CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 956|Reply: 9

[Tempatan] Putrajaya tidak patut henti bayar geran khas kepada Sabah, kata peguam.

[Copy link]
Post time 16-12-2017 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya tidak patut henti bayar geran khas kepada Sabah, kata peguam

Jason SantosDikemaskini 22 jam yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2017 12:00PM



PUTRAJAYA gagal membayar Sabah sebanyak 40% daripada hasil pendapatan tahunannya sejak 1974 walaupun ia diwajibkan di bawah Perlembagaan persekutuan, kata penasihat undang-undang MySabah, Tengku Fuad Ahmad.

Pemberian khas daripada kerajaan persekutuan berdasarkan hasil tahunan negeri, juga wajib di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tetapi selepas 1973, kerajaan persekutuan gagal menjalankan semakan semula pemberian seperti yang diperlukan setiap lima tahun di bawah MA63 dan Perkara 112D Perlembagaan persekutuan.

Ini adalah penemuan pasukan MySabah, yang dibentuk oleh pemimpin Umno Sabah yang juga Menteri Luar Anifah Aman, ketika melakukan penyelidikan di London pada Mei dan Oktober tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha negeri untuk menentukan haknya ketika bersetuju membentuk Malaysia bersama Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura pada 1963.

Peguam Fuad memberitahu The Malaysian Insight yang hak peruntukan Sabah bermula dengan RM20 juta pada 1969. Geran dibayar setiap tahun selepas itu dan yang terakhir diterima ialah RM26.7 juta pada 1973. Selepas itu, kerajaan persekutuan tidak melakukan semakan semula.

"Satu-satunya sebab yang diberikan oleh kerajaan persekutuan pada 1974 ialah 'Kedudukan kewangan Persekutuan tidak mengizinkan untuk menjalankan semakan semula'," katanya.

"Di bawah Perkara 112D, adalah wajib bagi 40% hak hasil pendapatan disemak semula setiap lima tahun, tetapi tidak pernah terjadi pada 1974.

"Perkara 112D memperuntukkan rundingan di antara kerajaan dengan negeri bagi tujuan mendapatkan persetujuan berapa kelayakan Sabah untuk mendapat geran khas seperti yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kesepuluh - hak hasil pendapatan 40%," katanya.

Fuad berkata, pada 1974 mungkin sukar bagi jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas semakan itu susulan kematian mantan perdana menteri Dr Ismail Abdul Rahman yang mengetuai jawatankuasa itu. Bagaimanapun, Fuad berkata tidak ada sebab kukuh mengapa semakan itu dilupakan kerana ia dimandatkan secara sah.

Menurut Fuad, geran khas itu boleh "diubahsuai, diganti, diubah atau dimansuhkan" dengan persetujuan daripada Sabah dan kerajaan persekutuan.

Fuad melahirkan rasa terkejut semakan tidak berlaku kerana klausa perkongsian 40% hasil pendapatan merupakan bahagian penting daripada keputusan Sabah untuk membentuk Malaysia.

"Ia adalah faktor rundingan utama, tanpanya Borneo Utara (Sabah) mungkin tidak bersetuju untuk membentuk Malaysia," katanya.

Berdasarkan maklumat terbaru di London, Fuad berkata hasil pendapatan 40% adalah faktor utama bagi Sabah untuk bersetuju bersama-sama membentuk Malaysia semasa fasa rundingan. Beliau berkata sehingga akhir Mac 1963, Sabah masih tidak yakin sama ada Malaysia boleh menjadi kenyataan kerana pembahagian sumber-sumbernya, kata beliau.

"Teleks menunjukkan timbalan perdana menteri Abdul Razak Hussein pada masa itu bertanggungjawab dalam perjanjian dengan Sabah (di bawah pimpinan ketua menteri ketika itu, Donald Stephens.



https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/27705/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 11:49 AM | Show all posts
respect sabah  banyak rupanya tak ditunaikan. kasihan rakyat sabah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 11:52 AM | Show all posts
sabah sarawak mardika ,agaknye sabah sarawak masih kalah dengan sumatra dan kalimantan dalam menekan kerajaan pusat
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh jadinya sabah berjuang secara senyap la selama ni untuk hak2 mereka...tak betul lah tohmahan jahat orang sarawak yang cakap sabah sudah dikawal malaya, dan feeling sarawak berjuang sendirian
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik, pandai juga rupanya tok Anipah ni berjuang untuk rakyat.

@cmf_shalom
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang betul aruah Tun Fuad aka Donald Stephens meninggal awal. If betul heol dibunuh semoga pembunuh2nya mereput di nuraka bila mati nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2017 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya Semenanjung serang je Sabah invade je seluruh negeri Sabah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 10:11 AM | Show all posts
chazey replied at 16-12-2017 03:59 PM
Aik, pandai juga rupanya tok Anipah ni berjuang untuk rakyat.

@cmf_shalom



Akhirnya....bersuara juga sabah bah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2017 11:23 AM | Show all posts
ermmmm....tebalik laa putrajaya lepas nie...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la sokong lg BN hanat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.281295 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list