CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1161|Reply: 3

[Jenayah] pembohongan Umrah kena gst

[Copy link]
Post time 16-12-2017 04:48 PM | Show all posts |Read mode


macam2 fitnah sekarang ni, tak best arrr nak menang pru sampai buat fitnah


Umrah kena GST?
-Untuk makluman umrah tidak dikenalkan GST.
Habis tu ramai kata umrah kena GST dan tersebar tu apa?
-itu hanyalah silap faham, yang dikenakan GST tu adalah keatas caj penggunaan sistem IMAMS(Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu) dan insuran takaful umrah
Apa pula kegunaan IMAMS?
-Ia adalah satu-satunya akses rasmi permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi. Ia mempercepat dan mengurangkan ruang untuk menipu.
Berapa caj dan jumlah keseluruhan selepas GST untuk seorang jemaah.?
- caj IMAMS adalah rm45
- insuran takaful umrah rm40
Jumlah = 85 +6%(5.10) =rm 90.10
Nilai GST hanyalah rm5.10 untuk IMAMS dan insuran (RM85)
Jadi TAK BETUL mengatakan umrah dikenakan GST
Ala macam guna khidmat meps untuk ATM, GST hanya dikenakan ke atas caj perkhidmatan rm1, bukan jumlah duit yang dikeluarkan
*Mengambil kira proses transisi penggunaan sistem Imams itu, katanya kementerian bersetuju memberikan pengecualian bayaran caj pemprosesan tersebut kepada 65 agensi pelancongan berstatus muassasah terbabit bagi permohonan visa umrah yang telah menerima nombor E-MOFA Kementerian Luar Arab Saudi pada dan sebelum 15 Dis (hari ini).








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2017 05:00 PM | Show all posts
PENIPUAN UMRAH KENA GST DAN APA ITU SISTEM IMAMS.

1.Banyak yang mengeluh bila mendengar tentang Sistem Imams yang digunakan untuk UMRAH dicaj sehingga RM90.10 (termasuk gst) bila pengumuman dibuat pagi tadi. Malah ada yang dah mula menyiarkan sewaktu sebelum pc dijalankan.
2. Penipuan demi penipuan umrah yang berlaku melibatkan ribuan jemaah yang terkandas dan kerugian jutaan ringgit menyebabkan kami Melalui Majlis Kawal Selia Umrah kami memutuskan untuk melakukan penambahaikan bagi sistem pengurusan Jemaah Umrah ini. Ianya merupakan satu lonjakan transformasi dalam pengurusan kawal selia Umrah di Malaysia secara total yang menutup ruang-ruang penipuan pakej Umrah di sepanjang nilai rantaian pengendalian Umrah dan memperkasakan aktiviti pemantauan, penyiasatan dan penguatkuasaan pengendalian pakej Umrah yang berada di pasaran secara sistematik dan teratur.
( statistik dari KPDNKK menunjukkan terdapat 3,762 Kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM23,164,370.47 yang telah difailkan dari tahu 2012 hingga Oktober 2017 dibTribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) )
3. Untuk itu, pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) berkuatkuasa hari ini ke atas semua 65 agensi pelancongan berstatus Muasassah di Malaysia yang dilesenkan dengan Lesen Khas Umrah sejak 1 Oktober 2017.
4.Malah Kerajaan Malaysia turut mendapat persetujuan dan sokongan pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur ke atas pelaksanaan Lesen Khas Umrah dan penggunaan Sistem IMAMS ini. Mulai 15 Disember 2017, Sistem IMAMS adalah satu-satunya akses rasmi kepada permohonan Visa Umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.
5. Pelaksanaan sistem IMAMS ini akan mengatasi dan menutup ruang-ruang penipuan di dalam rantaian pelaksanaan pakej Umrah daripada terus berlaku melalui pengwujudan:
i. pangkalan data dan proses pemantauan induk ke atas pengendalian pakej Umrah di Malaysia;
ii. platfom memohon kelulusan pakej Umrah dan iklan oleh Kementerian sebelum ianya dipasarkan kepada orang awam;
iii. integrasi pangkalan data pendaftaran Pegawai Pemasaran Umrah yang dilantik agensi pelancongan berlesen;
iiii. pemberian akses kepada semua pihak berkepentingan khususnya Kementerian dan jemaah itu sendiri dengan maklumat secara langsung untuk menyemak status semasa tempahan mereka; dan
v. notifikasi pengemaskinian maklumat secara berkala setiap pelaksanaan tempahan item di dalam pakej Umrah terutamanya tempahan berkaitan penerbangan, penginapan, permohonan Visa Umrah dan insurans takaful jemaah yang telah dipertanggungjawabkan kepada agensi pelancongan.
6. Pelaksanaan sistem IMAMS ini melibatkan caj pada kadar RM45/jemaah. Kadar tersebut adalah yang paling rendah di dunia berbanding negara-negara lain yang mengguna pakai sistem seumpamanya dalam menguruskan jemaah Umrah seperti di Jordan, Mesir dan Sudan. Sistem IMAMS ini juga adalah komprehensif, bersepadu dan juga bersesuaian (compatible) dengan sistem milik Kerajaan Arab Saudi yang membolehkannya dihubungkan secara terus khususnya dengan sistem Kementerian Luar Negeri Arab Saudi bagi permohonan Visa Umrah.
7. sistem IMAMS ini dapat memastikan setiap jemaah umrah turut dilindungi insurans takaful Umrah dengan perlindungan insurans. Sistem IMAMS menawarkan perlindungan takaful yang komprehensif kepada agensi pelancongan bagi jemaah kendaliannya pada kadar premium yang munasabah iaitu RM40/jemaah. Kadar ini adalah terendah di pasaran bagi skim takaful perjalanan yang komprehensif dan memenuhi kehendak Kementerian.

(Kalau sekiranya ada travel agent mempunyai pihak insurans yang boleh menawarkan dengan harga yang lebih murah TETAPI PERLINDUNGAN YANG SAMA ATAU PERLINDUNGAN YANG LEBIH BAIK, maka mereka boleh usulkan dengan pihak kementerian untuk kelulusan.) antara coverage Insurans Takaful ini ialah.

1. perlindungan sewaktu kemalangan diri termasuk khairat kematian.
2.Perlindungan sewaktu kesulitan perjalanan( kehilangan bagasi/ barang peribadi)
3.Perlindungan Perubatan
4.Perlindungan khidmat pemindahan kecemasan.
5.Perlindungan bayaran balik sepenuhnya deposit tiket perjalanan sekiranya pembatalan perjalanan berlaku yang bukan disebabkan visa ditolak.

Secara rumusannya, caj keseluruhan yang terlibat bagi penggunaan sistem IMAMS ini dan perlu dimasukkan ke dalam harga pakej Umrah sedia ada bagi setiap jemaah adalah sebanyak RM90.10 (termasuk GST RM5.10).
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melaksanakan inisiatif ini di bawah payung Majlis Kawal Selia Umrah dalam pelaksanaan LKU dan penggunaan Sistem IMAMS pada hari ini dapat menambah baik pengendalian industri Umrah dan seterusnya membanteras sebarang manipulasi dan penipuan pakej-pakej Umrah demi menjaga kepentingan agama, negara dan umat Islam di Malaysia.
Terima kasih
Mas Ermieyati Samsudin
Pengerusi Majlis Kawal Selia Umrah
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Company imams shareholdernya chinese...kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg stok2 nak pegi umrah tu lak, sblm nak pilih any travel ejen,tak reti2 ke nak buat company b/ground check bagai?  
Cek la sama ada kompeni tu valid or tak.. Or diorang ni main bagi je duit ribu riban asal dpt gi umrah?
Lps tu bila kene tipu dgn travel ejen, mulalah meroyan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.337830 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list