CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Tempatan] Rakyat tak percaya penguatkuasa bila data bocor, kata peguam

[Copy link]
Post time 16-12-2017 10:49 AM | Show all posts |Read mode
KEBOCORAN kenyataan saksi daripada kertasa siasatan akan menghalang rakyat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa kerana bimbang data peribadi mereka akan dikompromi, kata peguam.

Mereka memberi amaran sekiranya kenyataan yang diberikan kepada agensi penguatkuasaan untuk membantu siasatan boleh bocor, ramai yang akan mula ragu di masa akan datang.

Tiada lagi kepercayaan kepada agensi penguatkuasaan dan inilah sebabnya kata peguam, maklumat ini perlu dirahsiakan.

Pengarah eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, "amat membimbangkan" bila kenyataan saksi boleh bocor bila "beberapa orang mempunyai akses terhadapnya".

"Kebocoran yang datang dari keterangan saksi, amat membimbangkan. Mereka yang digesa untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa akan berfikir dua kali kerana bimbang maklumat mereka dibocorkan.

"Kebocoran maklumat ini akan mendedahkan ramai pihak kepada pelbagai ancaman," kata Paulsen kepada The Malaysian Insight.

Terdahulu hari ini, ketua egawai eksekutif dan editor TMI Jahabar Sadiq membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat sulit dalam kenyataan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas portal berita itu.

Dalam laporannya, Jahabar berkata beliau menyedari kebocoran itu dalam artikel yang disiarkan laman web Malaysian Gazette yang memetik Azwanddin Hamzah dari Jaringan Melayu Malaysia yang mendakwa, antara lain, syarikat yang menguruskan TMI, Inside Media Sdn Bhd menerima dana asing.

SKMM menyiasat SKMM berhubung gesaan daripada perwakilan pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat portal berita yang berusia 9 bulan itu kerana "menghina" perdana menteri.

Pihak lain turut mendakwa kebocoran maklumat kenyataan yang dibuat kepada agensi siasatan. Dua minggu lalu, perunding hartanah Johor Amir Shariffuddin Abd Raub membuat laporan polis selepas mendakwa kenyataannya kepada SPRM berhubung kes rasuah, bocor dan dimuat naik dalam sebuah blog.

Kenyataan 140 muka surat yang diberikan kepada SPRM, bersama jadual transaksi yang menunjukan wang diberikan kepada Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin menjadi viral. Namun Amir berkata, kenyataan yang bocor itu tidak sama dengan yang beliau berikan kepada SPRM

Seorang lagi peguam Syahredzan Johan, turut meluahkan kebimbangan berhubung kebocoran maklumat.

"Saya rasa ia membimbangkan kerana perkara sebegitu bocor kepada umum daripada pihak berkuasa.

"Integriti siasatan terletak pada kepercayaan yang diletakkan kepada pihak berkuasa yang mana mereka akan menyimpan apa sahaja yang diberitahu kepada mereka sebagai sulit sehingga ia digunakan di mahkamah.

Tambah Paulsen, untuk mengekalkan kepercayaan awam terhadap agensi penguatkuasaan, aduan kebocoran kenyataan perlu disiasat dan individu yang bertanggungjawab perlu menerima hukuman.

Katanya kes data yang didedahkan berlaku dari semasa ke semasa, seperti kebocoran data baru-baru ini yang melibatkan butiran maklumat 46.2 juta pengguna nombor telefon bimbit di Malaysia.

Kertas siasatan oleh polis, SPRM dan SKMM perlu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata Paulsen

Paulsen merujuk kepada kes pada 2002 di mana bekas pemimpin Pemuda PKR Ezam Mohd Nor dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Petaling Jaya kerana membocorkan kertas siasatan.

The Malaysian Insight sudah menghubungi SKMM dan menunggu jawapan berhubung dakwaan kebocoran itu.

Seorang lagi peguam Yusmadi Yusoff berkata, terdapat tiga isu dalam kes membabitkan The Malaysian Insight - kebebasan media, hak data peribadi dan demokrasi dalam dunia digital.

"Jahabar berhak untuk melindungi maklumat peribadinya daripada dilanggar oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti JMM.

"Negara seperti Malaysia juga perlu menghormati hak TMI sebagai organisasi media yang boleh dipercayai bagi portal berita untuk menjalankan tugasnya," katanya.

Yusmadi berkata dalam dunia digital, kerajaan tidak boleh menjadi kejam terhadap media dan mewujudkan ketidakpercayaan dalam ruang digital negara.

"Ia akan meberi impak terhadap kepercayaan rakyat dan pihak lain di seluruh dunia kerana amalan ekonomi, politik, budaya dan keselamatan," katanya dan menambah pihak berkuasa perlu berhenti mengganggu Jahabar dan The Malaysian Insight. – 15 Disember, 2017.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.052106 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list