CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 712|Reply: 2

[Tempatan] KPDNKK serbu kilang mi, kuetiau guna logo halal palsu di PP

[Copy link]
Post time 16-12-2017 10:28 AM | Show all posts |Read mode





BUTTERWORTH, 15 Dis — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang semalam menyerbu sebuah kilang memproses mi dan kuetiau di Mak Mandin, di sini kerana menyalah guna logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bertindak hasil maklumat daripada orang awam yang curiga dengan status halal produk yang dikeluarkan kilang itu, sepasukan penguatkuasa KPDNKK Seberang Perai Utara (SPU) bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyerbu premis berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Ketua Cawangan KPDNKK SPU Zalina Aziz berkata ketika serbuan ke atas kilang itu terdapat beberapa pekerja sedang membungkus mi dan kuetiau menggunakan plastik tertera logo halal.

Katanya siasatan awal mendapati produk mi dan kuetiau yang dikeluarkan premis terbabit dipasarkan sekitar Pulau Pinang.

“Produk berkenaan dibungkus menggunakan plastik tertera logo halal JAKIM tetapi pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan tidak mempunyai sijil halal sah.

“Berikutan itu, kami menyita 175.1 kilogram plastik bercetak logo halal dan 15,600 keping pelekat logo halal dari premis berkenaan,” katanya di sini.

Zalina berkata pihaknya turut mengarahkan kilang itu untuk memberhentikan kerja-kerja memproses mi dan kuetiau sehingga siasatan dijalankan selesai.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya turut mengambil keterangan pemilik premis berkenaan berusia 50-an untuk membantu siasatan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. — Bernama







sumber: http://www.themalaymailonline.com/pr...f7bIebkLXmd.99



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutla sedap melantak caketiau bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 10:56 AM | Show all posts
kenapa eh susah sgt nk pamer brand ape? pamer je plastik mne yg diguna logo tu supaya org tak terbeli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055542 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list