaher Emir, 33, bukan saja menubuhkan Akademi DJ Mixology, malah dia juga kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku mengenai selok-belok dan dunia seorang DJ.
Menurut DJ Fuzz, pendedahan yang tidak meluas terhadap profesion DJ di kalangan masyarakat Malaysia merupakan faktor utama yang menggerakkannya untuk mengambil inisiatif itu.
Bercerita tentang buku yang masih lagi berada dalam peringkat penulisan itu, DJ Fuzz berkata, pengisian buku berbahasa Inggeris itu bakal mendedahkan selok-belok dunia DJ dan cara-cara untuk bergelar DJ secara terperinci.
Menariknya, buku yang belum mempunyai tajuk itu dihasilkan daripada kaca matanya yang berpengalaman dalam bidang itu selama 11 tahun.
"Saya seorang yang suka mengajar. Memang sejak dulu pun, apabila ada pelajar-pelajar yang menghubungi saya untuk bertanyakan tentang selok-belok bidang ini, saya akan beria-ia memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara itu.
"Daripada situ, saya terfikir mengapa tidak saya hasilkan sebuah buku lengkap yang menghuraikan dengan mendalam tentang bidang ini.
"Saya mula menulis sejak Mac tahun lalu lagi. Ia akan memaparkan tentang dunia DJ dari kaca mata dan pengalaman saya," katanya yang merancang untuk memasarkan buku itu, pertengahan tahun ini.
Walaupun kerjaya sebagai DJ mempunyai kedudukannya tersendiri di kalangan masyarakat di Amerika Syarikat dan Eropah khususnya, senario itu masih asing bagi masyarakat Malaysia.
Ironinya, kecenderungan dan minat anak muda di sini adalah memberangsangkan biarpun bidang itu tidak begitu popular.
Buktinya, sejak dia menubuhkan akademi itu lima tahun yang lalu, lebih daripada 100 pelajarnya kini telah bergelar DJ.
"Idea penubuhan akademi ini dicetuskan oleh rakan saya Altimet. Pada awalnya, saya cuma mengadakan tutor secara kecil-kecilan di rumah bersama beberapa orang kanak-kanak dan remaja saja.
"Lama-kelamaan, ia mula mendapat sambutan yang lebih menggalakkan. Bermula dari rumah pada sekitar 2004 atau 2005, saya kemudiannya menyewa sebuah rumah kedai di Kelana Jaya bagi menampung kapasiti kelas yang semakin besar.
"Kira-kira dua tahun lalu, akademi ini semakin berkembang dan saya berpindah ke Amcorp Mall. Kini saya mempunyai kira-kira 20 hingga 30 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah hinggalah lewat 20an," kata anak kepada pembaca berita veteran Farit Ismeth Emir ini.